Followers

Monday, June 1, 2009

sekeras kerikil...

tatkala aku diduga dengan ujian itu, aku tahu aku tidak mampu, mampu untuk bertahan, kerana aku tahu akibatnya. aku kuatkan diri, tipu diri, semata-mata untuk menggapai impian yang x pasti itu, impian yang hanya tinggal impian, impian palsu, impian hampa. aku cuba dan terus mencuba, walaupun adakalanya aku jatuh, tersungkur, namun sampai satu saat aku sudah tidak mampu untuk terus memikul amanah itu, aku pergi, walaupun aku pergi bukan secara terhormat aku puas kerana keputusan yang aku buat dulu melahirkan aku hari ini.aku yang kuat hatinya, aku yang hatinya keras, sekera kerikil. namun beribu tahun pun aku meratap, tiada kesudahan, tiada cahaya lagi, tiada kepercayaan lagi, tapi aku tahu jauh di sudut hati aku punya mereka yang kuat selalu berada di sebelah ku, di hadapanku, dibelakangku dan juga di sisi ku. dan Dia juga sentiasa ada denganku. aku pasti Dia akan membantuku.membantu untuk menjadikan aku seorang yang kuat hati dan seorang yang teguh hatinya. Insyaallah.akan ku simpan air mata yang masih berbaki ini untuk ku jadikan azimat di satu hari nanti....

1 comment:

Husnibaby:My Emancipation said...

sekeras kerikil kew, sekera kerikil...gaytewh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...