Followers

Friday, October 17, 2008

Melamine...


melamin..dah jadi isu dah sekarang ni...so di sini aku bagi sedikit maklumat tentang isu ini..semoga kita semua dapat manfaatnya..nanti sok orang tanya x la ternganga je kan...

Bagaimana campuran Melamine di dalam susu bayi boleh menyebabkan penyakit batu karang yang membawa maut ?


Masyarakat dunia kini dikejutkan dengan skandal campuran Melamine ke dalam susu bayi keluaran Shijiazhung Sanlu Group Co. di China yang menyebabkan 53000 bayi dan kanak-kanak jatuh sakit dan 12900 lagi dirawat di hospital.

Sehingga 20 september lepas, 4 disahkan menjadi korban bahana melamine ini. Namun begitu, bagaimana bahan kimia ini begitu bahaya dan boleh maut ?

Apakah itu Melamine ?

Melamine ialah bes organik yang terdiri daripada karbon, oksigen dan nitrogen. Bahan kimia ini kali pertama dihasilkan oleh Justus von Liebig pada 1830 yang kemudiannya dihasilkan secara besar-besaran untuk kegunaan industri.

Seperti yang kita sedia maklum, melamine merupakan bahan yang digunakan untuk membuat pinggan mangkuk melamine. Selain itu, melamine juga digunakan untuk menyelaputi permukaan plastik dan kayu.


Kenapa di campurkan pada susu formula bayi ?

Dipercayai pihak pembuat susu di China menambah air ke dalam susu bagi meningkatkan kuantitinya. Namun begitu, tindakan ini menyebabkan kandungan nutrien di dalam susu merosot. Oleh sebab itu, mereka mencampurkan melamine bagi meningkatkan kandungan protein di dalam susu tersebut.

Bagaimana ini boleh berlaku ?

Dalam menentukan tahap protein di dalam sesuatu nutrisi, kandungan nitrogen dijadikan ukuran. Melamine mempunyai kandungan nitrogen yang tinggi. Oleh itu, dengan mencampurkan bahan kimia ini ke dalam susu yang dicairkan akan mengaburi bacaan sebenar tahap protein pada susu tersebut.

Apa kegunaan nitrogen kepada manusia ?

Nitrogen merupakan unsur yang sangat penting kepada sesuatu organisma dalam proses pembiakan termasuk manusia. Berbeza dengan tumbuhan yang boleh menyerap nitrogen dari udara, manusia dan haiwan perlu mendapatkan sumber nitrogennya sendiri melalui sumber-sumber sedia ada di dalam tumbuhan dan haiwan lain.

Tanpa nitrogen, pembentukan DNA dan asid amino (bahan asas protein) tidak boleh berlaku.

Bolehkah badan kita mengunakan sumber nitrogen di dalam melamine seperti yang terdapat pada protein ?

Jawapannya, tidak boleh.

Melamine merupakan molekul yang sangat kecil. Jika diambil, kebanyakkannya akan diserap ke dalam usus sebelum dihadamkan. Kemudian, ia akan mengalir ke dalam peredaran darah sehingga ke destinasi akhir iaitu ginjal. Di sana, melamine akan diserap dan disingkirkan dari badan melalui urin. Ini disebabkan melamine mempunyai sifat yang sangat larut di dalam air.

Bagaimana melamine boleh membentuk batu karang di dalam ginjal ?



Walaupun melamine sangat larut di dalam air dan mudah disingkarkan melalui urin, buah pinggang manusia tetap mempunyai hadnya tersendiri. Akibatnya, pada dos melamine yang tinggi, ginjal tidak lagi mampu menyingkirkannya dari tubuh badan manusia. Oleh itu, kepekatan melamine akan bertambah seterusnya membentuk kristal yang turut dikenali sebagai batu karang.

Pembentukkan batu karang ini akan bertambah saiz dari semasa ke semasa yang akhirnya menyebabkan kegagalan ginjal yang serius.

Pada Mac 2007 yang lalu, satu kajian oleh pakar toksikologi, Perry Martos dari Universiti University of Guelph mendapati ada satu lagi bahan kimia yang mendorong kepada pembentukan batu karang akibat melamine iaitu cyanuric acid. Gabungan kedua-dua bahan kimia ini boleh menyebabkan pembentukan batu karang yang sekaligus menyebabkan kegagalan ginjal.


Bagaimana pembentukan batu karang ini menjejaskan fungsi ginjal ?

Seperti yang kita tahu, ginjal merupakan organ yang penting dalam 'menapis' bahan-bahan toksik di dalam darah dan disingkirkan melalui urin. Dari ginjal, urin mengalir ke pundi kencing melalui ureter dan seterusnya disingkirkan keluar dari badan melalui saluran urethra. Bahaya pembentukan batu karang bukan terletak pada saiznya tetapi lokasi dimana ia berada di dalam ginjal. Jika ia betul-betul berada di saluran ureter (saluran urin dari ginjal ke pundi kencing) lalu tersekat pada saluran tersebut, ia akan menyebabkan saluran ureter tersumbat.

Akibatnya, urin tidak dapat keluar dari ginjal lalu meningkatkan tekanan pada organ tersebut. Pada sesetengah kes, tekanan yang meningkat ini membantu mengeluarkan batu karang daripada saluran tersebut. Namun begitu, jika ia berterusan tanpa sebarang rawatan, keadaan ini akan menyebabkan kegagalan ginjal yang kronik.

Namun begitu, pada kes bayi di China, ia lebih terarah kepada kegagalan ginjal akut.


Apakah simptom-simptom pembentukan batu karang di dalam ginjal ?

Jika anda mendapati anak-anak anda terutama bayi yang meminum susu formula mengalami tanda-tanda seperti berikut.
pendarahan di dalam urin (air kencing)
pembuangan air kencing tidak lawas
kesakitan pada buah pinggang

Sila pastikan anda membawa anak anda berjumpa dengan doktor untuk pengesahan pembentukan batu karang di dalam ginjal.

2 comments:

Anonymous said...

menarik sungguh!!macam-macam maklumat sy dpt..terima kasih lazyrde!!

LaZYRDe said...

ur welcome..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...