Followers

Friday, June 27, 2008

andai kau ingin...........

Apabila kau ingin berteman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya. ...

Andai kau ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya. ...

Andai kau inginkan sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya. ...

Andai kau inginkan seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kau mungkin akan menyalahkannya. ...

Andai kau ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa....

Jangan diharapkan sempurna,
Kerana kau juga tidak sempurna,
Tiada siapa yang sempurna...
Tapi bersahabatlah kerana Allah..

Monday, June 23, 2008

Tolong sampaikan

"Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa ..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia. aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya. .
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya. .

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya. .
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya. .
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia ..

Thursday, June 19, 2008

kini kembali....

salam semua!!lama dah tak menulis...erm..padahal x buat ape2 pun..cuma bz sikit dgn kerja..hehe..cuti2 ni cari duit poket sikit..hehik...erm kali ni nak cerita ape je yg aku wat cuti2 ni..erm x lama lagi da nak naik sem 2..x sangka dah tahun kedua dah aku ni...erm...sem depan subjek semua agak menakutkanku..maklum la...fidiologi, anatomi,genetik dan mcm2 lagi..erm..aku harap aku leh berjaya..dgr citer la results da keluar..pergi la check..alhamdulillah..walaupun x capai target...tp still memuaskan...walaupun agak sukar pada mulanya..aku ni bukan pandai pun...baca banyak2 pun tetap x paham..hehik..penghabisan baca je yang termampu,jawab dengan baik..dan tawakal...tu je la...pastu cuti ni jugak aku pegi PD..bercuti bersama keluarga..kat laguna beach resort..tido semalam jek...pastu pegi main kat pantai...huhu...pastu hamster aku beranak lagi...yg kedua kali...pastu kucing aku Lumina beranak jugak..ada 2 ekor anak...hitam putih..erm...pastu banyak masa aku dihabiskan dengan buat projek rahsia...hehik.projek tu kalau berjaya aku akan bgtaw nanti k..pastu sibuk nak habiskan penulisan novel aku tu..ntah la tak tahu la bila nak siapnyer....padahal ade je masa....x lama lagi internet kat rumah ni nak dimatikan...sebabnya tak ada org gune..melainkan aku jek kat umah ni..ibu ku kata setiap bulan nak byr RM 66 tapi x der sape nak pakai..ye la aku gune pun masa cuti jek...erm...nanti terpaksa ke cc la gamaknya...erm...pastu aku dikejutkan ngan siti yang call aku tanye da dapat surat kolej ke belum..aku tanya surat apa..dia kata surat untuk stay..erm..aku dah risau dpaat stay ke tak ni...erm...surat x sampai2 lagi kat umah ni..siti yang jauh nun kat kedah sana dah dapat..x kan aku ni yg dekat x dapat..sabar je lah.....erm........pastu dalam pada masa tu aku sempat lagi kemas umah..mesin rumput kat halaman, kemas umah..mcm2 lagi.....erm......ape lagi nak cerita yer...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...