Followers

Monday, August 25, 2008

jiwa ku merdeka!!



31 ogos ini genaplah kemerdekaan negara Malaysia 51 tahun...wah..satu pencapaian yang agak memberangsangkan...ye lah...negara pun aman. makmur..harap2 berkekalan la..walaupun di sana sini nampak kegoyahan nya..ku berharap ini semua dijadikan pengalaman untuk lebih mematangkan kita dalam erti kata lain untuk mewujudkan modal insaniah cemerlang..oh ya..lupa pula..tema tahun ini agak panjang..Tema hari kemerdekaan bagi tahun 2008 ialah Perpaduan Teras Kejayaan.erm...teringat pula macam tema dulu2 pula..ku lebih suka tema kerana mu malaysia itu..simple dan menarik..apepun aku tetap bangga menjadi anak malaysia di bumi bertuah ini...Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”.

3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.

3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.


Jika sudah ada tema dan logo, tentu tidak lengkap jika tiada lagu khas untuknya. Berikut adalah lagu tema hari kemerdekaan ke 51 yang dicipta oleh Pak Ngah dan lirik oleh Lokgha;

PERPADUAN TERAS KEJAYAAN


Kini Semangat Jalan Seiring
Satu Amanah Kerjasama
Jadi Teras Bangsa Mulia
Sehati Sejiwa

Bangun Membantu Agar Sepakat
Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Dipersada
Dalam Hidup Harmoni

Sirami Rasa Kasih Sayang
Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani Ikhlas
Dihati Murni
Menjadi Kekuatan Kita

Bersatu.......Bersatu
Bersatu Gagah Bercerai Rebah
Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
Perpaduan Teras Kejayaan

Berpadu......Berpadu
Berpadu Bulat Kata Sepakat
Menjadi Cita Negara Jaya
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan

Sementara itu jika ingin mendapatkan maklumat lanjut yang berkaitan dengan kemerdekaan negara kita Malaysia bolehlah merujuk kepada Portal Hari Kemerdekaan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...