Followers

Friday, January 23, 2009

selamat bercuti..

entah..kali ini lain rasanya..walau seminggu rasa macam cuti selamanya...andai itu takdirNYA..aku pasrah!!

Tuesday, January 20, 2009

sekitar AJL 2009

PERSEMBAHAN finalis Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL23) termasuk artis jemputan iaitu One Nation Emcees, M. Nasir, Jamal Abdillah, Jaclyn Tahir, Wada, Haqiem dan Hafiz berjaya memukau 15,000 penonton di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.

Rata-rata penonton yang hadir memberikan sorakan dan tepukan gemuruh kepada penyanyi yang membuat persembahan.
Persembahan ‘opening’ One Nation Emcees berjaya memukau penonton dengan rentak rap mereka. -foto The Star oleh KAMARUL ARIFFIN
Band Sofaz yang berjaya layak ke peringkat akhir AJL dua tahun berturut-turut bagaikan sudah selesa walaupun membuat persembahan pertama. Dengan lagu hits Bukan Di Sini, Sofaz berjaya menghiburkan penonton dengan persembahan yang sederhana.
Dengan bertemankan gitar, Aizat yang pertama kali bergelar finalis AJL menyanyikan Lagu Kita dengan sepenuh jiwa sehingga membuatkan penonton terpukau dengan persembahannya yang bersahaja itu.
Aiman, penyanyi kelahiran Akademi Nasyid ini juga tidak ketinggalan bersaing di dalam kategori Etnik Kreatif menerusi lagu Dusta Berkalang. Dari segi persembahan, vokal Aiman masih perlu digilap dan menyebut bait lirik dengan betul selain kostum yang dipakainya agak tidak sesuai serta berserabut dan menyebabkan Aiman kelihatan kurang selesa ketika beraksi di pentas.
Faizal Tahir mengalunkan lagu Cuba dengan persembahan yang ringkas dan bersahaja memandangkan lagu tersebut merupakan lagu pertamanya. Namun, kehebatan vokal Faizal memang tidak perlu disangkal lagi.


Sama seperti Sofaz, Estranged yang kali kedua bergelar finalis AJL23 memberikan persembahan yang unik dengan menggunakan kain tirai putih. Walaupun gagal mengulangi kejayaan mereka pada tahun lalu, Estranged masih berjaya memukau penonton dengan vokal mantap dan paduan muzik bertenaga.


Ayu yang mendapat jolokan Whitney Houstan oleh pengacara Ally Iskandar, Cheryl Samad dan Faizal Tahir pada malam tadi tidak kalah dengan vokal ‘Hanya Di Mercu’nya namun nasib tidak menyebelahinya.


Faizal memang hebat! Itulah yang berjaya diluahkan selepas menonton persembahan keduanya menerusi lagu Sampai Syurga. Tidak hairanlah persembahan ini berjaya meraih Persembahan Terbaik dengan kerana menonton persembahan Faizal ibarat melihat klip video.


Lagu Aku Stacy memang tepat dan tercipta untuk penyanyinya, Stacy! Dengan kelincahan tarian dan paduan vokal bertenaga daripada Stacy, dia telah berjaya menggamatkan suasana sehingga ada penonton yang bangun berdiri di akhir persembahannya.


Ziana Zain yang enam tahun ‘berehat’ daripada AJL kini kembali bersaing menerusi lagu Dingin. Ternyata vokal Ziana masih utuh dan bertenaga sehingga ramai penonton yang bersorak memberikan sokongan ketika beliau melontarkan ‘high pitch’. Tahniah Ziana!


Contengan pada muka vokalis Meet Uncle Hussein, Lan ini memberikan satu daya penarik. Keunikan tersebut mengiringi persembahan bertenaga dan gempak melalui Lagu Untukmu sehingga penonton tidak berhenti memberikan sorakan dan tepukan dari awal mereka mula membuat persembahan.


Farawahida tidak kalah dengan persembahan bertemakan Cina bertepatan dengan lagu Persoalan Cinta yang menggunakan peralatan muzik ‘ehu’. Dengan vokal yang lantang, kejayaan Farawahida menerusi kategori Etnik Kreatif tidak perlu disangkal lagi.


