Followers

Monday, August 25, 2008

ethology trip!!!

hai...sebenarnya aku baru balik dari bukit rengit ,lanchang, pahang...study trip subjek ethology..objektif lawatan ini diadakan adalah untuk memerhatikan sendiri hidupan2 liar kat sana...pastu nyer seawal jam 1 aku dan rakan2 bertolak dari kolej untuk terus ke fakulti..maklumla memandangkan bas kolej 17 agak lambat dan lembap, so terpaksa lah pergi awal sedikit..sesampainya ke fakulti kamu terus menunaikan kewajipan kami..dan seusai kami menunaikan kewajipan,kami menunggu di foyer fakulti sehingga bas sampai...kami pun excited untuk pergi...bukan apa mesti best nanti untuk melihat serangga2 dan gajah2 itu nanti...hehe...kami teruskan perjalanan..sehinggalah sesat...hehe..bas pertama sudah jauh meninggalkan kami..kami terpaksa mengejar bas di hadapan kami ditambah dengan hujan yang agak lebat...hampir pukul 7 juga kami sampai di bukit rengit itu...penat..sandwich yang ku bawa habis...( x sangka mereka cakap sedap) ...hehe...kami terus mendaftar dan mendapatkan bilik..mujur aku di tempatkan bersama rakan2 ku yang ok...selepas itu kami terus makan malam...erm agak menarik makanan mereka....selepas itu kami terus di beri taklimat untuk mendengar seminar tentang serangga..agak menarik juga walaupun semua kelihatan penat..kami dibenarkan untuk melawat dalam makmal zoologi dan ruang pameran..kami dibenarkan balik ke penginapan dalam pukul 11 mlm...esok nya kami terus pergi ke morning walk( kalau tak malam kami pergi --sebab hujan)...kami masuk ke dalam hutan untuk melihat keindahan semulajadi dan memerhatikan serangga...aku bukan nya melihat serangga..malah berborak2 dan hanya berjalan..hehe...usai morning walk...kami terus pergi pusat pemeliharaan Gajah dan berkenalan dengan ahli my JICA yang berkhidmat di Institut Biodiversiti ,Jabatan Perlidungan Hidupan Liar dan Taman Negara , Bukit Rengit.Amat menarik sebab kami telah disajikan dengan satu video tentang kehidupan gajah..perasaan teruja amat tinggi sekali...berlainan dengan zoo negara, kami telah diberikan pelekat untuk dilekatkan pada baju...menarik juga cara ini...pelekat itulah yang akan menentukan samaada kami boleh melakukan aktiviti apa...misalnya menunggang gajah, memberi makanan kepada gajah..aku tidak melepaskan pekuang untuk memberi gajah makan dan menunggang gajah...pengalaman pertama bagi aku dan rakan2..selepas itu, kami pun terus bergerak ke perkampungan orang asli Che' Wong...urm...kami telah diperkenalkan dengan satu budaya masyarakat ini..agak unik dan menarik juga...kami juga dipertontonkan dengan tarian sewang dan cara menyumpit..erm..menarik sekali...selepas itu kami pun balik dan makan tengahari dan mengemas barang2 serta mula bertolak ke UPM dalam pukul 3..sesungguhnya perjalanan kami yang sesingkat ini sangat menarik dan mengujakan..walaupun agak singkat, namun pengalaman dan kenangan2 manis itu tidak dapat kami lupakan..keramahan orang2 di sana membuatkan kami rasa hendak datang lagi ke bumi pahang..terima kasih semua!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...