Followers

Tuesday, June 2, 2009

Homestay Lonek





Terletak 10km daripada Pekan Bahau. Homestay Lonek dikelilingi oleh sawah padi saujana mata memandang dan tali air yang jernih. Homestay Lonek merupakan sebuah kampung tradisi yang masih mengekalkan budaya Melayu dan masyarakatnya masih kuat mengamalkan Adat Perpatih. Ianya terletak di Daerah Jempol, Negeri sembilan.Nama kampung Lonek berasal daripada sebatang pokok yang bernama Sempunek yang ditanam di Kualo sebatang sungai oleh ketua peneroka yang bernama Hj Hamzah dan isterinya bernama Tanjung pada kurun ke 19. Gabungan dua perkataan inilah munculnya nama kampung LONEK. Terkenal sebagai kampung yang telah memenangi Anugerah K-Bestari dan KPW maju peringkat Negeri Sembilan, terdapat beberapa perusahaan seperti mee kuning, tauhu, kek, makanan ringan dan kraf tangan. Selain tanaman padi di Homestay Lonek terdapat tanaman buah naga, kelapa sawit, getah, pisang dan tebu.



haaaa..da taw kan asal usul kg ni..so kebetulan ada urusan di sana.jadi aku pun pergi ke majlis tersebut..tetiba masa makan tengahari ada pulak persembahan cak lempong..huhu..tetiba rasa sedih..ntah la..tak tahu kenapa air mata ni nak mengalir..rasa sedih sangat...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...