Followers

Tuesday, May 26, 2009

Langkah tak sehaluan...

Aku bukan mudah nak lupakan orang yang aku sayang...Aku bukan jenis yang touch and go...Aku bukan macam tu , Sekali aku dah sayang kat orang tu selama-lamanya aku sayang...Tapi Tuhan tidak menjanjikan hari-hari aku tanpa sakit , tertawa tanpa kesedihan , matahari tanpa hujan tetapi dia menjanjikan kekuatan untuk hari itu , kebahagiaan untuk air mata dan terang dalam perjalanan...Kekecewaan bagai polisi tidur , ini akan melambatkan tetapi aku akur selanjutnya akan menikmati jalan rata...Akan ku teruskan melangkah ketika aku kecewa,kerana aku tidak memperolehi apa yang aku kehendaki,Aku terima dan bergembira walaupun aku di dalam kekalutan , kerana tuhan sedang memikirkan sesuatu yang lebih baik untuk diri aku..Mungkin di saat terjadi atau berlaku sesuatu pada aku , baik atau buruk , di pertimbangkanlah hikmah di sebaliknya…Ada suatu hikmah di sebalik setiap kejadian dalam kehidupan , yang mengajar aku bagaimana lebih sering kali tertawa atau tidak terlalu keras menangis..Aku tidak boleh memaksa seseorang untuk mencintai aku , apa yang dapat aku lakukan hanyalah membiarkan diri aku untuk dicintai , selebihnya ada pada orang itu untuk menilai diri aku...Lebih baik kehilangan harga diri kepada orang yang mencintai aku daripada kehilangan orang yang aku cintai kerana harga diri aku....Banyak yang perlu aku belajar tentang ape itu erti hidup?..Belajar mengenal manusia dan sekali gus mengenali kehidupan...Dan ape yang aku cari dalam kehidupan...Emmmmmm...Memang mudah tapi terlalu mendalam makna sesebuah kehidupan itu......Perjalanan hidup aku ni tak selalunya indah setiap hari yang kita lalui pastinya ada panas ,hujan ,redup dan ribut....Aku sedih sangat dengan perjalanan hidup aku ni........Ada masa-masanya aku rasa terlalu sesak dengan keadaan .Rimas dengan situasi yang menghimpit…Sehinggakan aku sudah tidak ada ruang sedikitpun untuk aku bernafas .Lebih memburukan keadaan lagi ….Aku tidak punya pilihan ..,Sebaliknya perlu pula mengharungi ruang hidup yang hampir sempit dan merimaskan itu dengan hati yang separuh rela ..Dengan senyuman yang terpaksa ..Dengan wajah yang tidak ceria…..Tapi aku paksa juga hati untuk senyum.Dengan paksaan itu bibir pun melahirkan sebuah senyuman yang tidak enak di pandangan mata.Bila aku cuba juga untuk tersenyum hati rasa sakit.Bagaikan mahu tersembur keluar nanah-nanah yang ada dalam hati..Aku sudah tidak mampu tersenyum bila apa yang hati mahukan adalah menangis hiba…Sudah lama mahu aku tamatkan cerita tentang sedih yang selalu saja menjadikan hidup aku tidak ceria.Cuma ada ketikanya , aku tidak berdaya…Cuma Aku rasakan ada ketikanya , aku juga melahirkan senyuman ikhlas dari hati untuk semua yang bergelar mahaluk di luar sana…Tapi manusia seperti aku terlalu banyak khilafnya…Tidak sempurna…Dugaan hidup yang pelbagai menjadikan aku manusia yang belum mahu berhenti air matanya….Aku kesat lagi….Kesat lagi…air mata yang bersisa….Jangan menangis lagi…Untuk apa !!!!!.....Entahlah ….Aku mahu memilih diam ….Tapi kali ini aku mula merasakan yang diam adalah jalan yang selamat bagi mengelakan diri dari menjawab persoalan-persoalan yang menerpa….Sebaliknya senyap ini hanya memenjarakan sekeping hati yang rapuh jati diri.Sampai bila mahu berendam si air mata ?.....Aku jadi jemu berdiplomasi …Dan kadangkala aku jadi jemu menjadi mausia yang dangkal hatinya…Tidak peduli dengan apa yang orang lain rasa, asalkan aku