Followers

Thursday, August 11, 2011

Senduk Amy!!


Salam readers, suprise...amcam terkejut tak (sila tiru gaya eric)..haha...ok e untuk segmen pada pagi ni amy nak ajar uols buat Tom Yam!! erm..mesti sedap kan...hahaha....ok ini adalah tom yam tersebut...


Gambar sekadar hiasan


"Tom Yam merupakan sejenis sup yg terkenal bukan saja dari negara asalnya Thailand tetapi di seluruh dunia. Rasanya masam2 pedas dgn keharuman aroma dari herba yg digunakan seperti serai, daun limau purut, lengkuas, air limau nipis, sos ikan dan sebagainya" jadi mari kita mulakan dengan bahan-bahanya oke.."

BAHAN-BAHAN
  • 1/2 ekor ayam (di potong kecil).kalau tak tahan sangat nak sekor pon x pe
  • 200 g udang (buang kepala sahaja & digoreng sahaja, jangan curi2 makan lak)
  • 200 g daging( pastikan daging tu daging lembu k..)
  • bunga kubis (bukan bunga kertas taw)
  • lobak (potong panjang2)
  • tomato (potong 4)
  • daun limau purut 7 helai
  • serai 4 batang (di potong dan di ketuk)
  • bawang puteh (5 ulas di ketuk)
  • bawang besar (di potong panjang)
  • cili padi (ikut selera pedas masing2)
  • perencah tomyanm bertumis (bukan kiub tom yam)

CARA MEMBUATNYA
  •  tumis perencah tadi bersama bawang puteh dengan sedikit minyak sehingga garing
  •  masukkan ayam dan daging, gaul sehingga sebati.
  •  setelah sebati, biarkan selama 5 minit.
  •  masukkan air secukupnya dan tunggu hingga mendidih
  •  masukkan daun limau, serai dan garam,gula secukup rasa
  •  setelah ayam dan daging sudah masak, masukkan semua bahan yg belum di masukkan lagi..termasuklah udang yang telah di goreng dan tunggu 5 minit terus di hidangkan..
  • pastu dah siap..jangan terus makan pulak sebab kene tunggu waktu berbuka dulu taw..hehe
  • selamat mencuba korang!!
  • ok sehingga berjumpa lagi dalam SENDUK AMY!!awww!!




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...