Followers

Wednesday, October 29, 2008

tension...

kerana terlalu tertekan hari ini, ku telah menghasilkan sebuah karya yang bengong..hahaha...

car wash...



segalanya bermula di sana..pagi ini ku terpaksa keluar ke seri serdang untuk menguruskan beberapa hal yang penting.jadi dalam perjalanan pulang ku singgah ke car wah seri serdang sebentar.kenderaan ku dah lama tak basuh.jadi ku menunggu sementara kenderaan ku siap di basuh.sementara menunggu ada seorang hamba Allah ni cuba untuk berborak denganku..ku biasalah kalau orang lain tak memulakan perbualan ku juga akan diam. sambil menyelak-nyelak nota fisiologi aku terkumat kamit menghafal beberapa nota. tiba-tiba dia memulakan bicara...

dia : abang budak UPM ke??
aku : aah, awak dah keje ke? (melihat perwatakan seperti orang berkerjaya)
dia : x la, saya bdk UPM gak.amek kos ape?
aku : kos veterinar. awak lak?
dia : kos TESL. owh bila exam habis??
aku : lambat lagi, 7 hb ni baru abis. awak lak?
dia : baru je tadi. minggu depan ada lagi.
aku : cam ne. TESL senang x?
dia : senang, banyak enjoy je.semalam baca satu note, pastu ngatuk terus tido..hehe
aku : x pe la. kalau saya ni tido, alamat x dapat jawab la esok.hehe
dia : saya ada cousin. dia amek dentist kat USM. asik belajar je. saya dapat matrik dulu tapi x amek.ni pun dari maktab, pastu dapat elaun bulan2 RM 1000.
aku : owh, senang la hidup ek. asal mana? kedah yer?( aku meneka berdasarkan no plat kereta dia)
dia : yup, tapi sebenarnya bukan kedah, lahir kat switzerland, tapi dibesarkan di kedah, sekolah kat seremban. maktab kat johor pastu kat UPM pulak.
aku : owh kira merantau la ni ek.
dia : aah, bla...bla..bla...( kami menjurus kepada isu yang tidak dapat aku jelaskan di sini)

begitula sedikit sebanyak antara perbualan kami. di harap perkenalan ini akan terus kekal.erm..

Letchumi oh Letchumi!!



Alkisahnya pada tahun 1991, seorang anak kecil bersama ibu dan kakak- kakaknya pergi ke sebuah klinik di pekannya.mereka pergi ke klinik itu menaiki bas memandangkan itu sahaja pengangkutan yang utama ketika itu.mereka berempat pun berjalan dan terus berjalan. sesampai ke klinik itu, si ibu terus pergi ke kaunter untuk mendaftarkan anaknya. keadaan di klinik itu agak penuh dengan orang2 yang ingin mendapatkan rawatan.agak lama juga mereka menunggu. tiba- tiba nama pesakit dipanggil.

" Letchumi"!

dengan tak semena-mena budak lelaki itu pun masuk tanpa menghiraukan ibunya. lalu si ibu menghalang anaknya dari masuk kerana nama yang dipanggil adalah Letchumi bukannya Helmy...hahaha...kenangan itu tetap di simpan dalam lipatan sejarah.kebetulan cuti deepavali tempoh hari, ku pulang ke rumah. mula lah kedengaran suara sinis letchumi..aku pun pelik boleh pulak aku nak masuk sorang-sorang.dahlah umur baru 6 tahun masa tu..Letchumi oh Letchumi!! akan ku ingat sampai bila-bila...

Thursday, October 23, 2008

di bawah paras sedar...

"Helmy, awak ok tak ni??.tanya dia kepadaku." saya tak tahulah.kenapa x boleh buat.sebelum ni boleh je."Dia berkata lagi jangan risau, banyak sangat kot buat, tu yang x jadi sangat." aku hanya tunduk membisu.maklumlah harinya semakin hampir.aku menjadi takut dan berasa kurang yakin.esok adalah hari penentu segalanya.aku hanya mampu berserah. Ya Allah aku memohon keampunan dari Mu Ya Allah.Kau lancarkan perjalanan aku pada esok hari.Amin...

Wednesday, October 22, 2008

lamaran dari Syria...




"KITA kahwin bulan 12 nanti ya." Itu adalah ayat lamaran Mawi kepada Ekin pada 30 April lalu menerusi telefon semasa penyanyi popular itu berada di Syria untuk rakaman program Mawi Di Bumi Ambia.

