Followers

Wednesday, September 24, 2008

salam kemaafan...



Minggu depan aku mula bercuti..cuti raya...itu bermakna blog ku juga bercuti sama...tapi apepun di kesempatan ini aku ingin memohon maaf dan mengucapkan selamat hari raya aidil fitri 1429 hijrah kepada semua yang mengenali diri ini..maaf sekiranya ada salah dan silap..biasalah aku ni x sempurna..x lari dari melakukan kesilapan...0-0 ye..kalau termakan, terminum, terasa, tersentuh, terambik atau ter ape2 ke..harap di maafkan...ok lah..banyak lagi kerja yang perlu di selesaikan sebelum balik beraya ni..ok..salam semua.......

Tuesday, September 23, 2008

impak maksima...


minggu sebelum raya ini amat memenatkan mental dan juga fizikal..test sahaja ada dua..hari selasa dan rabu...huh..penatnya...assignment pulak melambak2 tak siap lagi...dalam pada nak bercuti dan beraya di kampung halaman terdetik dalam hati alangkah seronoknya jadi budak kecik..tak perlu nak memikirkan masalah2 yang ada...tapi hidup perlu diteruskan juga..hari ni aku terpaksa pergi ke seri serdang untuk mem fotokopi beberapa dokumen..huh..makin ramai pulak yang memesan..bukan tak ikhlas, cuma bila susah baru nak mintak tolong...bukan nak mengungkit.. tapi tahu2 je lah..manusia kan..aku pun tak lari dari kesilapan..biarlah hanya tuhan yang tahu hati dan perasaan ku ketika ini...di tambah pula dgn assignment yang semakin hari semakin menghambat..Ya Allah..bantulah hambamu yang lemah ini...aku rasa tak berdaya sangat dengan semua ni...tapi aku kena selesaikan juga kerja yang terbengkalai..aku harap semoga tekanan yang maksima ini dapat di kurangkan dengan melupakan sejenak perkara2 yang meletihkan ini..Amin...

Monday, September 22, 2008

andai ku tahu...


seperti minggu2 biasa aku dan rakanku akan menaiki motosikal untuk menunaikan kewajipan pada hari jumaat..bukan sahaja hari jumaat di bulan ramadhan, malah setiap kali hari jumaat..alhamdulillah..berjaya juga aku menunaikan ibadah puasa dan solat jumaat dalam bulan ramadhan ini..cuma kesempurnaan ibadahku tidak tahu lah lengkap ataupun tidak..selepas itu kami bergegas ke kelas anatomi..khabarnya hendak berdiskusi tentang ujian 2 tempohari..huh..debaran di dada semakin menebal...seperti yang di jangka aku tewas lagi..tewas kerana mendapat markah ujian yang cukup2 makan sahaja..Ya Allah...itu sahaja yang mampu aku lafazkan...bukan subjek anatomi sahaja, malah hampir kesemua subjek semester ini hanya mendapat markah yang sedikit sahaja..tak tahulah mana silapnya..nak kata tak study, study juga...aku dah cuba buat yang terbaik..hanya tawakal dan doa sahaja menjadi pengiring...erm..ntah la..aku dapat rasakan kejatuhan CGPA ku semester ini...argh...tension2...kenapa lah jadi macam ni..kenapa kalau org lain boleh buat aku tak boleh buat juga...mesti ada hikmah di sebalik semua ni...aku hanya mampu beroa dan terus berdoa...lupakan sejenak tentang pelajaran...usai berdiskusi, ku terus melarikan diri untuk balik ke rumah...sehabis laju ku rasa ku menunggang motor untuk sampai seawal yang boleh ke tempat akak ku...jam 6.30 aku sampai dan aku dan kakakku terus menaiki kereta avanza hitam nya yang ala bau kedai itu.hehik...kami berbuka puasa dengan beberapa teguk air dan menjamah sedikit kuih yang di beli semasa dalam perjalan ke rumah..hampir pukul 8 kami pun sampai...usai solat, ka apa lagi melantak la..hehe...laksa, ayam panggang, nasi..semua ku makan..maklum la di UPM nak dapat semua tu kena lah beli kan..hehe..malam itu aku rasa tenang sangat..x perlu nak memikirkan apa2...tengok astro sambil bergelak tawa dengan keluarga ku..sangat hepi...begitulah aku sepanjang 2 hari di rumah...huh,,x sabar nak menunggu minggu epan..balik beraya seminggu...andai ku tahu...

