Followers

Wednesday, August 27, 2008

menjejak ramadhan..

hai...ramadhan..lagi berapa hari je.pejam celik pejam celik...dah nak masuk bulan ramadhan dah...dan juga dah pertengahan semester dah dalam tahun kedua..huhu..sungguh perit perjalanan hidupku ini....semester ini sahaja macam-macam yang berlaku...dengan masalah dalaman masalah luaran , sedikit sebanyak menganggu gugat perjalanan hidupku...ceria tidak ada dalam kamus hidup ku..semester ni sahaja, berapa kali aku balik rumah...ibu ku berkata...erm kalau selalu balik rumah tu ade je la yg x kena tu...biasalah hati ibu kan...mesti tahu tentang anak nya...hehe..memang itulah perkara yang akan ku buat bila selalu balik rumah..jawapannya tension...stress...berbalik kepada ramadhan...erm...minggu ni sekali lagi ku akan menyambut hari pertama ramadhan bersama keluarga tercinta..kadang2 fikir balik, bagus juga kalau stress2 ni...asik ingat nak balik umah je..nak bersama keluarga je..hehe...ramadhan tahun ini aku juga berazam untuk berpuasa penuh...tapi sembahyang tarawikh x dapat nak janji la...hehe..insyaallah akan ku cuba penuhi perkara itu...aku akan balik ke rumah seusai kokurikulum nanti...kalau x ku dah balik hari jumaat dah..tapi aral yang melintang memungkin kan ku balik hari sabtu.dan aku mungkin balik ke UPM semula pada hari selasa..alang2 bercuti kan..hehe...merdeka juga ku sambut di rumah...biasalah kalau x sambut di rumah sambut di UPM..x pernah nak pergi sambut di luar walaupun ramai yang mengajak..mcm2 mereka ini...tapi yang penting ramadhan ku dapat sambut bersama famili tercinta..hehe...ok la...sempena ramadhan al - mubarak yang bakal menjelang tiba ini, ku ingin menyusun sepuluh jari memohon keampunan kepada semua rakan-rakan ku, sahabat( yang betul2 sahabat), kawan2, kalau sepanjang perkenalan ini, aku ade tersalah bicara, termakan, terminum, terusik, terambik dan mcm2 lagi...biasalah aku pun manusia juga kan..selalu buat salah..kepada ibu, kakak, adik, dan saudara mara, ku juga memohon maaf sempena buan ramadhan ini...jangan ponteng puasa tau....hahaha

Tuesday, August 26, 2008

sahabat...

Sahabat…mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat…ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi

Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir

Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah...