Jaclyn Victor menyampaikan lagu Gemilang dengan adik Wada, Juara Idola Kecil.
Jamal Abdillah diundang menyanyikan lagu Gadis Melayu dengan adik Haqiem Idola Kecil. Persembahan mereka mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.
M. Nasir menyanyikan lagu Andalusia bersama adik Hafiz Idola Kecil.
Paduan nyanyian antara Hafiz, Haqiem, Wada, Jaclyn Victor, Jamal Abdillah dan M. Nasir menerusi lagu Isabela berjaya menawan hati penonton sehingga ramai yang tidak henti bersorak.Ternyata persembahan ‘interlude’ semalam merupakan persembahan penutup yang terbaik.


Tidak salah jika dikatakan, AJL23 adalah yang terbaik setakat ini! Selain bebas kontroversi, hampir semua persembahan finalis malam tadi cukup menarik.Malah, dari aspek teknikal juga, pihak penerbitan nampaknya sudah lebih teliti dan tidak mempunyai sebarang masalah.Bertemakan Iluminasi Muzik, AJL23 berjaya menampilkan konsep yang sesuai dengan tema “cahaya” itu di samping set pentas yang menarik. Antara finalis yang mendapat sorakan paling gemuruh adalah Faizal Tahir yang menyampaikan dua buah lagunya iaitu Cuba dan Sampai Syurga, Stacy (Aku Stacy), Ziana Zain (Dingin) dan Meet Uncle Hussein (Lagu Untukmu).


credit to : http://nmjnh.wordpress.com/2009/01/19/sekitar-ajl-2009-malaysiakini/

Monday, January 19, 2009

dinner

malam tadi rasa malas nak masak..xlarat..pergi Pusat kesihatan..dapat MC 2 hari..hehik..jadi malam ini hanya makan KFC je..hehe...



yummy!!

CAHAYA TIMUR...




LENTERA TIMUR merupakan album terbaru Dato’ Siti Nurhaliza yang berada di pasaran sekarang,yang mengetengahkan konsep tradisional kontemporari. Album ini amat bermakna buat Siti dan juga para peminatnya kerana selepas kemunculan album Sanggar Mustika, Siti hanya mengahsilkan album berkonsepkan pop selama beberapa tahun.

Kerinduan peminat akan terubat dengan penghasilan terbaru menerusi album Lentera Timur yang membawa maksud lampu atau cahaya timur. Justeru pemilihan tajuk amat memberikan peranan kerana Siti mahu mengangkat muzik budaya bangsa dalam arus permodenan supaya terus menjadi cahaya kepada muzik nusantara atau timur.

Lebih bermakna, 9 buah lagu dalam album ini dihasilkan menerusi bengkel Cipta Ekspres MACP-Berirama Malaysia Bersama Siti Nurhaliza yang diadakan Januari tahun ini. Kesemua lagu ini dihasilkan dalam tempoh 3 hari oleh beberapa komposer dan penulis lirik ternama negara. Dua buah lagu lagi yang dipilih ialah ciptaan Katon Bagaskara dan Pak Ngah menjadikan sebelas lagu dalam album ini.

Lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini ialah
Di Kayangan Kita (Johari Teh / Keon)( sangat suka lagu ni)
Bintang Malam (Johan Nawawi/Amran Omar)(happening sgt lagu ni...)
Cinta Ini (Katon Bagaskara)(suka juga.time2 part chorus dia)
Ada Masa Mata (M.Nasir/Ad Samad ( suka juga)
Bulan Yang Mesra (Khairil Johari Johar/Zubir Ali)(ala2 keroncong gitu..tenang dengar)
Seloka Budi (Adnan Abu Hassan/Azam Dungun)
Rasa Antara Kita (Khairil Johari Johar/Zubir Ali)( mcm da biasa dengar)
Senyum Minang Manis (Zul Mahat/Abot)( suka2)
Joget Menanti Kasih (S.Atan/Habsah Hassan)( suka)
Di Taman Teman (Fauzi Marzuki/Hairul Anuar Harun) ( suka...)
Jelmakanlah Ayumu (Pak Ngah)( suka la)