Friday, September 19, 2008

hati yang luka...


entah kenapa jauh rasa hati ini di daerah ini..lantas ku cuba untuk membawa hati yang lara ini jauh dari sini...alhamdulillah sepanjang aku di daerah asing ini aku cukup bahagia...walau sedetik, aku puas..puas melupakan garis2 luka yang lama terpendam...sesungguhnya perjalanan ku ini masih lagi jauh...

Tuesday, September 16, 2008

kemas bilik...


malam ni kemas meja yang serabut sangat..pening kepala...so terpaksa kemas meja dan buang benda2 yang x pakai...huh.penat dan ngantuk..

Monday, September 15, 2008

taman warisan ...


Usai menunaikan kewajipan, ku terus bersiap untuk keluar bersama seorang rakan ku..katanya ingin makan sate di taman warisan pertanian..erm lama juga ku x makan sate..bulan2 puasa ni banyak betul yang teringin..memandangkan masih awal lagi, kami pun terus menuju ke taman warisan pertanian..huh..sangat lengang..ingatkan dah tutup, tapi rupanya buka lagi..kami pun terus menepah sate kajang Haji Samuri itu..wah..memang puas makan...kenyang berbuka pun belum habis lagi..ni makan sate pulak...alhamdulillah...rezeki aku hari ini...lebih kurang pukul 11 aku pun terus balik ke UPM..huhu..penat betul.. terus mencari2 nota untuk study fisiologi...ujian fisiologi ari khamis ni...harap2 aku bersedia..

halusinasi


Hari ini sudah 15 ramadhan...bermakna sudah 15 hari aku menunaikan kewajipan berpuasa di bulan yang penuh mulia ini...dugaan demi dugaan aku tempuhi..aku berharap semoga ramadhan2 yang aku lalui ini mendapat keberkatan dariNya..bukan apa...maklum lah memang aku menahan diri dari lapar dan dahaga..tapi tak tahulah mulut, telinga mahupun nafsu aku berpuasa juga..biasalah bila dah bersama rakan2.mula lah org ni macam ni, macam tu..haha...menyentuh tentang rakan-rakan...begitu banyak dugaan..hari ni sahaja aku begitu tersentap dan tersentuh bila salah seorang rakan ku seakan membenci diriku..ku pun tak tahu mengapa..mungkin diriku ni x layak berkawan mahupun bersahabat dengan mereka..biasalah alah bisa tegal biasa, aku pun dah rentan dengan semua ni..sebab kalau aku susah pun aku juga yang selesaikan sendiri..bagi aku kawan gembira memang mudah untuk di cari, tapi kawan yang sentiasa menangis bersama belum tentu lagi bukan..hati aku begitu tersentuh tadi..tak tahu la mengapa..mood pun dalam keadaan yang tidak berapa baik..begitulah hakikatnya bila berkawan..nak tak nak hidup kena teruskan juga bukan..biar perit dan pedih hati ini, aku tetap aku..masih macam dulu..cuma kali ini aku lebih berhati2 mencari kawan, bukan niat untuk memilih kawan..tapi itulah hakikatnya.bila dekat selalu je ada salah faham..bila jauh mulalah rindu-rinduan..hehe...kawanku ada berkata tadi ala benda2 remeh tu pun kau nak terasa..aku pula menjawab dari benda2 remeh ni lah yang jadi besar..huh..malas nak fikir..tapi x boleh..kena fikr juga..semester ni mungkin cgpa ku akan jatuh..maklum lah hampir semua subjek semester ini menunjukkan prestasi yang kurang memberangsangkan..argh....tensionnya.ikutkan hati mahu je balik ke rumah dan melupakan semua ni...ari khamis ni ujian bagi subjek fisiologi..aku pun takut...takut tak dapat menjawab dgn baik..aku pun tak tahu..mungkin hati aku ni kotor sangat..tu yang x berkat tu...huh...penatnya..penat sgt semester ini...x sabar untuk bercuti hujung tahun ni..nak perbaiki apa yang tak betul..apa yang kurang, apa yang x sempurna...aku yakin ade sebab aku jadi macam ni...macam2 yang terjadi semester ini yang membuatkan aku terfikir dua kali..mungkin Dia ingin menguji hambaNya..dan aku redha dan akan terus hidup...dan aku x kan berpaling ke belakang lagi..Insyaallah...

