Followers

Tuesday, October 19, 2010

Macam mana....

Salam readers, sori lama tak hapdet..life i sekarang ne bukan macam dulu,masa tu banyak je..sekarang ne dah kurang untuk bersenang lenang, kalau tak keluar program, mesti meeting jek..i pon dah naik muak dah...huh..bukanlah nak merungut,tapi penat kengkadang kan...tapi i akan buktikan yang i pon boleh menjadi seorang ketua yang baik(padahal tak berapa nak yakin kan..hahaha)...So apa yang i nak buat sekarang adalah tidak mahu menjadikan pengalaman yang lalu sebagai penghalang untuk i,so sekarang ne i dah kuat sikit, bukan kuat makan oke...hahaha....I pun ape lagik..mengoogle lah kan..dan inilah hasilnya....jeng3....

1. Beri salam
Jarang sekali kalau kita perhatikan boss atau ketua di tempat kita yang mula memberi salam. Asyik-asyik anak buah boss juga yang kena mulakan memberi salam. Selalu juga berlaku anak buah yang beri salam, tapi boss tak jawap. Jikalau anda sebagai boss atau ketua di organisasi anda, apalah salahnya anda menghulurkan salam kepada anak-anak buah anda di pejabat. Percayalah mereka akan segan dan mula menyayangi anda.


Komen i: i pagi2 bila sampai opis je mesti bagi salam...oke kan...hehe
2. Beri hadiah penghargaan pada hari-hari tertentu
Satu perkara yang mudah tetapi adakah anda sebagai boss atau boss anda lakukan untuk anda? Penghargaan yang tak seberapa tapi akan menyebab staf di bawah anda memberikan kesetiaan kepada anda dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan. Boss anda mungkin juga memberikan alasan susah untuk mengingati tarikh lahir staf yang ramai. Tapi itulah yang perlu boss lakukan untuk menjadi boss yang hebat.
Komen i:erm...i tak pernah pun bagi...macam mana ek...
3. Staf adalah famili di pejabat
Jangan hanya menganggap staf di bawah anda sebagai rakan kerja, tetapi mereka sebenarnya adalah famili kedua anda di pejabat. Jadi jangan hanya layan mereka sekadar rakan kerja untuk menyiapkan tugasan yang anda berikan. Anda juga perlu tahu masalah dan emosi mereka.
Komen i:erm...no komen lah...hahaha
4. Turun padang
Banyak sekali yang berlaku, setiap kali majlis-majlis kecil atau program-program yang dianjurkan oleh staf anda, anda sebagai boss tidak hadir untuk meraikannya. Anda mungkin menyerahkan pembantu di bawah anda untuk hadir. Tetapi tanpa anda sedari anda telah mengecewakan mereka.
Komen i:erm..i selalu turun padang ape bersama2 diorang...
5. Berikan hak-hak staf di bawah anda
Bukan mudah untuk menjadi seorang boss yang hebat. Anda perlu tunaikan semua hak-hak mereka agar mereka lebih mengasihi anda. Hadirilah setiap jemputan yang melibatkan kenduri kahwin, majlis tahlil, atau ziarahilah keluarga staf anda sekiranya mereka ditimpa kesusahan. Hulurkan bantuan kepada mereka. Jangan hitung kuantiti yang anda beri, tetapi ambil kira kualiti yang telah anda lakukan. Perkara yang anda lakukan ini mungkin tak seberapa di sisi anda tetapi besar nilainya di sisi mereka. Percayalah bahawa anda bakal menjadi boss yang hebat sekiranya anda mengambil berat 5 perkara ini.
Komen i:Insyaallah i akan buat...

Memimpin memerlukan kemahiran tertentu agar dapat memberikan kesan yang efektif kepada staff di bawah anda. Kemahiran juga memerlukan keyakinan dan pendekatan yang kreatif agar proses memimpin lebih mudah dan fleksibel kepada semua golongan yang menjadi sasaran pimpinan.Ketahui lebih lanjut bagaimana mahu menjadi seorang ketua atau boss yang dikagumi dengan mencontohi Akhlak Rasulluallah S. A. W


So i nak cakap yang banyak i tak buat kat atas tu...tapi Insyaallah i akan cuba buat yang terbaik agar peristiwa dulu takkan berulang lagi...eh doakan i oke....Daa

2 comments:

che fara a.k.a fanadz said...

hehe.saya bukan boss..tapi berharap dapat la boss macam ciri2 kamu sebutkan itu..

LaZYRDe said...

erm..susahkan nak jadi boss yang terbaik...huh..pening seketika...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...