Followers

Monday, August 22, 2011

Raya dah dekat oi!!

Salam readers, nak cakap ni raya dah dekat..dah siap ke untuk menyambut raya tahun ni..harap uols sentiasa bersederhana dalam menaymabut raya pada kali ni..hehe..tu je pun nak cakap sebab bz sikit buat report..argh.....

Thursday, August 11, 2011

Senduk Amy!!


Salam readers, suprise...amcam terkejut tak (sila tiru gaya eric)..haha...ok e untuk segmen pada pagi ni amy nak ajar uols buat Tom Yam!! erm..mesti sedap kan...hahaha....ok ini adalah tom yam tersebut...


Gambar sekadar hiasan


"Tom Yam merupakan sejenis sup yg terkenal bukan saja dari negara asalnya Thailand tetapi di seluruh dunia. Rasanya masam2 pedas dgn keharuman aroma dari herba yg digunakan seperti serai, daun limau purut, lengkuas, air limau nipis, sos ikan dan sebagainya" jadi mari kita mulakan dengan bahan-bahanya oke.."

BAHAN-BAHAN
  • 1/2 ekor ayam (di potong kecil).kalau tak tahan sangat nak sekor pon x pe
  • 200 g udang (buang kepala sahaja & digoreng sahaja, jangan curi2 makan lak)
  • 200 g daging( pastikan daging tu daging lembu k..)
  • bunga kubis (bukan bunga kertas taw)
  • lobak (potong panjang2)
  • tomato (potong 4)
  • daun limau purut 7 helai
  • serai 4 batang (di potong dan di ketuk)
  • bawang puteh (5 ulas di ketuk)
  • bawang besar (di potong panjang)
  • cili padi (ikut selera pedas masing2)
  • perencah tomyanm bertumis (bukan kiub tom yam)

CARA MEMBUATNYA
  •  tumis perencah tadi bersama bawang puteh dengan sedikit minyak sehingga garing
  •  masukkan ayam dan daging, gaul sehingga sebati.
  •  setelah sebati, biarkan selama 5 minit.
  •  masukkan air secukupnya dan tunggu hingga mendidih
  •  masukkan daun limau, serai dan garam,gula secukup rasa
  •  setelah ayam dan daging sudah masak, masukkan semua bahan yg belum di masukkan lagi..termasuklah udang yang telah di goreng dan tunggu 5 minit terus di hidangkan..
  • pastu dah siap..jangan terus makan pulak sebab kene tunggu waktu berbuka dulu taw..hehe
  • selamat mencuba korang!!
  • ok sehingga berjumpa lagi dalam SENDUK AMY!!awww!!




Wednesday, August 10, 2011

Lepas brekfes, nak tido la pulak...




Salam readers, amacam puasa tak hari ne?ke korang tengah sarapan?? hahah...daripada 10 yang i tanye mesti ade yang tak puasa kan...haha...sedey!!apepun bila tiba puasa je mesti ngantuk kan..bukan i je..kengkawan i semua cakap benda yang sama..kenapa ek?mesti uols nak tau kan daripada i yang bijak bistari kononnya..(padahal google je pun)..haha....


Antara sebab kita megantuk di bulan puasa adalah :


  • dah namanya puasa, harus lah tak boleh makan atau minum, bila dah tak boleh wat benda tu harus la tak tahu ape nak buat, lalu kita pun nak tido je la...
  • lagi satu, kita kan bangun awal sikit sebab nak sahur, tu yang ngantuk je bila siang hari...
  • Selain itu, berkurangnya kadar glukosa dalam darah yang membuat otak tu ingat nak tido jek

Ni i bagi cara-cara untuk hilangkan ngantuk pulak

  • kalau tak tahan sangat ngantuk tu pergi la cuci luka muka, tapi jangan ko minum air secara senyap2 lak...karang pahala x dapat, sakit perut yang dapat..muahaha
  • buat je senaman ringan seperti melompat2 riang, berlari2 anak ke asalakan tidak mengeluarkan peluh secara total atau dengan erti kata lain secara berlebihan.
  • next step korang g la keluar sekejap sambil menghirup udara segar, jangan pulak korang menghirup kopi ke asap ke ape ke..tau la bulan pose ni tak boleh merokok kan..hahaha
  • tak pun apa kata korang menolong sape2 je yang melintas depan mata korang, dah la dapat pahala, pastu boleh hilang ngantuk..jangan pulak korang bergosip dengan mak cik tu ke,kang kurang lak pahala puasa tu..
ok uols...dapat tak apa yang i nak cuba sampaikan ni.hopefully uols boleh la tahan sikit mengantuk tu walaupun i sendiri pon mengantuk ni..hahaha..btw selamat menunaikan ibadah puasa dengan hati yang ikhlas k..jangan nak gedik sangat la ponteng puasa..hehe..bye...

Tuesday, August 9, 2011

Finally....


Salam readers, tempohari i ada post pasal bilik i yang tengah direnovate..hehe..dah siap dah pun..sangat puas hati..mane taknya duit nye sama dengan harga yang puas hatinya pun adoi!!muahaha..apepunnak bagitau uols yang harga bilik ini adalah 3 juta je...eh silap lak...ko ingat ni penthouse ke hape...haha..x de la modal kecik je..yg penting mampu kan...apepun layan gambar sebelum dan selepas k..



 Selepas...

dan juga bilik air....

p/s: dah lama i idamkan bilik macam ni...akhirnya dengan usaha i dapat jugak..alhamdulillah...

Wednesday, August 3, 2011

FAKTA RINGKAS PUASA DI BULAN RAMADHAN PART 1

Allah telah mewajibkan umat Islam melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan semenjak bulan Sya’ban tahun 2 Hijrah berikutan turunnya ayat 183 Surah al-Baqarah, yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa…”.