salam..hari ni aku nak cerita pasal sahabat...hari ni adalah hari paling sunyi dan juga paling sepi bagiku..ntahlah aku pun tak tahu kenapa...aku sgt sunyi sedangkan kawan2 aku ramai..betul la org kata kawan tu memang mudah nak di cari kan??tapi sahabat yang sanggup menangis sama2...ketawa sama2...ketawa sama2 memang ramai..ketawa sebab kita x sehebat mereka..ketawakan kita di belakang kita...ketawakan kalau kita jatuh tersungkur..ketwawakan kita tanpa kita sedari...begitulah lumrahnya..aku bukan seorang kawan yang baik..aku tahu itu...aku juga bukan seorang sahabat yang menjadi tempat mengadu mereka..siapalah aku ini...aku sedar..dan buat kesekian kalinya tadi aku menitiskan air mata lagi...aku tak tahan sangat..kenapa lah aku ni lemah...lemah sgt..x kuat..x perlu lah aku nak cerita berapa liter air mata yang keluar..mak aku pesan kalau kita ada masalah kuatkan diri..muhasabah diri..mungkin kita ada buat kesalahan yg kita x sedari...kadang2 menangis tu adalah jalan terbaik untuk melegakan hati dan perasaan kita...betul juga kata2 ibuku...ku muhasabah diri ku tadi...erm..betul juga...mungkin aku yang bersalah...rakanku, emir pula berkata " ko ni bodoh lah!!ko je yang nak jaga perasaan org..org tu ade ke nak jaga hati ko..kalau ko buat baik pun org tu tetap mengata ko...mulut org, memang x leh nak tutup..kalau ko senyap diorang ingat ko kalah, pengecut" lantas aku berkata balik pada dia.." heh emir, abis tu ko nak suruh aku buat apa?? aku bukan jenis macam tu...aku suka memendam...biar lah org yang buat aku...jangan aku buat org..."..emir cakap lagi " hah tu lah ko...suka sgt jaga hati org..hati ko sendirik...aku cakap ni pun sebab syg kan ko sebagai sahabat...aku sangat terharu sebab dia anggap aku sahabat..ye!!memang dia sahabat aku dunia akhirat...mana taknya...pertama kali aku menangis depan dia dan dia cakap menangislah..menangis puas2...buang semua apa yang ko pendam selama ni...sememangnya aku amat selesa berkawan dgn dia..sebab aku rasa sangat selamat ketika bersama dia...dan sejak akhir2 ni juga aku selalu menghabiskan masa bersama dia...bila ada waktu terluang je pasti aku akan mengunjungi biliknya yang x jauh dari fakulti ku...ye lah kemana lagi ku nak bawak kaki ini...mula2 segan jugak..tapi lama ku x dtg..dia msg..dia kata kenapa dah x sudi ke nak bertandang kat bilik aku yg buruk ni..walaupun dia nampak ganas dan brutal tapi hati dia baik...hujung bulan ni dia dah nak berpindah dah..aku amat sedih dengan perpisahan ini..tapi katanya kawan senang nak cari..yang penting keihklasan..aku sangat berharap dia x pergi....aku berdoa agar dia xpergi( jahatnyer aku ni..doa benda yg tak baik)...aku memang jahat pun...erm...hari ni aku sangat sedih..bukan sedih yang di buat2...thanks kat emir sebab bagi makan nesvita chocolate yang sedap tu..hahaha..walaupun biasa je..tapi setiap kali dtg kat bilik dia mesti dia bagi tu...walaupun dia x pernah belanja kfc ke, mcd ke...hahaha..emir2...terima kasih gak untuk kopi sing2 yang sedap tu..hahaha...kelakar la...ku akan ingat pesanan emir " hidup ni macam minum kopi...kalau x letak gula rasa tawar..so ko kena letak gula..tapi jangan letak gula tu banyak2..kalau terlebih manis sgt...x leh nak minum..biar suam2 je...kalau kopi lebih pahit pulak...ingat tu!!..huhu suka sgt berfalsafah lah budak sains ni...aku pun mula2 x amek pusing cakap dia..tp bila aku fikir2 kan ada betul jugak dia cakap..tapi kopi jenama sing2..hahaha..ok la..aku pun dah mula melalut ni...mulai hari ini aku akan cuba jaga hati dan perasaan aku pulak...helmy kau boleh sebenarnya..kuatkan hati..tabahkan diri kau...kau mesti kuat..