Ekin, 29, yang terperanjat dengan lamaran tanpa diduga itu tidak pernah menyangka ayat tersebut boleh lahir daripada mulut kekasih hatinya itu.

Lamaran detik 12.30 tengah malam itu memulakan segala perancangan perkahwinan yang menjadi pertanyaan ramai sebelum ini. Dan semuanya dijawab pada sidang media khas yang diadakan di Hotel Palace of the Golden Horses, petang semalam.

Sidang media selama satu jam ini berlangsung dalam suasana terkawal dengan kehadiran lebih 50 anggota media cetak dan elektronik.

Menjadi salah satu hari bersejarah dalam hidupnya, Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani, 27 tahun telah memilih tarikh 20 Disember untuk majlis akad nikah bersama Nora'asikin Rahmat atau Ekin di salah sebuah majid Johor Bahru (JB).


Manakala di sebelah malamnya akan diadakan pula majlis resepsi sebelah Ekin di Stadium Tertutup JB. Tarikh 28 Disember pula dipilih untuk mengadakan majlis resepsi keluarga Mawi di dewan Felda Taib Andak.

Sementara itu, majlis resepsi istimewa di Kuala Lumpur (KL) pula akan diadakan pada 11 Januari di Hotel Palace of the Golden Horses atas restu keluarga kedua-dua pihak.

Belum memastikan destinasi berbulan madu, Mawi juga buat kali pertamanya menunjukkan kad perkahwinannya yang ditempah khas dari Jakarta, Indonesia kepada media pada majlis itu.

Tidak menjadikan usia sebagai penghalang, berikut adalah antara soalan yang dilemparkan kepada Mawi dan Ekin semasa sidang media khas untuk tatapan pembaca.

Ceritakan secara terperinci majlis yang bakal diadakan di JB, Felda Taib Andak dan KL nanti?

MAWI: Sekarang proses persiapan sudah siap sebanyak 50 peratus. Konsep majlis Ekin adalah moden kontemporari dan akan diadakan di stadium kerana faktor keluasan lokasi. Manakala di Felda (Felda Taib Andak) pula saya memilih konsep Jawa.

Di Felda, saya menjangkakan seramai 15,000 tetamu dan mungkin ada kejutan menaiki helikopter seperti yang dihebohkan. Konsep Arab pula dipilih untuk resepsi di KL.

SENYUMAN manis bakal pengantin baru.

Bagaimana pula dengan hantaran?

M: Apabila saya bertanya dengan keluarga Ekin mengenai soal hantaran, mereka cuma memberitahu itu semua terpulang kepada saya. Jadi saya kini masih lagi keliru. Tetapi kami akan bertukar sembilan dulang hantaran berbalas 11 dulang.

Adakah Ekin sudah bersedia untuk menjadi isteri kepada seorang artis? Sebelum ini anda selalu dikritik terutamanya ditahap permulaan hubungan?

Ekin:Mula-mula rasa sukar dan hampir berputus asa tetapi sekarang saya sudah belajar untuk banyak bersabar dan lebih matang. Mawi banyak memberi sokongan dan semangat. Mawi juga mengajar supaya mudah memaafkan orang supaya tidak berdendam.

Memang merancang untuk tidak bertunang?

M: Kedua-dua keluarga kami memang sudah berbincang untuk tidak bertunang dan sebaliknya bernikah terus.

Bukankah sebelum ini Mawi hanya mahukan sebuah majlis perkahwinan yang sederhana? Nampaknya sekarang bukan sahaja majlis ini dilakukan secara besar-besaran tetapi ada empat majlis kesemuanya.

M:Bila kita buat majlis kecil, ada pula yang cakap kita kedekut. Dan selepas berfikir panjang, rasanya majlis ini perlu dilakukan sedemikian sebagai satu cara membalas jasa mereka yang telah banyak membantu terutamanya Astro dan peminat. Dengan siaran Astro, berjuta-juta orang boleh berkongsi kegembiraan saya.

Mungkin ini rezeki saya kerana perkahwinan saya dapat disiarkan. Lagipun Astro bukannya sahaja menyiarkan majlis kami tetapi juga bersama-sama merancang serta menyumbang idea.

Mengapa mengambil masa yang lama untuk mengumumkan hubungan anda?

M: Bukannya kami terus bercinta selepas berkenalan. Jadi masa itu tidak perlu lagi umum. Maka ketika itu kami banyak berahsia. Tetapi kami tidak pernah nafi, cuma tidak mahu memberikan komen lanjut.

