Followers

Monday, January 19, 2009

CAHAYA TIMUR...




LENTERA TIMUR merupakan album terbaru Dato’ Siti Nurhaliza yang berada di pasaran sekarang,yang mengetengahkan konsep tradisional kontemporari. Album ini amat bermakna buat Siti dan juga para peminatnya kerana selepas kemunculan album Sanggar Mustika, Siti hanya mengahsilkan album berkonsepkan pop selama beberapa tahun.

Kerinduan peminat akan terubat dengan penghasilan terbaru menerusi album Lentera Timur yang membawa maksud lampu atau cahaya timur. Justeru pemilihan tajuk amat memberikan peranan kerana Siti mahu mengangkat muzik budaya bangsa dalam arus permodenan supaya terus menjadi cahaya kepada muzik nusantara atau timur.

Lebih bermakna, 9 buah lagu dalam album ini dihasilkan menerusi bengkel Cipta Ekspres MACP-Berirama Malaysia Bersama Siti Nurhaliza yang diadakan Januari tahun ini. Kesemua lagu ini dihasilkan dalam tempoh 3 hari oleh beberapa komposer dan penulis lirik ternama negara. Dua buah lagu lagi yang dipilih ialah ciptaan Katon Bagaskara dan Pak Ngah menjadikan sebelas lagu dalam album ini.

Lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini ialah
Di Kayangan Kita (Johari Teh / Keon)( sangat suka lagu ni)
Bintang Malam (Johan Nawawi/Amran Omar)(happening sgt lagu ni...)
Cinta Ini (Katon Bagaskara)(suka juga.time2 part chorus dia)
Ada Masa Mata (M.Nasir/Ad Samad ( suka juga)
Bulan Yang Mesra (Khairil Johari Johar/Zubir Ali)(ala2 keroncong gitu..tenang dengar)
Seloka Budi (Adnan Abu Hassan/Azam Dungun)
Rasa Antara Kita (Khairil Johari Johar/Zubir Ali)( mcm da biasa dengar)
Senyum Minang Manis (Zul Mahat/Abot)( suka2)
Joget Menanti Kasih (S.Atan/Habsah Hassan)( suka)
Di Taman Teman (Fauzi Marzuki/Hairul Anuar Harun) ( suka...)
Jelmakanlah Ayumu (Pak Ngah)( suka la)

Siti berpendapat dengan mengetengahkan muzik tradisional kontemporari dia bukan sahaja dapat mengajak peminat baru atau remaja untuk mencintai muzik tradisional malah dapat memberikan sesuatu yang baru dalam lagu-lagu Melayu masa kini.

p/s: kesimpulannya ku suka sangat album ni..mula2 dengar mcm biasa.tapi bila da selalu dengar amat best..suka2

5 comments:

Anonymous said...

besh ke album ni?
dh kuar ke lom?

LaZYRDe said...

da kuar da...beli la ek..yang ori jek

Anonymous said...

klu nk dunlod xleh ke?

LaZYRDe said...

better beli la k..kalau album estrella boleh beli...

Nazarulamin said...

estrella mmgla aku mnt..
estrella bes.
liyana pon cun.
haha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...