Monday, August 25, 2008

KELAHIRAN

Aku bukan mudah nak lupakan orang yang aku sayang...
Aku bukan jenis yang touch and go...
Aku bukan macam tu , Sekali aku dah sayang kat orang tu selama-lamanya aku sayang...
Tapi Tuhan tidak menjanjikan hari-hari aku tanpa sakit , tertawa tanpa kesedihan , matahari tanpa hujan tetapi dia menjanjikan kekuatan untuk hari itu , kebahagiaan untuk air mata dan terang dalam perjalanan...
Kekecewaan bagai polisi tidur , ini akan melambatkan tetapi aku akur selanjutnya akan menikmati jalan rata...
Akan ku teruskan melangkah ketika aku kecewa,kerana aku tidak memperolehi apa yang aku kehendaki,
Aku terima dan bergembira walaupun aku di dalam kekalutan , kerana tuhan sedang memikirkan sesuatu yang lebih baik untuk diri aku..
Mungkin di saat terjadi atau berlaku sesuatu pada aku , baik atau buruk , di pertimbangkanlah hikmah di sebaliknya…
Ada suatu hikmah di sebalik setiap kejadian dalam kehidupan , yang mengajar aku bagaimana lebih sering kali tertawa atau tidak terlalu keras menangis..
Aku tidak boleh memaksa seseorang untuk mencintai aku , apa yang dapat aku lakukan hanyalah membiarkan diri aku untuk dicintai , selebihnya ada pada orang itu untuk menilai diri aku...
Lebih baik kehilangan harga diri kepada orang yang mencintai aku daripada kehilangan orang yang aku cintai kerana harga diri aku....
Banyak yang perlu aku belajar tentang ape itu erti hidup?..
Belajar mengenal manusia dan sekali gus mengenali kehidupan...
Dan ape yang aku cari dalam kehidupan...
Emmmmmm...
Memang mudah tapi terlalu mendalam makna sesebuah kehidupan itu......
Perjalanan hidup aku ni tak selalunya indah setiap hari yang kita lalui pastinya ada panas ,hujan ,redup dan ribut....
Aku sedih sangat dengan perjalanan hidup aku ni........
Ada masa-masanya aku rasa terlalu sesak dengan keadaan .
Rimas dengan situasi yang menghimpit…
Sehinggakan aku sudah tidak ada ruang sedikitpun untuk aku bernafas .
Lebih memburukan keadaan lagi ….
Aku tidak punya pilihan ..,
Sebaliknya perlu pula mengharungi ruang hidup yang hampir sempit dan merimaskan itu dengan hati yang separuh rela ..
Dengan senyuman yang terpaksa ..
Dengan wajah yang tidak ceria…..
Tapi aku paksa juga hati untuk senyum.
Dengan paksaan itu bibir pun melahirkan sebuah senyuman yang tidak enak di pandangan mata.
Bila aku cuba juga untuk tersenyum hati rasa sakit.
Bagaikan mahu tersembur keluar nanah-nanah yang ada dalam hati..
Aku sudah tidak mampu tersenyum bila apa yang hati mahukan adalah menangis hiba…
Sudah lama mahu aku tamatkan cerita tentang sedih yang selalu saja menjadikan hidup aku tidak ceria.
Cuma ada ketikanya , aku tidak berdaya…
Cuma Aku rasakan ada ketikanya , aku juga melahirkan senyuman ikhlas dari hati untuk semua yang bergelar mahaluk di luar sana…
Tapi manusia seperti aku terlalu banyak khilafnya…
Tidak sempurna…
Dugaan hidup yang pelbagai menjadikan aku manusia yang belum mahu berhenti air matanya….
Aku kesat lagi….
Kesat lagi…air mata yang bersisa….
Jangan menangis lagi…
Untuk apa !!!!!.....
Entahlah ….
Aku mahu memilih diam ….
Tapi kali ini aku mula merasakan yang diam adalah jalan yang selamat bagi mengelakan diri dari menjawab persoalan-persoalan yang menerpa….
Sebaliknya senyap ini hanya memenjarakan sekeping hati yang rapuh jati diri.
Sampai bila mahu berendam si air mata ?.....
Aku jadi jemu berdiplomasi …
Dan kadangkala aku jadi jemu menjadi mausia yang dangkal hatinya…