Mawi berkahwin pada ambang popular. Tidakkah ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi kerjaya anda?


M: Ini bukan satu tekanan dan saya berkahwin atas kerelaan diri. Naik turun karier tidak terletak dalam tangan saya. Itu semua soal rezeki.

Mengapa memilih tarikh 20 Disember?

M: Selepas pulang dari Syria, kakak saya adalah orang pertama mengetahui berita ini. Kemudian kami pergi merisik dan mula berbincang mengenai tarikh. Tiada apa-apa yang istimewa. Cuma masa itu adalah cuti sekolah dan hari Sabtu. Maka ramai orang boleh datang memeriahkan majlis.

Ada pihak yang menyifatkan majlis perkahwinan anda ditaja sepenuhnya?

M: Tajaan itu memang ada tetapi bukan sepenuhnya. Kita juga ada keluar duit sendiri.

Kriteria Ekin yang membuatkan anda memilihnya sebagai isteri?

M: Ekin adalah teman akrab saya sewaktu saya sedih dan gembira. Dia seorang yang sempoi dan mengambil berat terhadap saya dan memahami kerjaya saya. Apa yang penting dia boleh bergaul dengan orang di sekeliling saya terutamanya ibu saya, Ramlah Sarlan.

Dia dapat membuat ibu saya senyum dan ketawa pada pertemuan pertama mereka. Ibu saya seorang yang sukar untuk senyum dan bergaul dengan orang luar. Jadi saya berasa kagum Ekin mampu membuatkan dia tersenyum.

Perasaan selepas mengumumkan perkahwinan ini? Adakah seperti sudah melepaskan satu beban?

MAWI dan Ikin saling bercanda dan bergurau senda dalam sidang akhbar selama satu jam semalam.

M: Saya tidak menganggap perkahwinan ini satu bebanan. Ia adalah satu majlis yang bermakna dan bahagia dalam hidup saya. Dan saya telah menunaikan janji saya kepada media untuk membuat pengumuman mengenai majlis perkahwinan saya. Diharap semuanya berjalan lancar selepas ini.

Adakah Ekin akan meneruskan karier seninya?

M: Saya tidak pernah menyekat kerjaya Ekin. Saya tidak kisah kalau dia mahu terus berlakon, mengacara atau menjadi model.

Pernahkah Mawi berasa cemburu dengan skop karier Ekin?

E: Dia seorang yang ceria dan juga memahami kerjaya saya. Tetapi sifatnya itu membuatkan saya berfikir sama ada dia mempunyai perasaan atau tidak.

Bagaimana pula dengan perancangan karier Mawi selepas ini?

M: Saya hanya akan bercuti mulai 12 Disember nanti. Selepas ini saya masih akan terus menyanyi dan mengacara. Kalau ada peluang, saya akan berlakon.

Perancangan untuk menimang cahaya mata?

M: Itu jauh lagi dan masih belum ada sebarang perancangan. Semuanya bergantung kepada rezeki.

Impian untuk perkahwinan ini?


M: Pada malam 27 Disember nanti saya akan mengadakan satu konsert khas kepada peminat saya di padang Felda Taib Andak. Saya akan menjemput rakan-rakan AF saya untuk turut sama menghiburkan peminat dan konsert ini adalah percuma. Ini adalah hadiah saya kepada peminat.

Rekaan busana pada majlis nanti?

M: Ekin akan memakai pakaian rekaan Cosry dan pelamin Ekin pula akan direka oleh Nas, Great Idea. Saya pula akan memakai pakaian rekaan Zul Fazley dan Amar Couture. Di KL pula kami akan memakai pakaian rekaan Rizalman serta Bon Zainal yang turut akan mereka pelamin kami.




sumber dari kosmo...

pernah tak korang terfikir karya macam ni??



tag...

tempoh hari aku di tag oleh seorang rakan aku..erm..baru la hari ni sempat nak buat..hehik..sori la lambat yer..soalannya mudah, tapi yang agak sukar jawapannya hendaklah menggunakan tulisan sendiri..


1. Your name/username.
2. Left-handed or right-handed?
3. Fav letters to write?
4. Least fav letters to write?
5. Write "the quick brown fox jumps over the lazy dog".
6. Tag 6 people.


Monday, October 20, 2008

kejayaan abadi...

minggu yang penuh dengan tekanan..barangkali ku tiada masa untuk berblog..tapi ku akan cuba meluangkan sedikit masa untuk itu...minggu ini bukan sahaja exam penting, tapi ada exam yang penting juga hari jumaat ini...takut juga..tapi aku akan cuba buat yang terbaik...aja-aja fighting!!




ini merupakan jadual untuk final exam semester ini..bagi ku semua merupakan killer subjek...entah lah takut jer...kepada anda semua doakan aku berjaya menjawab dengan baik ya...

