Followers

Friday, October 14, 2011

salah ke kalau pakai??




Salam readers, i nak cerita pasal CONTACT LENSE..sebelum i nak cerita i kene bagitau korang yang kat luar kotak contact lense tu tak tertulis ok lelaki dilarang pakai...tak de kan..haha...so i pun pakai la..bermula tahun 2006 i dah start pakai..i ni jenis yang tak suka pakai spek..kalau pakai spek rasa macam skema sgt..haha..rasa ade benda je mengganggu kat mata...tapi baru2 ni i i cek power mata dah naik 200...dulu2 100 lebih je..so untuk mudah memang la pakai spek je senang...terus pakai je kan..tapi kalau nak pakai lense kene la jaga kebersihan tu..mesti selalu jaga lense dan pastikan solution yang kita pakai tu sesuai dengan mata kita. buat masa sekarang i pakai contact lense putih, grey dan jugak coklat.takkan nak pakai pink pulak..kang nanti ade yg salah faham.ala kalau kat luar negara tu ade je yang mata biru, x de pulak yang nak kecoh cakap lelaki tu jambu kan..haha..so bagi i dia adalah subjektif.untuk menutup mulut orang, memang lah tak boleh kan.tapi i selesa dengan cara i sekarang.Ade aku kisah..kau ade??haha..tapi ade juga hari yang sengal di mana kemalasan untuk pakai lense tu i pakai je la spek.kadang2 tak pakai2 pun sebab malas.hehe..setakat ni x la rabun sgt..power pun rendah lagi tu kan...tapi i tertarik dengan satu artikel persoalan ini...

Soal: Apakah hukum memakai kanta sentuh yang berwarna terutamanya bagi wanita?

Jawab:

Di sini kami suka untuk memetik fatwa dari Syeikh 'Atiyyah Saqr, bekas ketua Lajnah Fatwa al-Azhar:

"Saya fikir apabila seorang lelaki menggunakan kanta sentuh, mereka akan menggunakannya untuk tujuan perubatan. Maka tiada sebarang masalah mengenai hukum dalam perkara ini kerana kanta sentuh juga berfungsi seperti kaca mata. Apa jua hukum yang jatuh pada kaum lelaki (mengenai hukum kanta sentuh) maka hukumnya begitu juga pada kaum wanita. Walau bagaimanapun, apabila seorang wanita itu menggunakan kanta sentuh untuk tujuan memperlihatkan kecantikan dan menarik perhatian lelaki, maka ia adalah dilarang. Ia merupakan tabiat sesetengah remaja perempuan pada hari ini yang memakai kanta sentuh yang berwarna-warni dan memilih warna hijau untuk menarik perhatian and penampilan diri. Jadi, hukum di sini berdasarkan niat dan tujuan seseorang. Jika tujuan seseorang wanita itu adalah untuk menarik perhatian dan berunsur penipuan. Dalam hal yang demikian, memakai kanta sentuh berwarna adalah dilarang."

Syeikh Ahmad Kutty, Imam dan Pengarah Agama di Pusat Islam Toronto, berkata: "Syariah meliputi maslahah manusia melalui 3 bahagian,
-dharuriyat (tidak dapat hidup tanpanya),
-hajiyyat (keperluan) dan
-tahsiniyat (untuk memperelokkan).

Hukum-hakam syariah bertujuan untuk merealisasikan kehidupan manusia berdasarkan masalih ini. Mengenai hal memakai kanta sentuh berwarna bagi wanita, saya suka untuk mengajukan soalan ini: Adakah ia termasuk salah satu daripada 3 bahagian masalih itu tadi? Saya tidak dapat katakan ia dharuriyat, hajiyyat atau tahsiniyat. Maka saya tertanya-tanya mengapakah mereka perlu melakukan sedemikian rupa? Kosmetik moden zaman ini banyak bertujuan untuk mengubah ciptaan Allah pada manusia seperti mengubah warna mata. Allah telah mengurniakan kecantikan kepada wanita dan dia dapat berhias dan mempercantikkan diri di hadapan suami tanpa perlu melampaui batas atau melakukan sesuatu yang dianggap jelik di sisi syariah. Saya tidak kata memakai kanta sentuh berwarna ini adalah haram kerana ia tidak melibatkan sesuatu yang mengakibatkan warna mata itu berubah selama-lamanya. Tetapi saya dapat klasifikasikan ia sebagai berlebih-lebihan dalam memperindahkan diri yang mana ia tidak dianjurkan dalam Islam. Islam adalah satu agama yang menganjurkan kesederhanaan tidak menggalakkan perkara sedemikian rupa.

Syeikh Saleh Munajjid, seorang pensyarah dari Saudi, pula berkata: "Terdapat 2 jenis kanta sentuh:
1) Kanta sentuh ophthalmic : Digunakan untuk memulihkan penglihatan. Tidak mengapa menggunakan kanta sentuh ini dengan mendapat nasihat dari pakar.
2) Kanta sentuh berwarna : Ia dihukumkan sebagai bertabarruj (berhias). Jika dia memakainya untuk suami, maka tidak mengapa. Jika dia memakai untuk orang lain melihatnya, maka tidak boleh berlaku sebarang fitnah atau menarik perhatian orang. Ia juga tidak boleh membahayakan si pemakai dan tiada unsur-unsur penipuan. 

Waallahualam.

p/s: sumpah i pakai contact lense sebab rabun dan tak suka pakai spek..bukan untuk berhias taw..hehe

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...