Saturday, September 13, 2008

aku kena tag!!

1. What is the most important thing in your life?

Jawapan: my family

2. What is the last thing that you bought with your own money?

Jawapan: burger ayam special!!

3. Where do you wish to get married?

Jawapan: ntah la..30 kot...

4. How old do you think you will be permanently owned by your love?

Jawapan: ntah la..hehik

5. Are you in love?

Jawapan: YES

6. Where was the last restaurant you had dinner?

Jawapan: kfc kat cheras selatan

7. Name the latest book that you bought?

Jawapan: kembalikan cintaku ari Norhayati Brahim ( RM 24 hengget)

8. What is your full name?

Jawapan: Mohd Helmy Mahroob

9. Do you prefer your mother or father

Jawapan: Mother

10. Name a person that you really wish to meet in real life for the first time.

Jawapan: David beckham

11. Christina or Britney?

Jawapan: dua-dua x best...hahaha

12. Do you do your own laundry?

Jawapan: kadang2 jek...

13. The most exciting place you want to go?

Jawapan: london

14. Hugs or kisses?

Jawapan: erm...

15. Point out 5 things about the person who tagged you.

Jawapan:giler, nakal, x ensem, kedekut, suka senyum( jgn marah emir)

16. 8 things I am passionate about

- money
- my ipod
- my motor
-my ring
- my book
- my life
- my study
- my love

17. 8 things I say too often

- segala bagai
- kaedahnya
-nok
-motif
-serius
-ntah la
- hehik
sayang

18. 8 books I’ve read recently

Jawapan: surat ungu untuk nuha, selagi ada dia, dia lebih mengerti, anatomt and fisiology, dyce, mercks, kisah kasih, tiada batasan sayang

19. 8 songs I could listen to over and over again

Jawapan:

  1. i'm yours
  2. mantera beradu
  3. cinta ini membunuhku
  4. betapa
  5. cuba
  6. kelahiran
  7. bukan sesaat
  8. bebaskan

ok...setel...sekarang aku nak tag member aku lak..org tu adalah....

  1. jawe
  2. purple karkun
  3. budak kecik
bye...selamat menjawab ya...

Friday, September 12, 2008

kemaafan dendam yang terindah....

ANTARA kemarahan, dendam dan kemaafan. Tiga istilah itu berada pada situasi berbeza, namun ia berkait rapat antara satu sama lain.

Marah, dendam dan maaf, sudah tentu kemaafan yang lebih utama, tetapi terdayakah kita untuk melupakan sesuatu perkara yang membangkitkan kemarahan begitu saja, khu susnya perkara sensitif dan memberikan maaf kepada orang terbabit?


Dendam biasanya terhasil daripada perasaan marah, iaitu suatu perasaan membuak-buak apabila ditahan seseorang dirinya kerana tidak terdaya atau dipendam untuk me lepaskannya pada satu-satu ketika.