Sunday, October 19, 2008

PENTARAMA....

seni pentas kehidupan...semalam bersamaan 18 oktober 2008 berlangsung satu majlis melibatkan ku iaitu pentarama, persembahan gabungan pelajar kokurikulum berkredit drama pentas dan pengurusan pentas..maka terhasil lah pentarama..hujan rahmat turun seawal pagi lagi...pukul 8.30 pagi kami sudah terpacak di dewan auditorium kejuruteraan fakulti kejuruteraan..rhearsal dilakukan sehinggalah hampir jam dua...sempat juga tolong2 produksi aku, Matta Production make-up...kami adalah kumpulan pertama..alhadulillah tidaklah terlalu teruk dibandingkan dengan kumpulan lain..majlis berjalan lancar sehingga persembahan kumpulan kerusi kuning production...hampir jam 5.30 juga kami baru pulang..dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada pengarah aku, amir, leha, safi, rubi, ricky, asyraf, hafifi, wan, ain, azizul, anne, erni dan yang terlibat dalam menjayakan pentarama ini..korang memang best!!!!!!

Saturday, October 18, 2008

Rahsia Huruf Pertama Nama Anda

A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian.. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri

O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain.. Agak pendendam dan boros.

Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

sekadar perkongsian..

apa yang aku lihat mungkin ada betulnya.seakan2 menunjukkan personaliti yang sebenar..

Friday, October 17, 2008

Melamine...


melamin..dah jadi isu dah sekarang ni...so di sini aku bagi sedikit maklumat tentang isu ini..semoga kita semua dapat manfaatnya..nanti sok orang tanya x la ternganga je kan...

Bagaimana campuran Melamine di dalam susu bayi boleh menyebabkan penyakit batu karang yang membawa maut ?


Masyarakat dunia kini dikejutkan dengan skandal campuran Melamine ke dalam susu bayi keluaran Shijiazhung Sanlu Group Co. di China yang menyebabkan 53000 bayi dan kanak-kanak jatuh sakit dan 12900 lagi dirawat di hospital.

Sehingga 20 september lepas, 4 disahkan menjadi korban bahana melamine ini. Namun begitu, bagaimana bahan kimia ini begitu bahaya dan boleh maut ?

Apakah itu Melamine ?

Melamine ialah bes organik yang terdiri daripada karbon, oksigen dan nitrogen. Bahan kimia ini kali pertama dihasilkan oleh Justus von Liebig pada 1830 yang kemudiannya dihasilkan secara besar-besaran untuk kegunaan industri.

Seperti yang kita sedia maklum, melamine merupakan bahan yang digunakan untuk membuat pinggan mangkuk melamine. Selain itu, melamine juga digunakan untuk menyelaputi permukaan plastik dan kayu.


Kenapa di campurkan pada susu formula bayi ?

Dipercayai pihak pembuat susu di China menambah air ke dalam susu bagi meningkatkan kuantitinya. Namun begitu, tindakan ini menyebabkan kandungan nutrien di dalam susu merosot. Oleh sebab itu, mereka mencampurkan melamine bagi meningkatkan kandungan protein di dalam susu tersebut.

Bagaimana ini boleh berlaku ?

Dalam menentukan tahap protein di dalam sesuatu nutrisi, kandungan nitrogen dijadikan ukuran. Melamine mempunyai kandungan nitrogen yang tinggi. Oleh itu, dengan mencampurkan bahan kimia ini ke dalam susu yang dicairkan akan mengaburi bacaan sebenar tahap protein pada susu tersebut.

Apa kegunaan nitrogen kepada manusia ?

Nitrogen merupakan unsur yang sangat penting kepada sesuatu organisma dalam proses pembiakan termasuk manusia. Berbeza dengan tumbuhan yang boleh menyerap nitrogen dari udara, manusia dan haiwan perlu mendapatkan sumber nitrogennya sendiri melalui sumber-sumber sedia ada di dalam tumbuhan dan haiwan lain.

Tanpa nitrogen, pembentukan DNA dan asid amino (bahan asas protein) tidak boleh berlaku.

Bolehkah badan kita mengunakan sumber nitrogen di dalam melamine seperti yang terdapat pada protein ?

Jawapannya, tidak boleh.