Tidak peduli dengan apa yang orang lain rasa, asalkan aku saja bahagia…..
Tapi hakikatnya aku tidak boleh lama bersama sikap-sikap begitu …
Aku mula rasa rimas ..
Rimas kerana yang begitu bukan aku….
Yang begitu hanyalah pantulan dari rasa yang ada dalam jiwa Kali ini aku mengharapkan yang terbaik lagi…
Terus dan tidak pernah berhenti…
Kerana sampai bila-bila pun aku akan terus mengharapkan yang terbaik…
Moga perjalanan hidup yang aku harapkan adalah yang terbaik ini tidak akan membuatkan aku tersungkur di pertengahan…
Jemukah aku mengharungi hari-hari yang cukup menduga hati dan akal ini ?.
Tidak dan Ya ,mungkin jawapan yang terbaik ..
Tamak kah aku?.
Tidak …Tidak sebenarnya..
Sebaliknya otak ku celaru …
Bercelaru memikirkan masa hadapan yang masih kabur warnanya …
Dulu aku pernah menangisi nasib…..
Aku pernah berduka cita..
Aku pernah menangis hiba..
Aku pernah menjadikan titis-titis jernih si air mata sebagai pelengkap dan teman tidur setiap ketika..
Aku pernah duduk termenung seharian…
Tanpa melakukan apa-apa selaian dari merenung dari ruang-ruang putih yang kadang kala berbalam warnanya.
Aku pernah….
Aku pernah melalaui semua itu..
Aku pernah jatuh ,rebah, dan terasa tidak berdaya untuk bangkit walaupun sedikit pun…
Aku pernah terluka berdarah….
Aku pernah berada di situ dulu….
Kini aku merasakan sisa-sisa itu ada…
Ada dalam segenap inci hati dan rasa yang di anugerahkan oleh dia.
Malangnya ..
Aku sudah memutuskan untuk membawa diri ,dan hati ini lari jauh…
Jauh dari semua itu..
Aku mahu memadamkan semua kisah …
kisah pahit atas kanvas hitam yang penuh dengan cerita duka.
Ada ketikanya aku tidak berdaya..
Ada masa-masanya, aku berhenti untuk memberi ruang pada diri agar dapat memadamkan semuanya sekali.
Namun…
Hati ini masih degil...
Masih lagi mahu berada di situ.
Masih mahu menjadikan kisah hitam sebagai sebahagian ruang yang patut aku ingati….
Berbalah bahagi hati..
Aku mahu berhenti..
Sebaliknya , dia tega dan kebal di situ.
Aku masih belum berjumpa sesuatu yang boleh membuatkan aku tersenyum …
Aku masih belum mampu membuatkan hati tersenyum..
Tak ada satu pun yang dapat menerangkan tentangan senyuman …
Sedikit pun belum..
Masih tentang diri aku…
Aku mahu membetulkan keadaan ..
Aku mahu membetulkan keadaan …
Aku mahu membetulkan penafsiran yang tersasar.
Bahawa sesungguhnya , aku ini hamba yang masih belum mati kerana cinta….
Belum mahu mati kerana kehadiran cinta manusia yang tidak pernah hadir dalam bentuk yang sepatutnya…
Aku masih lagi kukuh…
Jiwaku kukuh ..
Walaupun ada ketikanya ianya menjadi rapuh dengan tiba-tiba..
Tapi ....
Aku sudah bersedia untuk mencantumkan kembali jiwa-jiwa yang rapuh ini bila tiba masanya..
Tidak mungkinakan kubiarkan semuanaya berkecai..
Dan atas sebab itu ..
Aku masih lagi mahu hidup , kerana hakikatnya cinta yang menyakitkan…
Namun aku tidak dapat menolak kemungkinan ,bahawa apabila cinta itu tiada, separuh dari jiwa sudahpun di bawa bersama…
Aku kelam atas ketiadaan satu rasa yang indah..
Kurniaan dari Dia-Tuhan yang esa .
Mungkin sudah hilang nikmat dan rasa cinta itu..
Mungkin rasa cinta itu tidak ditakdirkan untuk aku..
Mungkin…Mungkin juga….
Semuanya mungkin untuk sebuah kisah cinta bersulam dusta…
Belajarlah dari pengalaman ngeri ..
Baru hati boleh jadi kental…
Aku sudah tidak sanggup mengharungi lagi kenangan-kenangan hitam dan ngeri itu..