Seterusnya Allah menegaskan dalam ayat 185 surah yang sama: “Bulan Ramadhan yang diturunkan al-Quran…”. Ayat tersebut turun tanpa sebab-sebab tertentu, tidak sebagaimana terjadi pada kebanyakan ayat-ayat ahkam (ayat yang berkenaan dengan hukum), yang turun setelah ada peristiwa-peristiwa tertentu yang terjadi pada Nabi SAW atau para sahabat.

Puasa di Bulan Ramadhan Adalah Salah Satu Rukun Islam
Sabda Rasulullah s.a.w.: “Islam didirikan atas 5 perkara, bersyahadah bahwa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan melaksanakan haji bagi yang mampu.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Maksud Puasa Ramadhan
Puasa dalam bahasa Arab disebut صيام Shiyâm atau صوم Shaûm yang bererti menahan dan tidak bepergian dari satu tempat ke tempat lain. Ibnu Mandzûr, pakar sejarah bahasa Arab mendefinisikan صوم Shaûm sebagai “hal meninggalkan makan, minum, menikah dan berbicara”. Perkataan رمضان berasal dari kata dasar رمض yang bererti “panas” atau “panas yang menyengat”. Ini kerana letaknya bulan Ramadhan pada musim panas yang terik. Jadi, maksud berpuasa di bulan Ramadhan ialah; menahan diri dari makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa pada bulan Ramadhan (bulan yang panas terik) kerana beribadah kepada Allah bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.

Bersahur Itu Berkat
Dari Amr bin ‘Ash r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda (yang ertinya): “Pembeza antara puasa kita dengan puasa Ahlul Kitab adalah makan sahur”. (Hadis Riwayat Muslim)
Dari Abdullah bin Al-Harits dari seorang sahabat Rasulullah s.a.w. bahawa aku masuk menemui Nabi s.a.w., ketika itu beliau sedang makan sahur, beliau bersabda yang ertinya: “Sesungguhnya makan sahur adalah barakah yang Allah berikan kepada kalian, maka janganlah kalian tinggalkan”. (Hadis Riwayat Nasa’i dan Ahmad)
Dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, yang ertinya: “Sahur itu makanan yang barakah, janganlah kalian meninggalkannya walaupun hanya seteguk air, kerana Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang bersahur”.


Tuesday, August 2, 2011

Kenangan Ramadhan...


1 ramadhan 2004

semester satu UPM ....kenangan itu...baru berkenalan dengan room mate...hari itu jugai balik ke rumah sebab final exam habis awal...dari KTM Serdang menaiki tren ke Seremban..masih ingat waktu itu...

1 ramadhan 2005

semester tiga UPM...bersahur bersama mate di bilik 192..masih segar diingatan macam mana nut2 kejutkan kami..tapi kami x bangun...tapi bila An kejutkan...i terus bangun..haha..selepas tu kami digosipkan..hehik

1 ramadhan 2006

semester lima UPM..tahun akhir di UPM...sahur yang penuh dengan gelak tawa...merakamkan video masa bersahur..haha...pertama kali mendapat nama BGV..haha..tu belang juga...dan ramadhan ini juga i terjatuh dari bukit sambil membawa payung dan semua melihatnya ketika hendak membeli juadah berbuka..begitu malu ni....

1 ramadhan 2007

semester pertama bergelar mahasiswa perubatan veterinar UPM...hampir mencapai matlamat...bersahur sorang2...seperti biasa tahun ni...sahur pada awalnya sahaja...

1 ramadhan 2008

semester tiga UPM...bersahur bersama mate...walau makan roti je kami bahagia...ingat lagi betapa malu berbuka bersama mereka...mereka masak i makan je..walaupun diri ini segan...tapi mereka amat baik..i suka kan cara dia..walau tidur i x lena sebab laptop dia tu!!sehari je berbuka sama dia..pastu berbuka di bilik orang lain...ingat lagi kuih tako..membeli juadah dengan menaiki motor MBM 2871...mula menyukai kuih Tako...nasi lemak ayam dara..hehik..mengenali juadah ini juga...

1 ramadhan 2009

i di sini..tak sangka perjalanan hidup i disini...betul kata mereka nothing is impossible...kita tak tahu apa yang akan terjadi suatu hari nanti...ia betul2 mengubah seluruh hidup i...hidup yang lebih baik hendaknya..walaupun hati ini pedih dan terluka...tapi di sebalik itu i pasrah dan cuba buat yang terbaik...semoga diri ini tabah..mereka tak tahu apa yang i rasa...perjalanan hidup ini betul2 tidak disangka..

1 ramadhan 2010

bersahur sorang-sorang..sedih sangat sebab sahur pertama dan berbuka sorang2 je..yang pasti i berjaya tak membeli juadah di bazar ramadhan dan i lebih suka memasak sendiri di rumah walaupun tak sedap pun i masak..haha...

1 Ramadhan 2011

Alhamdulillah..sehingga ke saat ini i masih mampu untuk beribadah kepadaNya...tahun ni i tolong mama i masak je untuk bebudak ni bersahur..mama i kan tukang masak kat kolej..so pukul 2 lagi dah bangun tolong hantar dan tolong buat apa yang patut...gembira sangat sebab dapat bersahur dan berbuka bersama mama tersayang...

 ne masa nak masak sayur...

 ne masa nak masak nasi ok...

jeng2..nasi dah masak!!


 ok dah siap potong dah sayur...

 eh terliur pulak tengok sayur ni..haha

ok...dah siap!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...