Melamine merupakan molekul yang sangat kecil. Jika diambil, kebanyakkannya akan diserap ke dalam usus sebelum dihadamkan. Kemudian, ia akan mengalir ke dalam peredaran darah sehingga ke destinasi akhir iaitu ginjal. Di sana, melamine akan diserap dan disingkirkan dari badan melalui urin. Ini disebabkan melamine mempunyai sifat yang sangat larut di dalam air.

Bagaimana melamine boleh membentuk batu karang di dalam ginjal ?



Walaupun melamine sangat larut di dalam air dan mudah disingkarkan melalui urin, buah pinggang manusia tetap mempunyai hadnya tersendiri. Akibatnya, pada dos melamine yang tinggi, ginjal tidak lagi mampu menyingkirkannya dari tubuh badan manusia. Oleh itu, kepekatan melamine akan bertambah seterusnya membentuk kristal yang turut dikenali sebagai batu karang.

Pembentukkan batu karang ini akan bertambah saiz dari semasa ke semasa yang akhirnya menyebabkan kegagalan ginjal yang serius.

Pada Mac 2007 yang lalu, satu kajian oleh pakar toksikologi, Perry Martos dari Universiti University of Guelph mendapati ada satu lagi bahan kimia yang mendorong kepada pembentukan batu karang akibat melamine iaitu cyanuric acid. Gabungan kedua-dua bahan kimia ini boleh menyebabkan pembentukan batu karang yang sekaligus menyebabkan kegagalan ginjal.


Bagaimana pembentukan batu karang ini menjejaskan fungsi ginjal ?

Seperti yang kita tahu, ginjal merupakan organ yang penting dalam 'menapis' bahan-bahan toksik di dalam darah dan disingkirkan melalui urin. Dari ginjal, urin mengalir ke pundi kencing melalui ureter dan seterusnya disingkirkan keluar dari badan melalui saluran urethra. Bahaya pembentukan batu karang bukan terletak pada saiznya tetapi lokasi dimana ia berada di dalam ginjal. Jika ia betul-betul berada di saluran ureter (saluran urin dari ginjal ke pundi kencing) lalu tersekat pada saluran tersebut, ia akan menyebabkan saluran ureter tersumbat.

Akibatnya, urin tidak dapat keluar dari ginjal lalu meningkatkan tekanan pada organ tersebut. Pada sesetengah kes, tekanan yang meningkat ini membantu mengeluarkan batu karang daripada saluran tersebut. Namun begitu, jika ia berterusan tanpa sebarang rawatan, keadaan ini akan menyebabkan kegagalan ginjal yang kronik.

Namun begitu, pada kes bayi di China, ia lebih terarah kepada kegagalan ginjal akut.


Apakah simptom-simptom pembentukan batu karang di dalam ginjal ?

Jika anda mendapati anak-anak anda terutama bayi yang meminum susu formula mengalami tanda-tanda seperti berikut.
pendarahan di dalam urin (air kencing)
pembuangan air kencing tidak lawas
kesakitan pada buah pinggang

Sila pastikan anda membawa anak anda berjumpa dengan doktor untuk pengesahan pembentukan batu karang di dalam ginjal.

Thursday, October 16, 2008

pasrah..

Entah kali keberapa ku memikirkannya..aku buntu..nak kata gembira..sedih..macam2 ada dalam benakku tika ini...semalam adalah hari itu..nasib baik rakan2 ku tidak perasan..ku takut...sedih...entahla..perasaan ini..sejak malam tadi ku hanya memikirkan perkara ini..puas untuk melupakan sejenak tapi ia tetap tidak mahu hilang..malam tadi malam yang penuh makna..aku tak tahu perasaan aku tika ini..entahlah..aku benci orang itu...tak tahu kenapa..

Wednesday, October 15, 2008

pagi yang gelap kini sudah terang..





Pagi yang gelap kini sudah terang..seawal jam 6 aku bangkit dari kamar.menunaikan kewajipan dan sempat untuk menulis sedikit..hari ni agak sibuk..kelas ganti anatomi pukul 8.30 pagi, manakala seterusnya kelas produksi bukan ruminan serta amali untuk subjek ini pada petangnya..tapi pukul 3-5 petang ku ada temujanji pula..terpaksa pergi kelas amali itu untuk sejam sahaja..kalau sempat ku akan pergi ke kelas etologi itu..malam nya pula temujanji lain pukul 8.30 mlm.huh..banyak sungguh kerja yang harus di buat..minggu ini adalah minggu terakhir kuliah semester ini..jadi semuanya harus dibereskan minggu ini juga...kepada semua doakan aku petang dan malam ini..ia antara pencetus kepada kejayaan atau kegagalan ku..wish me luck!!

