Followers

Sunday, January 31, 2010

Friday, January 29, 2010

inikah??



TIPS UTK HILANGKAN STRESS...

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan ...
Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. ( jarang aku buat melainkan nak bersolat je)

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
(dah lama aku x buat..sedihnya)

3) Banyakkan Solat Sunat Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah. (aku sangat tak buat)

4) Selalu berdoa kepada Allah Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.(insyaallah inilah perkara yang aku buat selepas bersolat)


5) Bersangka baik dengan Allah Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh. (lagi la x buat)

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis. (buat kenkadang jek)

8) Menangis dengan sepuas hati Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja. (kadang2 juga...)

9) Hargai kebolehan diri sendiri Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria. (masalahnya aku selalu x yakin diri...aku dah cuba tapi x boleh..selalu anggap aku ne x berguna)

10) Cintai diri sendiri "Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya..(aku rasa aku x pernah cintai diri aku sendiri)


P/S: aku sangat tertekan buat masa ini...tah la...sangat2..x tahu nak luah kat sape...aku akan cuba buat benda kat atas tu..tapi mampukah aku??aku sangat sedih..x tahu kenapa..jahat ke aku ne??x baik ke aku ne??insyaallah aku akan cuba kuatkan diri aku..aku takut..sangat takut sebenarnya....aku akan cuba..aku kena kuat..aku pasti boleh!!

Thursday, January 21, 2010

problema...

mampukah aku melaluinya??hehe..itulah persoalan yang bermain di benakku tika ini...erm..mcm2 masalah melanda bulan januari ini..baru bulan 1 lazyrde..belum bulan 12 lagi..huhu...mcm2 kan...hujung tahun 2009 aku dikejutkan dengan masalah itu yang masih hari ni x settle2 lagi.apela nak jadi...pastu hari ne lagi masalah..seolah2 aku x penah wujud..apa masalahnya...dan esok adalah penentu segala untuk aku merungkaikan semuanya..sudah lama bersabar..dan esok juga tiba masanya aku nak buat sesuatu yang baru...huhu...harap2 esok berlalu dengan jayanya..doakan aku ya..

Sunday, January 10, 2010

cuti...


suasana cameron pepagi..sangat nyaman!!

ne masa kat terengganu...

kat perak..

kat hotel kami..

masa nak balik ade accident!!







sudah lame x hapdet..maklum la begitu sibuk dengan bermacam urusan...bermula pada hujung bulan 12 kami sekeluarga bercuti di Kelantan...pada mulanya nak pegi Langkawi..memandangkan mungkin ramai dan tak bersedia,jadi kami memutuskan untuk pergi bercuti ke Kelantan sahaja..perjalanan yang agak jauh kami rasa...dan sesampai di kelantan, kami terus ke Wakaf Che Yeh..hehik..x beli ape pun..cuma beli keropok sikit dan balik ke hotel...pas tu tido dan esok dalam kul 10 pagi kami bertolak ke Rantau Panjang...wah..best..sangat suka untuk membeli belah di sana..hehik...petang tu kami terus gerak ke Kuala Terengganu dan menginap di sana semalam...pagi2 kami dah pegi ke Pasar Payang memborong keropok...hehik..pastu balik...

selang beberapa hari pula kami ke Perak pula menghantar adikku, untuk belajar di kolej perubatan ulu kinta..1 januari 2010...lepas hantar adikku kami terus ke Cameron...gatal nak berjalan..hehe..tidur semalam di sana dan membeli belah apa yang patut.cuma kali ne x membeli belah sangat sebab sebelum ne pun dah pergi cameron..jadi hanya membeli buah jambu kristal,jagung,keledek serta bunga..itu je...pastu terus balik ke rumah..so ari ahad kami duduk di rumah sahaja...

wah..banyak sungguh tempat kami berjalan..hehik...kalau ade rezeki kami nak pegi lagi ke kelantan itu..dan juga kami ingin ke Langkawi, dan Pulau Pangkor pula...tunggu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...