Perasaan marah yang ditahan dan terpendam di dalam batin hati itu kemudian bertukar menjadi perasaan lain, dipanggil dendam, yang mungkin mengakibatkan senario berpan jangan.

Dendam boleh diertikan sebagai perasaan berat hati yang bercampur perasaan benci terhadap seseorang yang ber terusan atau dalam beberapa waktu. Dendam, jika dituruti boleh mengakibatkan perkara lain yang tercela, antaranya:

# Perasaan hasad, iaitu menaruh rasa suka apabila pihak yang didendam itu ditimpa bala bencana atau kesusahan dan berduka sekiranya pihak terbabit mendapat kesenangan.

# Memutuskan perhubungan baik sekalipun pihak yang didendam tetap ingin mengekalkannya.

# Tidak bersedia untuk menerima atau memaafkan pihak terbabit sebagai tanda memandang hina dan rendah ke padanya.

# Berdusta ke atasnya, mengumpatnya dan mendedahkan keburukan atau maruah yang sepatutnya dipelihara.

# Mengejek dan memperlinya.

# Memusuhi dan menganiayainya.

Sekiranya perasaan dendam seseorang mendorong dirinya kepada tindakan seperti di atas, sudah tentu keadaan menjadi bertambah buruk dan hukumnya menjadi haram.

Tetapi lain halnya jika dendam itu tidak mendorong kepada tindakan terbabit dan perkara maksiat lain, bahkan hanya terpendam di dalam hati, tanpa diingkari hatinya, sehingga boleh menegah dari melakukan perkara yang disunatkan terhadap pihak yang didendam, seperti berwajah manis, bersikap lemah lembut, mengambil berat, menyampai hajat, bekerjasama dalam kerja bermanfaat.

Begitupun, semua ini boleh mengurangkan nilai dan darjat seseorang dalam beragama, menghalang daripada mendapat kurniaan pahala yang melimpah dari Allah, walaupun tidak mendedahkan diri kepada azab.

Justeru, langkah yang paling selamat ialah mengekalkan keadaan sebelum berlaku dendam. Malah, jika terdaya tam bahkan lagi kebaikan sebagai jihad nafsu kita dan menolak pujuk rayu syaitan.

Sementara itu, orang yang didendam atau pihak kena dendam pula, dia mungkin mengambil tindakan tertentu terhadap pihak yang berdendam, iaitu:

1. Mengambil tindakan yang setimpal dan yang dirasakan berhak diterima dari perbuatannya dengan tidak terlebih atau kurang. Tindakan seperti ini dipanggil keadilan atau mencari keadilan.

2. Berlaku ihsan kepada pihak yang berdendam, seperti memberikan kemaafan. Ini disebut kemuliaan. Orang seperti ini sungguh mulia hati budinya.

3. Menzalimi dan menganiayai orang yang berdendam dengannya dengan sesuatu yang sememangnya tidak berhak menerimanya. Ini disebut penganiayaan.

Pihak yang memilih tindakan yang ketiga adalah tergolong manusia yang berakhlak rendah, tindakan kedua termasuk golongan soleh dan pertama adalah pilihan golongan si ddiqin.

Islam mengharuskan mengambil tindakan yang adil ter hadap mereka yang menyebabkan kita marah (atas ke benaran), iaitu yang disebut 'al-adl' namun Islam lebih cenderung menggalakkan tindakan peringkat yang lebih tinggi dari itu, iaitu memberikan kemaafan. Inilah yang disebut 'al-ihsan' iaitu berbuat baik atau bersikap baik.

Mungkin ada pihak bertanya, mengapa pula tidak di galakkan untuk melakukan sesuatu tindakan terhadap orang yang berdendam, selagi tindakan itu adil dan saksama?

