Followers

Monday, September 15, 2008

halusinasi


Hari ini sudah 15 ramadhan...bermakna sudah 15 hari aku menunaikan kewajipan berpuasa di bulan yang penuh mulia ini...dugaan demi dugaan aku tempuhi..aku berharap semoga ramadhan2 yang aku lalui ini mendapat keberkatan dariNya..bukan apa...maklum lah memang aku menahan diri dari lapar dan dahaga..tapi tak tahulah mulut, telinga mahupun nafsu aku berpuasa juga..biasalah bila dah bersama rakan2.mula lah org ni macam ni, macam tu..haha...menyentuh tentang rakan-rakan...begitu banyak dugaan..hari ni sahaja aku begitu tersentap dan tersentuh bila salah seorang rakan ku seakan membenci diriku..ku pun tak tahu mengapa..mungkin diriku ni x layak berkawan mahupun bersahabat dengan mereka..biasalah alah bisa tegal biasa, aku pun dah rentan dengan semua ni..sebab kalau aku susah pun aku juga yang selesaikan sendiri..bagi aku kawan gembira memang mudah untuk di cari, tapi kawan yang sentiasa menangis bersama belum tentu lagi bukan..hati aku begitu tersentuh tadi..tak tahu la mengapa..mood pun dalam keadaan yang tidak berapa baik..begitulah hakikatnya bila berkawan..nak tak nak hidup kena teruskan juga bukan..biar perit dan pedih hati ini, aku tetap aku..masih macam dulu..cuma kali ini aku lebih berhati2 mencari kawan, bukan niat untuk memilih kawan..tapi itulah hakikatnya.bila dekat selalu je ada salah faham..bila jauh mulalah rindu-rinduan..hehe...kawanku ada berkata tadi ala benda2 remeh tu pun kau nak terasa..aku pula menjawab dari benda2 remeh ni lah yang jadi besar..huh..malas nak fikir..tapi x boleh..kena fikr juga..semester ni mungkin cgpa ku akan jatuh..maklum lah hampir semua subjek semester ini menunjukkan prestasi yang kurang memberangsangkan..argh....tensionnya.ikutkan hati mahu je balik ke rumah dan melupakan semua ni...ari khamis ni ujian bagi subjek fisiologi..aku pun takut...takut tak dapat menjawab dgn baik..aku pun tak tahu..mungkin hati aku ni kotor sangat..tu yang x berkat tu...huh...penatnya..penat sgt semester ini...x sabar untuk bercuti hujung tahun ni..nak perbaiki apa yang tak betul..apa yang kurang, apa yang x sempurna...aku yakin ade sebab aku jadi macam ni...macam2 yang terjadi semester ini yang membuatkan aku terfikir dua kali..mungkin Dia ingin menguji hambaNya..dan aku redha dan akan terus hidup...dan aku x kan berpaling ke belakang lagi..Insyaallah...

1 comment:

Jahwarhar Nazrin Abdul Rashid said...

Kadang-kadang kita kena juga terima benda yang pahit dalam hidup ini juga. Kawan is the greatest pearl dalam dunia ini. Kalau aku la, aku lebih pentingkan kawan dari harta benda sekalipun. Sebab kawan/sahabat nanti yang akan menolong kita baik di dunia mahupun di AKHIRAT.. so cheer up dude!~~ =))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...