saja bahagia…..Tapi hakikatnya aku tidak boleh lama bersama sikap-sikap begitu …Aku mula rasa rimas ..Rimas kerana yang begitu bukan aku….Yang begitu hanyalah pantulan dari rasa yang ada dalam jiwa Kali ini aku mengharapkan yang terbaik lagi…Terus dan tidak pernah berhenti…Kerana sampai bila-bila pun aku akan terus mengharapkan yang terbaik…Moga perjalanan hidup yang aku harapkan adalah yang terbaik ini tidak akan membuatkan aku tersungkur di pertengahan…Jemukah aku mengharungi hari-hari yang cukup menduga hati dan akal ini ?.Tidak dan Ya ,mungkin jawapan yang terbaik ..Tamak kah aku?.Tidak …Tidak sebenarnya..Sebaliknya otak ku celaru …Bercelaru memikirkan masa hadapan yang masih kabur warnanya …Dulu aku pernah menangisi nasib…..Aku pernah berduka cita..Aku pernah menangis hiba..Aku pernah menjadikan titis-titis jernih si air mata sebagai pelengkap dan teman tidur setiap ketika..Aku pernah duduk termenung seharian…Tanpa melakukan apa-apa selaian dari merenung dari ruang-ruang putih yang kadang kala berbalam warnanya.Aku pernah….Aku pernah melalaui semua itu..Aku pernah jatuh ,rebah, dan terasa tidak berdaya untuk bangkit walaupun sedikit pun…Aku pernah terluka berdarah….Aku pernah berada di situ dulu….Kini aku merasakan sisa-sisa itu ada…Ada dalam segenap inci hati dan rasa yang di anugerahkan oleh dia.Malangnya ..Aku sudah memutuskan untuk membawa diri ,dan hati ini lari jauh…Jauh dari semua itu..Aku mahu memadamkan semua kisah …kisah pahit atas kanvas hitam yang penuh dengan cerita duka.Ada ketikanya aku tidak berdaya..Ada masa-masanya, aku berhenti untuk memberi ruang pada diri agar dapat memadamkan semuanya sekali.Namun…Hati ini masih degil...Masih lagi mahu berada di situ.Masih mahu menjadikan kisah hitam sebagai sebahagian ruang yang patut aku ingati….Berbalah bahagi hati..Aku mahu berhenti..Sebaliknya , dia tega dan kebal di situ.Aku masih belum berjumpa sesuatu yang boleh membuatkan aku tersenyum …Aku masih belum mampu membuatkan hati tersenyum..Tak ada satu pun yang dapat menerangkan tentangan senyuman …Sedikit pun belum..Masih tentang diri aku…Aku mahu membetulkan keadaan ..Aku mahu membetulkan keadaan …Aku mahu membetulkan penafsiran yang tersasar.Bahawa sesungguhnya , aku ini hamba yang masih belum mati kerana cinta….Belum mahu mati kerana kehadiran cinta manusia yang tidak pernah hadir dalam bentuk yang sepatutnya…Aku masih lagi kukuh…Jiwaku kukuh ..Walaupun ada ketikanya ianya menjadi rapuh dengan tiba-tiba..Tapi ....Aku sudah bersedia untuk mencantumkan kembali jiwa-jiwa yang rapuh ini bila tiba masanya..Tidak mungkin akan kubiarkan semuanaya berkecai..Dan atas sebab itu ..Aku masih lagi mahu hidup , kerana hakikatnya cinta yang menyakitkan…Namun aku tidak dapat menolak kemungkinan ,bahawa apabila cinta itu tiada, separuh dari jiwa sudahpun di bawa bersama…Aku kelam atas ketiadaan satu rasa yang indah..Kurniaan dari Dia-Tuhan yang esa .Mungkin sudah hilang nikmat dan rasa cinta itu..Mungkin rasa cinta itu tidak ditakdirkan untuk aku..Mungkin…Mungkin juga….Semuanya mungkin untuk sebuah kisah cinta bersulam dusta…Belajarlah dari pengalaman ngeri ..Baru hati boleh jadi kental…Aku sudah tidak sanggup mengharungi lagi kenangan-kenangan hitam dan ngeri itu..kepada MSMA aku tetap merindui mu..

1 comment:

LiYaNa2709 said...

kalau hati ini pelangi, mengapa berada di bawah langit yg sama...cahaya warnanya tidak terbias di matamu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...