Sebenarnya bukan mudah untuk melakukan sesuatu tin dakan tanpa melebihi dan mengurangi, dengan tindakan yang dilakukan ke atas seseorang. Malah, selalunya tindak balas melebihi dari batas yang saksama dan ini menunjukkan ada kesulitan.

Justeru, sebagai langkah selamat dan menjamin kebaikan di antara pihak yang berdendam dan kena dendam ialah memberikan maaf.

Islam memuji sifat individu yang dapat menahan marah, dengan tidak memuaskan nafsu marahnya atau melepaskan perasaan marahnya dengan suatu tindakan, namun hanya dengan menahan marah masih belum dapat mengikis pe rasaan dendam di dalam hati.

Oleh itu, Islam menggalakkan umatnya saling bermaafan kerana dengan kemaafan boleh meredakan ketegangan dan perasaan dendam.

Mereka yang dapat menahan marah, kemudian menyusul dengan kemaafan dapat membersihkan hatinya daripada perasaan dendam.

PETIKAN DARI HMETRO...

Thursday, September 11, 2008

ujian yang menguji kesabaran....

ari ni agak sibuk..maklum la..seawal jam 8 dah ade kelas..tapi ku gagahkan juga kaki ni melangkah ke dewan kuliah..lagipun pukul 9 pagi ada test 2 subjek ruminan..huh..sangat tak bersedia dan risau dengan test itu..maklum la nota tidak di beri..kena pandai2 cari sendiri...memang aku x nafikan sekarang ni ilmu tu kena cari sendiri..bukan nak di suap jek..tapi apa yg aku dengar kumpulan lagi satu boleh pulak dapat note.sedangkan kumpulan ku x dapat note..rasa macam di anak tirikan je..sabar je la..tapi memandangkan subjek wajib kan,,nak x nak terpaksa juga terima seadanya..seperti yang di jangka soalan nya bagiku kadang2 x logik dengan apa yang di ajar dalam kelas..ku hanya jawab menggunakan naluri..huhu..x taw la betul atau tidak..sebelum test kami di beri borang penilaian...kali ini aku menilai dengan cukup teliti...selalunya ku letak markah 4 atau 5..setuju atau sangat setuju..tapi kali ini ku tidak mahu lagi berbuat baik..geram dan sakit ati...penghabisannya banyak yang ku tidak setuju...hahaha..jahat betul kan..tapi kalau ku sorang je buat tak memberi kesan..lain la kalau 69 orang yang buat mcm tu...apa pun aku puas hati...petang pula ada amali fisiologi..ku hanya menghadirkan jasad je dalam kelas amali itu..sedangkan hati dan minda aku berterbangan entah ke mana..dengan kawan2 lagi..dengan test anatomi yang perlu di baca, di hafal dan di fahami...cukup lah kerisauan yang melanda..tidak tertahan lagi...tapi ku kena buat juga...motor ku bocor lagi..so terpaksa tukar tayar...banyak betul dugaan yang datang...aku harap ia menjadikan ku lebih kuat dan tabah..amin.....

Wednesday, September 10, 2008

berbuka bersama....

dah 10 hari aku berpuasa...dan sudah acap kali juga kenalanku mengajak ku berbuka bersama..bukan apa...kawan ku kat shah alam, kat UiTM, kat serdang, kat damansara.. tu belum lagi yang kat cheras, kat mana2 lagi tah..tapi apakan daya aku ni sorang je..kalau badan aku ni boleh dibelah2 boleh juga berbuka bersama mereka..penghabisannya aku x pergi pun berbuka dengan sape2..kecuali kenalanku yang di putrajaya itu..bukan apa.dah berkali ajak.. x pergi apa pula katanya...ku memberikan alasan sibuk, study..dia membalas " ala saya dulu pun student jugak" oversea lagi..ade je masa nak keluar, release tension..." huh...no komen an ku terpaksa bersetuju atas pelawaan nya...makan kat Alamanda..wah..begitu ramai orang di sana..maklum la time2 berbuka ni..yang x berpuasa pun memenuhkan ruang makan ..tak hairan la begitu ramai pengunjung kan...erm...tapi sekali itu je la aku keluar berbuka bersama rakan..selebihnya aku lebih suka berbuka di bilik...lepas buka solat dan study..itulah rutin ku...erm...

sentap!!!!!

