Followers

Sunday, June 28, 2009

seribu satu kisah

bertemu kembali..begitu banyak rintangan yang terpaksa di tempuhi sejak kebelakangan ini..hehu..pembagai dugaan yang melanda..di harap kau kuat untuk melaluinya..malas nak cerita..hanya gambar2 ini saje yg sudah cukup untuk menceritakan..sempat terbaca satu majalah horoskop..erm..agak kebetulan ramalan itu..banyak juga pengajaran yang aku dpt dengan pelbagai dugaan ini..harap boleh bertabah!!emmm!!
accident..huhu


imej terbaru..hahaha




sesaje je amek gambar ni

sesuatu..

Tuesday, June 23, 2009

bertuah

minggu ini sangat beerti bagiku..ye lah.banyak yang aku pelajari di sini.belajar tentang erti hidup, tentang isu semasa, tentang dunia masa kini..walaupun singkat, tp ia tetap bermakna. dulu bagiku berjumpa dengan orang adalah mimpi burukku..tapi sekarang baru terbuka minda bahawa kita semuanya sama.cuma usaha dan tekad kita yang berbeza. disini kami belajar bertimbang rasa, tanpa mengira pangkat dan harta. yang menariknya di sini aku dapat mengenal orang dari pelbagai perspektif. erm..itulah yang dapat digambarkan di sini.selebihnya selepas aku pulang ke kampung halaman. harap2 ada rezeki nak beli durian semasa nak balik umah nanti..hehik..

Thursday, June 18, 2009

busy

yang penting sangat sibuk minggu ini dan juga minggu depan..x sempat nak post new entry..dari pegi PD sampai la ke pergi cheras n then next week pegi kluang pulak...so di bawah ni beberapa gambar yang sempat di snap untuk tatapan anda..
tetiba nampak kete ni..sangat suka

makan kfc juga


teman kawan makan jek..

jumpa ketam..

sangat burn muka aku pas mandi kat PD
sempat lagi snap bunga matahari kat umah..

masa ni sesaje je g majlis ni..

otw ke cheras..

masa kat cheras

keje kumpulan yang kami buat..
p/s: so itulah xtvt yang aku buat..tu la x sempat nak update..

Tuesday, June 9, 2009

ARTI SAHABAT



Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri…..
Tetapi…Dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana….
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran Seorang sahabat,
begitulah juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…..?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…..
tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah….?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita…..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat…
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…..
Sebagai kekuatan Jadilah kita sahabatnya itu….
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…..
Kita tidak tahu….
Tetapi….jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu…..


RENUNGILAH... HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA

HADIAH DARI SYED MOHD HAZRIN..

p/s: thanks syed jadi sahabat aku..







KEK COKLAT



Bahan-bahan
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir

Bahan A
1/2cwan susu segar perisa coklat
1/2cwan air campur dgn 2sudu nescafe
1sudu kecil vanila

Bahan B
2sudu kecil sodium bikarbonat
1sudu kecil baking powder
1/2 cwan serbuk koko
2 cwan tepung gndum

Topping
1/2 cwn koko
1/2 susu pekat
1sudu besr minyk msak

Cara2
pukul telur sehingga kembang
masuk gula n pkul lg
msuk minyk masak
ayak semua bhn B dan masuk sdkt demi sdkt ke dlm telur td berselang seli dgn bhn A.
Gaul sebati.
Bakar pd suhu 170 degree selama 1 jam hingga masak
Untuk topping, masuk semua bhn dlm periuk dgn api kecil.
panaskan sampai likat n tuang atas kek...

Sunday, June 7, 2009

bersama together...

suasana di rumah abg Mizan...yg penting ungu gituh..

pas men boling..sempat lagi ke secret recipe...


yang penting menang!!


sedapnyer...


Hari sabtu sangat memenatkan,tapi best sangat..seawal jam 11 pagi ku bertolak dari rumah untuk jemputan kenduri kahwin di rumah abang Mizan di rembau..usai bertandang di rumah dia, aku pun terus ke melaka untuk berjumpa kawan ku.best sangat...yang penting kami pergi main boling dan juga makan ikan bakar di Pengkalan Balak..sangat best walaupun penat sedikit..bermalam di rumah kawan kami, Linda..thanks Linda bg kitaorang bermalam kat rumah ko...sehari yang penuh dengan pelbagai aktiviti...yang paling best makan ikan bakar sambil mendengar suara ombak menghempas pantai..sangat best!!thanks uolz...