Tuesday, October 14, 2008

MALAM GALA PALUAN KLASIK

indah khabar indah rupanya...begitu lah yang kuharapkan...namun alah bisa tegal biasa, nampaknya sudu lebih dari kuahnya...gabungan pelajar2 kokurikulum berkredit cak lempong, lisan tradisional, vokal asas, batik canting dan juga kompang memeriahkan suasana 11 syawal ini..keseluruhannya ku boleh bagi 3 bintang sahaja..maklumlah banyak kekurangan yang aku rasa tidak patut ada pada malam ini...tapi apa yang membuatkan aku teruja sekali adalah persembahan daripada kumpulan kokurikulum berkredit vokal asas yang mendendangkan lagu ada cinta..agak menarik nyanyian yang di persembahkan..masing2 mempunyai kekuatan..begitu juga dengan caklempong..seleksi lagu2 yang dipalu agak memenuhi citarasaku..manakala kumpulan lisan tradisional rasanya banyak lagi yang perlu diperbaiki...pemilihan pengacara majlis rasanay tidak tepat..mungkin itu hanya pandangan ku..tidak tahu pula orang lain...apapun aku dapat simpulak di sini majlis memberikan ruang kepada semua pelajar untuk mengasah bakat mereka..kepada Syaza dan juga hafiz..tahniah..anda memang berbakat!!!

kehangatan lantana...

panas...minggu2 yang panas..begitu banyak duri2 yang terkena dek mahu melalui jalan berliku itu..tapi itu pilihan ku....ku mesti melalui semua itu...mulanya di sini..dengan bunga dan kumbang yang jahat, yang sering cederakan hati ini walau ku cukup berhati2...itu belum dengan lebah dan fauna yang lain...luar nampak cantik dan megah....belum lagi dengan duri dan sembilu...hai nasib2..itu lah mahu menuju ke lantana sedangkan onak dan duri tidak di fikirkan dahulu..sudah terlambat untuk menyesal...ku sedang berada di tengah flora...tak siapa yang boleh membantu kecuali diri ini yang kerdil...

Monday, October 13, 2008

buku bertemu ruasnya...

sejenak ku terdiam memikirkan jawapan yang paling baik untuk diberikan..bagaikan perdana menteri lagaknya..ke hulu ke hilir mencari sebuah jawapan..pagi petang siang malam..detik terus berlalu..aku masih di situ..namun sempat juga aku mencari jawapan-jawapan itu walaupun tidak semua..deringan telefon dan juga berpuluh-puluh pesanan sampai ke ruang inbox..tapi aku puas..puas kerna berjaya mencapai matlamat jangka pendek itu..hari berganti malam, rintik2 hujan mula munculkan diri disertai dengan guruh berdentum..lalu ku memutuskan untuk menjamu selera lewat sedikit..ku pun mengajak rakan ku pergi bersama.

aku : tengah buat apa tu??
rakan : melihat butir2 mutiara turun ke bumi
aku : mengapa tidak di hitung sahaja mutiara itu??
rakan : kalau nak di hitung seabad lamanya pun belum tentu abis
aku : kalau padi katakan padi, tidak hamba tertampi2,kalau jadi katakan jadi, tidak hamba ternanti2
rakan : apakan daya butir2 mutiara masih turun, tak berani ku duga lautan dalam kerna kail panjang sejengkal
aku : ku sangka nanas di tengah padang, rupanya pandan yang jauh berbalam, kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan tengah malam
rakan : tanam pinang rapat2, biar senang puyuh berlari, kalau ujan dah x lebat, confirm jadi la kita pergi..
aku : kalau roboh kota melaka, papan di jawa saya dirikan, kalau sungguh bagai di kata, sekarang juga hamba kotakan...


p/s: mungkin bosan agaknya dengan ayat yang biasa di gunakan..ayat kiasan menjadi pilihan...

Sunday, October 12, 2008

CINTA YANG HILANG

hilang semua janji
semua mimpi mimpi indah
hancur hati ini melihat semua ini
lenyap telah lenyap
kebahagiaan di hati
ku hanya bisa menangisi semua ini
hancur hati ini melihat kau telah pergi

langit menjadi gelap berkelabu
menyelimuti hatiku
mengubah seluruh hidupku
mengapa semua jadi begini
perpisahan yang terjadi
di antara kita berdua
ku akan menanti sebuah keajaiban
yang membuat kita bisa bersama kembali....

