Followers

Wednesday, September 10, 2008

genetik, moto, dan tesco.........

Hai…pagi ni ku x pergi ke kelas…malas…memang dah di rancang dari awal…hehe..semalam selepas sahaja abis test 2 genetik..aku terus meneruskan kerja yang terbengkalai sejak pagi…macam2 dugaan..motosikal ku bocor, itu sebenarnya ku nak uruskan…ok ku ade juga telefon beberapa kenalan ku untuk cuba membetulkan motosikal ku itu..erm biasalah bila kita susah siapa je nak tolong..tambah2 lagi bulan ramadhan ni kan..lagi la pulak…susah betul…ku dah terfikir erm..macam mana ni..sape nak tolong ni..so masa nak balik ni ade lah sorang hamba Allah ni yang nak tolong aku..tolong tengok kan kedai motor kat belakang upm tu bukak ke x..alhamdulillah buka..aku sgt berterima kasih kepada dia..sebab walaupun dia x tolong banyak tp keihklasan dia buat aku terharu..ye la..dalam pada org sibuk2 nak larikan diri dari aku..ade jugak yg nak tolong..syukur x terhingga…selepas menyetelkan urusan ku itu, terus berdetik dalam hati..balik ke rembau berbuka bersama kakak ku best ni…so aku pun terus menelefon kakak ku memberitahu tujuan ku pergi ke sana..erm baru pukul 4.30 ni..balik ke kolej dulu la sebelum bertolak ke seremban..solat dulu..aku terus ke petronas dan membeli kuih sedikit..dan terus balik ke kolej…tepat jam 5.30 petang ku pun bertolak…erm sejam sampai la ni..lebih kurang 6.40 aku pun sampai di rumah kakak ku…erm lagi sejam je nak berbuka…sambil membantu kakak ku menyiapkan juadah ( padahal buat air je) bersama nasi ambang..aku menonton tv ( cerita Cinderella) yg menjadi minat akak ku…kami pun menunggu waktu berbuka sambil menonton tv..selepas berbuka kami terus menunaikan solat mahgrib dan terus bersiap untuk ke seremban..dalam pukul 8 kami bergerak ke Tesco…membeli sedikit barang dan terus ke McD untuk membeli burger dan McFlurry…hehe..dalam pukul 10 lebih kami pun balik dan terus tido…huh penat sungguh..mana taknya semalamnya aku tidur pukul 3 pagi..bangun pulak pukul 6 pagi..terus ke kelas pukul 8 pagi sampai petang..petang pula memandu motosikal ke rumah kakak ku…apa lagi tidur la…huh..hari yang begitu memenatkan tapi tetap menarik bagiku…terutama di hentian sebelah seremban itu…hahaha

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...