Sambil membaca novel selagi ada dia karya Aisya Sofea, ku dikejutkan dengan satu suara yang mengatakan aku ni Selfish...Ya Allah...aku tak pernah pun kacau org..kenapa sebab satu perkara aku dituduh sebegitu..Demi Allah apa yang aku buat di luar kawalan ku..bukan niat nak mementingkan diri sendiri..apatah lagi nak menyakit kan hati sesiapa..biasalah selalunya yang jahat je org nampak dan ingat kan..yang baik2 x nampak dan buat2 x nampak…memang x dapat di nafikan memang aku terasa…terasa sebab org yang aku kenal dan rapat berkata padaku macam tu…ah…apa aku peduli..org nak cakap aku ni pentingkan diri ke sombong ke…yang penting aku tahu diri aku…mulut org biasa la…tambah2 bulan ramadhan..itu yang malas nak marah2..walaupun hati ni tetap x sedap dan terasa..terasa dan jauh hati…alahai ramadhan, ramadhan…..

genetik, moto, dan tesco.........

Hai…pagi ni ku x pergi ke kelas…malas…memang dah di rancang dari awal…hehe..semalam selepas sahaja abis test 2 genetik..aku terus meneruskan kerja yang terbengkalai sejak pagi…macam2 dugaan..motosikal ku bocor, itu sebenarnya ku nak uruskan…ok ku ade juga telefon beberapa kenalan ku untuk cuba membetulkan motosikal ku itu..erm biasalah bila kita susah siapa je nak tolong..tambah2 lagi bulan ramadhan ni kan..lagi la pulak…susah betul…ku dah terfikir erm..macam mana ni..sape nak tolong ni..so masa nak balik ni ade lah sorang hamba Allah ni yang nak tolong aku..tolong tengok kan kedai motor kat belakang upm tu bukak ke x..alhamdulillah buka..aku sgt berterima kasih kepada dia..sebab walaupun dia x tolong banyak tp keihklasan dia buat aku terharu..ye la..dalam pada org sibuk2 nak larikan diri dari aku..ade jugak yg nak tolong..syukur x terhingga…selepas menyetelkan urusan ku itu, terus berdetik dalam hati..balik ke rembau berbuka bersama kakak ku best ni…so aku pun terus menelefon kakak ku memberitahu tujuan ku pergi ke sana..erm baru pukul 4.30 ni..balik ke kolej dulu la sebelum bertolak ke seremban..solat dulu..aku terus ke petronas dan membeli kuih sedikit..dan terus balik ke kolej…tepat jam 5.30 petang ku pun bertolak…erm sejam sampai la ni..lebih kurang 6.40 aku pun sampai di rumah kakak ku…erm lagi sejam je nak berbuka…sambil membantu kakak ku menyiapkan juadah ( padahal buat air je) bersama nasi ambang..aku menonton tv ( cerita Cinderella) yg menjadi minat akak ku…kami pun menunggu waktu berbuka sambil menonton tv..selepas berbuka kami terus menunaikan solat mahgrib dan terus bersiap untuk ke seremban..dalam pukul 8 kami bergerak ke Tesco…membeli sedikit barang dan terus ke McD untuk membeli burger dan McFlurry…hehe..dalam pukul 10 lebih kami pun balik dan terus tido…huh penat sungguh..mana taknya semalamnya aku tidur pukul 3 pagi..bangun pulak pukul 6 pagi..terus ke kelas pukul 8 pagi sampai petang..petang pula memandu motosikal ke rumah kakak ku…apa lagi tidur la…huh..hari yang begitu memenatkan tapi tetap menarik bagiku…terutama di hentian sebelah seremban itu…hahaha