Siti berpendapat dengan mengetengahkan muzik tradisional kontemporari dia bukan sahaja dapat mengajak peminat baru atau remaja untuk mencintai muzik tradisional malah dapat memberikan sesuatu yang baru dalam lagu-lagu Melayu masa kini.

p/s: kesimpulannya ku suka sangat album ni..mula2 dengar mcm biasa.tapi bila da selalu dengar amat best..suka2

dinner iluminasi!!

malam ini ku menonton anugerah juara lagu bertemankan juadah bihun goreng dan juga pencuci mulut buah tembikai..secara tiba2 teringin makan bihun goreng.dengan hanya bermodalkan RM 3.70 dapat juga buat hidangan malam ini..hehik..seorang pembaca setia blogku berkata dah macam blog masakan je..hehik..




Saturday, January 17, 2009

suatu masa...

Tak sangka..sudah 22 tahun aku di sini..tempoh yang agak lama ku rasa. sibuk mengemas, terjumpa pula album lama..rasa gembira dan sedih..huh..alangkah manisnya kenangan itu..aku harap dapat kembali lagi ke masa itu...dulu2 x perlu nak fikir apa.gembira je.x seperti sekarang.semua nak fikir.tapi itu semua mematangkan diri ini..kenangan...kenangan...





party like this!!

agenda malam ini adalah parti memasak ala2 western gitu..dengan bahan2 yang telah di beli di pasaraya Gxxxx aku dan rakanku hafez, menyediakan juadah yang agak ringkas. usai solat magrib, kami pun mula menggoreng...hehe..sedap juga..kepada mereka yang nak datang parti ku tempohari batang hidung pun x nampak..hehe..








kau ilhamku...

ilham datanglah!!puas memerah otak memikirkan tentang susun atur poster olympia veterinar yang berlangsung sekitar jan hingga mac ini.mungkin malam nanti ilham ku datang.sejenak berfikir aku menyediakan juadah untuk tengahari. terasa hari ini hari bermalas-malasan.maklumlah saban hari penuh dengan aktivit.siang hari ke kelas.malam hari diskusi, dan macam2 lagi.jadi memandangkan malas turun ke kafe aku hanya memasak.juadah ku hari ini hanya telur goreng dan juga kentang masak kicap





olympia veterinar 08/09

Thursday, January 15, 2009

ping pong!!


support your team...

Sunday, January 4, 2009

RAWAN

tahun baru seperti tiada impak yang mampu menyinarkan hidupku ini...peristiwa lalu membuatkan aku takut...takut untuk bangun..takut untuk kembali..takut untuk menjadi seorang yang tabah hatinya..namun aku kena lalui juga semua ni..aku pasrah seandainya inilah jalan ku..aku akan lalui jalan yang penuh liku..mungkin pembaca setia blog ini tertanya2 kenapa aku seperti tidak berminat lagi untuk menulis..bukan tidak berminat, tapi ada sesuatu yang membuatkan ku tiada keihkasan untuk menulis..hakikatnya ku hanya mampu menguntum senyum, tatkala pelbagai onak dan duri menimpa diri ini..aku perlukan waktu..perlukan masa..kerana sukar rasanya nak memdapat kepercayaan orang..aku berharap aku boleh terus kekal dalam arena ini.buat masa sekarang aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa supaya tidak aa sebarang perubahan dalam hidup ini..betul kata orang, sekali kita silap orang akan ingat selamanya...aku berdoa semoga Dia menunjukkan jalan yang terang menuju ke satu destinasi yang ku sendiri belum pasti..Amin...

p/s : buat masa ini ku tidak berminat untuk menulis, walaupun banyak lagi entri-entri yang menarik untuk ku kongsi bersama pembaca lain..namun hati ku masih di buru kekesalan..semoga aku boleh mengubah persepsi itu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...