jiwa ku merdeka!!



31 ogos ini genaplah kemerdekaan negara Malaysia 51 tahun...wah..satu pencapaian yang agak memberangsangkan...ye lah...negara pun aman. makmur..harap2 berkekalan la..walaupun di sana sini nampak kegoyahan nya..ku berharap ini semua dijadikan pengalaman untuk lebih mematangkan kita dalam erti kata lain untuk mewujudkan modal insaniah cemerlang..oh ya..lupa pula..tema tahun ini agak panjang..Tema hari kemerdekaan bagi tahun 2008 ialah Perpaduan Teras Kejayaan.erm...teringat pula macam tema dulu2 pula..ku lebih suka tema kerana mu malaysia itu..simple dan menarik..apepun aku tetap bangga menjadi anak malaysia di bumi bertuah ini...Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”.

3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.

3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.


Jika sudah ada tema dan logo, tentu tidak lengkap jika tiada lagu khas untuknya. Berikut adalah lagu tema hari kemerdekaan ke 51 yang dicipta oleh Pak Ngah dan lirik oleh Lokgha;

PERPADUAN TERAS KEJAYAAN


Kini Semangat Jalan Seiring
Satu Amanah Kerjasama
Jadi Teras Bangsa Mulia
Sehati Sejiwa

Bangun Membantu Agar Sepakat
Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Dipersada
Dalam Hidup Harmoni

Sirami Rasa Kasih Sayang
Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani Ikhlas
Dihati Murni
Menjadi Kekuatan Kita

Bersatu.......Bersatu
Bersatu Gagah Bercerai Rebah
Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
Perpaduan Teras Kejayaan

Berpadu......Berpadu
Berpadu Bulat Kata Sepakat
Menjadi Cita Negara Jaya
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan

Sementara itu jika ingin mendapatkan maklumat lanjut yang berkaitan dengan kemerdekaan negara kita Malaysia bolehlah merujuk kepada Portal Hari Kemerdekaan.

ethology trip!!!

hai...sebenarnya aku baru balik dari bukit rengit ,lanchang, pahang...study trip subjek ethology..objektif lawatan ini diadakan adalah untuk memerhatikan sendiri hidupan2 liar kat sana...pastu nyer seawal jam 1 aku dan rakan2 bertolak dari kolej untuk terus ke fakulti..maklumla memandangkan bas kolej 17 agak lambat dan lembap, so terpaksa lah pergi awal sedikit..sesampainya ke fakulti kamu terus menunaikan kewajipan kami..dan seusai kami menunaikan kewajipan,kami menunggu di foyer fakulti sehingga bas sampai...kami pun excited untuk pergi...bukan apa mesti best nanti untuk melihat serangga2 dan gajah2 itu nanti...hehe...kami teruskan perjalanan..sehinggalah sesat...hehe..bas pertama sudah jauh meninggalkan kami..kami terpaksa mengejar bas di hadapan kami ditambah dengan hujan yang agak lebat...hampir pukul 7 juga kami sampai di bukit rengit itu...penat..sandwich yang ku bawa habis...( x sangka mereka cakap sedap) ...hehe...kami terus mendaftar dan mendapatkan bilik..mujur aku di tempatkan bersama rakan2 ku yang ok...selepas itu kami terus makan malam...erm agak menarik makanan mereka....selepas itu kami terus di beri taklimat untuk mendengar seminar tentang serangga..agak menarik juga walaupun semua kelihatan penat..kami dibenarkan untuk melawat dalam makmal zoologi dan ruang pameran..kami dibenarkan balik ke penginapan dalam pukul 11 mlm...esok nya kami terus pergi ke morning walk( kalau tak malam kami pergi --sebab hujan)...kami masuk ke dalam hutan untuk melihat keindahan semulajadi dan memerhatikan serangga...aku bukan nya melihat serangga..malah berborak2 dan hanya berjalan..hehe...usai morning walk...kami terus pergi pusat pemeliharaan Gajah dan berkenalan dengan ahli my JICA yang berkhidmat di Institut Biodiversiti ,Jabatan Perlidungan Hidupan Liar dan Taman Negara , Bukit Rengit.Amat menarik sebab kami telah disajikan dengan satu video tentang kehidupan gajah..perasaan teruja amat tinggi sekali...berlainan dengan zoo negara, kami telah diberikan pelekat untuk dilekatkan pada baju...menarik juga cara ini...pelekat itulah yang akan menentukan samaada kami boleh melakukan aktiviti apa...misalnya menunggang gajah, memberi makanan kepada gajah..aku tidak melepaskan pekuang untuk memberi gajah makan dan menunggang gajah...pengalaman pertama bagi aku dan rakan2..selepas itu, kami pun terus bergerak ke perkampungan orang asli Che' Wong...urm...kami telah diperkenalkan dengan satu budaya masyarakat ini..agak unik dan menarik juga...kami juga dipertontonkan dengan tarian sewang dan cara menyumpit..erm..menarik sekali...selepas itu kami pun balik dan makan tengahari dan mengemas barang2 serta mula bertolak ke UPM dalam pukul 3..sesungguhnya perjalanan kami yang sesingkat ini sangat menarik dan mengujakan..walaupun agak singkat, namun pengalaman dan kenangan2 manis itu tidak dapat kami lupakan..keramahan orang2 di sana membuatkan kami rasa hendak datang lagi ke bumi pahang..terima kasih semua!!!