Saturday, October 11, 2008

berdiam lebih baik...

hari jumaat lepas sungguh memberikan kesan yang mendalam bagiku...diamku bukan tanda setuju..tapi pasrah dengan apa yang berlaku...memang ku akui ku lemah..dah lama ku sabar, tahan dengan segala perasaan ini..tapi hari itu aku tidak mampu lagi bertahan..cukup lah dengan semua itu..aku tak mampu lagi..sekali hati aku terluka sukar untuk sembuh..aku senyap untuk memberi ruang kepada dia..dia kan bijak, pandai, betul..semuanya betul bagi dia..biarkan..biarkan dia tejun bersama labu-labunya..ku dah malas dah..saat itu cukuplah ku berdiam diri saja..tak mampu lagi untuk meluahkan kata-kata kerna kata2 pun tak mampu mengubah apa2..kali pertama aku jumpa insan yang begini..yang baik pada luaran tapi dalaman tidak seperti yang di sangka..Ya Allah begitu berat ujian ini..bukan ego atau emo..tapi aku mahu mencari sedikit ruang untuk bernafas dan mencari diri aku semula..sebab bila hati aku tercalar, selamanya aku akan terluka...kepada si dia tak perku nak memohon kemaafan sebab dia tak buat apa2 kesalahan..dia kan selalu betul...memang aku yang salah...

Friday, October 10, 2008

si kecil

bertukar pengasuh nampaknya...begitulah rutinnya..sebelum ini pengasuh pertama Hafez, rakan ku..kali ini Middurus pula...hai..nasib si kecil ..x lama lagi si kecil mendapat pengasuh baru juga..sayang juga mahu melepaskan, tapi memandangkan pelbagai ragam dan karenah, ku relakan juga..sempat juga menilik si kecil sebentar tadi..maklumlah dah lama tidak berjumpa..rasa rindu pula bertamu..

Muji dan Cici....

Thursday, October 9, 2008

mari mewarna...

Okey hari ni plak aku nak ajar skitla.. cara ni korang boleh buat objek yang korang nak sahaja diwarnakan.. aku pun belajar ikut buku..ini pun sumbangan dari saudara Jiey kita..thanks to him..

1.Mula-mula korang buka dulu gambar ape yang korang nak edit tu.. kalau aku, guna gambar ni..



2.Pas korang dah buka gambar yang nak edit tu, korang tekan (CTRL + A) untuk meng'select'kan keseluruhan gambar korang tadi, pastu korang tekan (CTRL + C) untuk meng'copy'kannye, dan tekan plak (CTRL + V) untuk men'duplicate'kannye.. nanti korang akan ader layer "Background" dan "Layer 1" macam hasil yang aku dapat kat gambar bawah ni..



3.Okey, pastu korang kena adjust skit gambar kat "Layer 1" tu bagi hitam/putih, cara senang tekan (SHIFT + CTRL + U).. pastu korang kena letak layer mask kat "Layer 1" supaya korang boleh warnakan part mane yang korang nak.. kat maner nak taruk layer mask kat "Layer 1", korang kene klik kat arrow yang tunjuk kat panel tu, cam gambar kat bawah nie..



4.Pastikan warna kaler korang default@hitam/putih, senang citer tekan jer (press D), pastu pegi kat brush tool amik brush yang bersesuaian, pastu korang terus jer warnakan kat objek yang nak diwarnakan tu.. nanti dapat hasil camni..




5.Kalau korang tengok, ader part terlebih keluar.. jadi kalau korang nak touch-up skit.. korang cari brush yang kecil skit dari korang gune tadi dan terbalikkan default kaler korang jadi putih/hitam.. pastu brush balik part yang korang taknak tu..nanti akan jadi camni..



6.Pastu korang boleh buat macam-macam, ni contoh lain yang aku buat tuk korang.. aku harap korang paham tutorial ni.. kalau tak paham tanye jer aku, jangan segan-segan..