:AWARDS:

THANKS KAT KORANG
SEBAB BAGI  I AWARDS...
ANTARA AWARDS I YANG 
DAPAT...








award gempak



Friday, June 5, 2009

biru vs oren...

sempat posing dulu sebelum jumpa si biru..

erm...best2


"ada orang tak?"
"x de.duduk la"tapi banyak je tempat kosong lagi..hati kecilku berkata..
dengan baju birunya dan tindik di telinga.warna hitam..aku membiarkan sahaja. si baju biru makan fillet o fish dan air coke..biarkan...
"nak cuba tak broadband ni.murah je..kita bagi try sebulan.kalau x puas hati boleh pulang.
aku tetap diam sambil menikmati juadah ku tengahari itu.aku hanya tersenyum sahaja.
setelah abis berceloteh..aku pun berkata..
"tak pe la bang.saya dah ade broadband ni.lagipun tempat saya x de 3G..kalau ade 3G 10 saya beli."
"dia hanya tersenyum dan terus menghabiskan makanan dia..kecewa barangkali..



p/s: kepada si baju biru maaf la..ku da ada broadband itu..cuma ku terpaksa pakai hanya sebulan sebab terlalu lembap!!nak cek emel pun x boleh..apatah lagi nak berblog..so sekarang ku senang pakai si oren ini..suka oren tetiba..hehik

Thursday, June 4, 2009

My Bloglist....

    Tuesday, June 2, 2009

    Homestay Lonek





    Terletak 10km daripada Pekan Bahau. Homestay Lonek dikelilingi oleh sawah padi saujana mata memandang dan tali air yang jernih. Homestay Lonek merupakan sebuah kampung tradisi yang masih mengekalkan budaya Melayu dan masyarakatnya masih kuat mengamalkan Adat Perpatih. Ianya terletak di Daerah Jempol, Negeri sembilan.Nama kampung Lonek berasal daripada sebatang pokok yang bernama Sempunek yang ditanam di Kualo sebatang sungai oleh ketua peneroka yang bernama Hj Hamzah dan isterinya bernama Tanjung pada kurun ke 19. Gabungan dua perkataan inilah munculnya nama kampung LONEK. Terkenal sebagai kampung yang telah memenangi Anugerah K-Bestari dan KPW maju peringkat Negeri Sembilan, terdapat beberapa perusahaan seperti mee kuning, tauhu, kek, makanan ringan dan kraf tangan. Selain tanaman padi di Homestay Lonek terdapat tanaman buah naga, kelapa sawit, getah, pisang dan tebu.



    haaaa..da taw kan asal usul kg ni..so kebetulan ada urusan di sana.jadi aku pun pergi ke majlis tersebut..tetiba masa makan tengahari ada pulak persembahan cak lempong..huhu..tetiba rasa sedih..ntah la..tak tahu kenapa air mata ni nak mengalir..rasa sedih sangat...

    Monday, June 1, 2009

    sekeras kerikil...

    tatkala aku diduga dengan ujian itu, aku tahu aku tidak mampu, mampu untuk bertahan, kerana aku tahu akibatnya. aku kuatkan diri, tipu diri, semata-mata untuk menggapai impian yang x pasti itu, impian yang hanya tinggal impian, impian palsu, impian hampa. aku cuba dan terus mencuba, walaupun adakalanya aku jatuh, tersungkur, namun sampai satu saat aku sudah tidak mampu untuk terus memikul amanah itu, aku pergi, walaupun aku pergi bukan secara terhormat aku puas kerana keputusan yang aku buat dulu melahirkan aku hari ini.aku yang kuat hatinya, aku yang hatinya keras, sekera kerikil. namun beribu tahun pun aku meratap, tiada kesudahan, tiada cahaya lagi, tiada kepercayaan lagi, tapi aku tahu jauh di sudut hati aku punya mereka yang kuat selalu berada di sebelah ku, di hadapanku, dibelakangku dan juga di sisi ku. dan Dia juga sentiasa ada denganku. aku pasti Dia akan membantuku.membantu untuk menjadikan aku seorang yang kuat hati dan seorang yang teguh hatinya. Insyaallah.akan ku simpan air mata yang masih berbaki ini untuk ku jadikan azimat di satu hari nanti....

    urut tradisional..



    semalam cadangnya nak pergi berurut..ye la x mampu nak pegi spa kan. so aku pun pergi ke rumah tukang urut tu..mak ku nak berurut juga..maklumla sejak akhir2 ni banyak sangat aktiviti yang begitu memenatkan minda dan fizikal aku ni...so aku pun bagi la mak aku urut..dah la tunggu setengah jam, tetiba orang tu kata x dapat nak urut aku..huh..aku hangin la..aku yang nak urut, mak aku lak yang dapat dulu...grrrrrrrrrr...sakit je ati..so bila balik umah je aku terus mendiamkan diri tanda protes..hehe..aku kalau sentap suka je diamkan diri...so mlm ni aku pergi sekali lagi mencuba nasib..alhamduillah..sengal2 di badan aku ni hilanglah...ringan rasa badan..hehe..terima kasih la kat tok ba ye sebab urut aku...
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...