Thursday, August 21, 2008

ethology!!!!!!

mlm ni suram jek..setelah tension ngan test non ruminant td..sebab x dpt nak jawab la..x ingat...huhu..pastu mlm ni kene study ethology lak untuk test esok kul 5 ptg...huhu..aku pun study ala2 jek..da x larat dah..hehik...rehat jap ngan secawan nesscafe ngan baca novel ternyata cinta sekejap....huhu..pastu baru sambung study blk..hehe..ok la...nak study lagi..wish me luck k!!!!!!!!!!!!!!!!!!aja2 fighting!!

Wednesday, August 20, 2008

D-2-5-1

ala2 romantiksejuk mata memandang...


sesuai untuk tido nih...


pertama kali masuk rumah ni..hati aku dah x sedap..ye la..masuk2 je bilik aku tgk2 dah ade 2 org dlm tu...hati aku berkata eh...x kan la nak duduk bertiga kan...dahla ramai org...pastu pegi opis blk ckp ade org duduk situ....pastu opis suruh halau diorang..ewah2 sesedap rasa jek..aku ni yg penat sgt mulalah moody...rasa nak halau je diorang...pastu roomate aku ckp dia mmg duk sini...aku pun buat bodoh je amek brg bawak masuk..dgn hamster2 aku segala...pastu kenal2 ngan housemate aku..mcm2 tu je la...aku ni kan ala2 pendiam sikit..x reti nak tegur2 org ni..selalu org akan tegur aku dulu..tu yg bila jumpa senyap jek..hehe..rasa x best la kan bila duk satu umah x tegur sape..nasib la ade sorang dua tu tegur2...pastu minggu pertama tu sgt bz..x der masa nak mengemas bilik..aku kalau boleh mesti nak bilik aku cantik berseri...walaupun x der sape nak tgk...biarlah yg penting hati aku puas...so sekarang aku dlm proses mencantikkan bilik..huhu..sgt berharap apa yg aku nak menjadi kenyataan..hopefully!!!!chayok!!

anis batrisya...



erm..kali ni nak cerita pasal dak anis ni...dia lahir pada 31 julai 2008....erm...comelnya..sayang x dpt pergi tgk..bz ngan test segala bagai..erm comel..suka sgt..adam harith dah dpt adik..tp dia demam dan suka menyendiri...mungkin jauh hati sebab kurang di beri perhatian..tgk dia kesian sgt...kalau ckp pasal baby muka dia akan berubah dan sgt sedih..huhu...baru2 ni aku sempat balik umah dan amek gambar dia..hehe...

minggu ini...

klik untuk lihat
erm..hai..minggu ni keje aku ni lah dia..tp banyak lagi...erm....penat...