<

Tentang Sekeping Hati...

saat tangan ku hulurkan....
saat lidah ku mengatur kata...
saat hati mekar mewangi...
saat jiwa subur bercambah...
saat inilah hati dilukai dan dikhianati...

adakah aku harus berhenti mengharap???
adakah aku harus berhenti mencintai???
adakah aku harus berhenti merindui???
adakah aku harus berhenti menyayangi???

dimanakah letaknya layar cintaku...
saat gengaman pintu hati terlerai
mengalir darah pekat...
dimanakah letaknya nilai kekecewaan ku...
saat serpihan leraian cinta bertaburan...

haruskan aku mengutipnya kembali??


lazyrde berpesan : ADAKALANYA KITA HARUS MEMBIARKAN KACA YANG JATUH BERKECAI ITU BEGITU SAHAJA KERNA NANTI KITA SENDIRI YANG KAN TERLUKA

PERMINTAAN HATI

Hari ini penuh dengan tanda tanya..seribu persoalan bermain di minda..tapi ku tahu setiap persoalan pasti ada jawabnya..setiap masalah juga pasti ada penyelesaiannya..begitu juga dengan sakit pasti ada penyembuhnya...aku masih mencari-cari lagi jawapan kepada penyelesaian untuk menyembuhkan luka itu..harap2 permintaan hati ku di dengar olehNya..Amin..

Wednesday, October 8, 2008

i'm not single...

aku hepi hari ni...ntah la..tak tahu mengapa...hati ini berdegup kencang hari ini...gembira kerana apa ku pun tak pasti..yang pastinya ku hepi walaupun helmet ku semuanya basah dek kerana hujan lebat tadi..bila bunyi bersatu dia milikku..hahaha..sunggu sinis ayat-ayat itu..tapi ku sedang berpijak di bumi nyata...

Tuesday, October 7, 2008

penangan Dr. S

kuat betul penangan Dr. S....mana tidaknya presentation hari khamis ini membuatkan semua cuba untuk mengelak dari membentangkan tugasan yang di terima..mujur juga aku tak terpilih...saat yang di tunggu2 pun tiba..semua membuat cabutan undi..masing2 cuak..sape yang kene present nanti..alhamdulillah...ku x kena..tapi orang lain yang kena..jadi ku ditugaskan untuk mencari maklumat...Dr. S memang ada umph!!

MENUJU PUNCAK

Kami menuju ke destinasi itu dengan harapan yang pasti....

tanpa kalian...

semalam bermulalah rutin harian di kampus hijau ini..dengan pelbagai ragam dan karenah yang membuatkan aku berhenti untuk bernafas seketika...maklum la minggu baru lah katakan...ragam pun baru juga...perasaan pun baru juga..tapi hati yang luka ini x pernah menjadi baru..hai nasib..nasib...

Monday, October 6, 2008

kek coklat...

raya ke-3 ku cuba membuat kek coklat..resepi sumbangan kawanku Nlar..erm apa yang aku boleh katakan macam kurang sesuatu dan terlebih sesuatu juga...tapi boleh la di makan...hehik..ni bahan2 nya...apepun korang yang ada masa try la buat..sangat moist..betul kata nlar..

bahan A
Ayak
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan serbuk koko
- 2 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh baking powder

bahan B
bancuh/pukul
- 3 biji telur
- 1 cawan gula kastor
- 1 cawan air kosong
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan minyak
- 3 sudu besar susu pekat manis

cara membuatnya
1. campur A dengan B
2. gaul rata dan masuk dalam loyang yang dah siap sapu minyak dan alas kertas
3. bakar 1 jam dengan suhu 180 F

bahan C
topping
- 1/2 cawan minyak
- 1/2 cawan serbuk koko
- 3/4 tin susu pekat manis
bancuh alam periuk atas api dapur....sapu pada kek dan tabur coklat rice...


dan hasilnya................







SuRaTaN @ KebEtuLaN...

suasana hari raya

salam semua..sudah seminggu rasanya aku tidak menulis blog..rasa kekok pula rasanya..maklumla seminggu berhari raya kan..hehik..alhamdulillah dapat juga menyambutnya bersama keluarga..walupun x semeriah dulu..tapi ku tetap menyambutnya dengan penuh kesyukuran..warna pink menjadi tema keluargaku pada sambutan kali ini..itupun puas bertekak..akhirnya aku lupakan sahaja warna ungu..mungkin tahun depan agaknya..kali ini agak berbeza sedikit dengan tahun2 yang lepas..ku beraya di kampung halaman..dulu selalunya mesti beraya di melaka..kali ni dapat juga la beraya dengan kawan2 yang lama tak bersua..kunjungan demi kunjungan ku lakukan..sasaran nya mestilah rumah sanak saudara di muar dan batu pahat..walaupun sekejap je rasanya namun tetap dapat mengubat kerinduan kepada org tersayang..







acara tahunan...

perjalanan ke Muar

raya bersama izzu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...