penat

Minggu ini amat memenatkan.mana taknya banyak sungguh kerja yang perlu di selesaikan…niat di hati nak balik rumah..tapi hari minggu ni ada kokurikulum dan ari ahad pula ada hal lain..so terpaksa lupakan niat untuk balik ke rumah…minggu depan sahaja ada 3 test..semua nya bagi aku killer subject..teringat senior ku dulu time nak test je stress dan kata killer subject..ku berkata dalam hati semuanya killer subject…tu lah amek lagi kos DVM…hah..sekarang kena batang hidung sendiri baru tau…memang x dinafikan..semester ini subjek nya amat berat bagiku…ntah macam mana la keputusan semester ini..hanya tuhan je yang tahu..dalam pada itu, x sabar nak tunggu hari esok..dalam pada itu aku sempat bersms dgn ex-rumet ku…rindu..lama dah x jumpa dengan dia…

4 september

4 ramadhan bersamaan 4 september 2008..hari ni merupakan hari lahir seorang rakanku…selamat hari jadi kuucapkan kepadanya..dia mengajak ku berbuka di KFC..katanya nak belanja aku dan rakan2 ku yang lain..erm..bagaikan org yang mengantuk di sorongkan bantal…aku pun terima sahaja pelawaan dia tanpa berfikir panjang..maklumla org nak belanja kan..selepas abis kelas kami pun terus menuju ke KFC…nasib kami baik…terserempak dgn Dr. Ooi pula, lantas dia mempelawa kami untuk menumpang kereta dia..kami pun agak malu2..tapi memandangkan sudah pukul 6, kami pun menerima pelawaan itu…semasa kami menaiki kereta dr, Dr berkata korang ni bestfriend kan..pergi mana2 sama je…praktikal pun sama2 juga…tapi x boring ke 5 tahun muka yg sama je..kami hanya tersenyum sahaja…masing2 mempunyai tafsiran tersendiri..aku cukup terkesan dgn apa yang Dr kata…erm…sampai2 di KFC aku dan ina terus sahaja ke Bakery’s Cottage..membeli kek blueberry untuk hari jadi rakanku..kebetulan kami terjumpa Taq dan rakan2 yang lain..jadi kami pun membahagikan kek tu kepada semua..nasib cukup sebab kek tu kecik je..hehe…apapun terima kasih kepada SITI kerana sudi membelanja kami makan KFC…semoga panjang umur dan di murahkan rezeki…

tanggal 1

Hari ni 1 ramadhan….rasa bertuah dan bersyukur kepada maha pencipta kerana sekali lagi aku di berikan kesempatan untuk menyambut ramadhan lagi..seperti biasa 1 ramadhan aku akan menyambutnya bersama keluarga..hari pertama sangat memnghilangkan stress..ye lah mana tidaknya kalau kat UPM sibuk sangat..dengan test, assigment dan macam2 lagi..dengan kokurikulum lagi..itu belum lagi hal2 lain…7 hari dalam seminggu tu macam x mencukupi aje..24 jam sehari tu macam sekejap je..tapi apakan daya aku kena teruskan juga walaupun seperit mana..kembali kepada cerita ramahan…ramadhan pertama di UPM masa aku first year diploma..erm..ingat lagi masa tu dah final exam..abis test masa first ramadhan..aku balik rumah hati tu juga..gembira..ramadhan seterusnya aku lalui dengan penuh sabar…dan ramadhan kali ini banyak sangat ujiannya..mane tak nya satu ramadhan je macam2 perkara yang berlaku yang membuatkan hati aku panas..Ya Tuhan..sabar je lah..dua ramadhan ku berbuka di UPM..ramadhan tahun ini sungguh banyak dugaan..semoga aku boleh bersabar dan kuat menghadapi segala ujianNya,..Amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...