Saturday, August 9, 2008

dogathon dan aku...

terlebih dahulu ini lah yang aku nanti2kan dlm tahun ini...sebab acara ni sgt best sebab dlm acara ni banyak sgt anjing2 yang akan dtg bersama tuannya untuk berseronok...tahun lepas aku di tempatkan dlm division registration..erm..seronok...mcm karenah org dapat aku tgk....ok lupakan pasal tahun lepas..sekarang aku nak cerita pasal dogathon 2008 dengan temanya aerospace...ala2 angkasawan gitu...astrodog!! woof off!!!erm...ingat lagi masa sem 2 sibuk la mintak nak jadi ape..aku pun dgn yakinnya isi nama kat bahagian registration..erm..x lama kemudian tu...nama aku dipindahkan ke bahagian IT...aku mcm x percaya je..aku mmg nak sgt2 kat bahagian registration tu..tp org yg x sepatutnya dpt boleh dpt...masa tu aku x nampak lagi kegilaan kuasa seseorang tu...so aku pun redha je la..tp yg peliknya sampai dekat nak dogathon pun, x der ape2 information dr pihak it..bukan la nak salahkan mereka..aku plak yg sibuk2 tanya kitaorg nak buat ape??ape yg perlu kitaorg buat...tp mereka x suruh buat ape pun...jadi sekarang ni.....KENAPA PERLU BG KAMI JAWATAN BAWAH IT KALAU SATU KERJA PUN KAMI X PERLU BUAT??tolong lah...karang x tanya ckp kami ni x buat kerja..bila kami x buat kerja nampak je..bila org lain x buat kerja??buat2 butakan mata pekakkan telinga....pastunya ari khamis tu...last meeting dogathon katanya..pergi punya pergi kata start kul 5 tp start dkt nak kul 6....pelik kami..x tahu nak menepati masa ke...karang ckp lebih2 ckp kami ni suka membantah la ape la..cuba diorang di tempat kami??itulah masalahnya bila org dah gila kuasa..susah nak berkawan dgn org yang gila kuasa ni..semuanya dia yg bagus, menunjuk2..padahal apa je keje yg diorang buat....tetiba aku dpt pulak bahagian equipment..aku pun x sangka..lain yang aku mintak lain yang aku dpt(kalau mcm tu lain kali x payah nak suruh aku isi nama kat bahagaian yang aku suka).equipment di ketuai olehsaudara Razeen...erm...so jumaat dlm kul 10 kami pergi bukit ekspo....tolong la angkat barang...sampai2 hanya beberapa org je..yang kami pelik tu...dalam banyak2 lelaki yang ada, perempuan jugak yang masuk dlm bahagian equipment ni..ape cerita ni?? mana lagi lelaki yang lain...nak MEMONDAN je ke??kami teruskan jugak walaupun x ramai...pastunya petang tu kami dtg lewat sikit sebabnya motosikal kami tayar bocor...kami pun panggil la org betulkan...tu yg lambat tu..pastu sampai2 je ada sorang tu kata..eh baru sampai ke..sedangkan kami dr pgi tg tolong angkat brg...pastu boleh ckp kitaorg main MASAK2...hei ape kejadahnya??ingat kami ni ape??sekurang-kurangnya kami dtg dan kami tolong buat kerja...terus hormat aku hilang kat org ni...dan aku x kan lupa apa yg dia ckp.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...