Followers

Saturday, December 29, 2012

Sekitar 2012


Salam readers, 2012 hampir melabuhkan tirainya...ingat lagi tak post i yg dulu pasal 2010 dan 2011??kalau tak ingat ni dia..

TAHUN 2010

"salam readers, esok dah masuk tahun 2011 kan...apepun hari ni cuti...suka3...hehe...sepanjang tahun 2010 ni sebenarnya bagi i, adalah tahun yang cukup pahit untuk i...tapi ade juga manisnya..apepun biar i ceritakan serba sedikit rentetan kenangan di tahun 2010..."

- bulan 3 ditukarkan tempat kerja atas alasan yang tidak munasabah langsung...
- susah payah mencari rumah sewa di seremban
- sakit hati dengan jiran sebelah sebab selalu nak lebih2 parking
- jadi sebahagian orang penting SUKMA di Melaka
- di tuduh dengan satu kenyataan yang tidak dapat dilupakan
- ditukarkan sekali lagi ke jelebu atas alasan yang tidak munasabah bulan 9
- mempunyai staf yang bermasalah yang macam bagus...
- kakak berkahwin
- tak payah menyewa lagi kat seremban..
- beli motor baru untuk memudahkan ke tempat kerja
- akhirnya dapat juga menjelajah semua negeri di semenanjung...
- berjaya turunkan berat badan sebanyak 10 kg...
masa gemuk.....

kurus sikit kan...haha

 dan sekarang macam ni!!

oke..itulah sebahagian kenangan tahun 2010..sungguh sakit sebenarnya, tapi hidup ini perlu diteruskan..i cuba untuk jadi yang terbaik..untuk jadi kuat...dan tahun 2011 kalau boleh i dah tak nak bergantung pada orang lain.insyaallah i akan cuba buat yang terbaik. doakan i eh...i betul2 rasa sakit tahun ni ni....tahun 2011 banyak benda i perlu buat untuk jadi yang terbaik...insyallah....


TAHUN 2011

BERJAYA...


  • berat badan turun menjadi 68 kg berbanding tahun sebelumnya..maksudnya daripada 85kg jadi 68..wah sangat memberangsangkan..17 kg hilang...
  • mula berjogging di taman rekreasi..haha..tak sangka akan buat benda ni..
  • membeli motor LC baru untuk memudahkan ke tempat kerja..
  • laptop dah tak de sebab jual kat my Sis
  • My sis masuk UITM- asasi Law katanya..
  • yang bestnya My sis pregnant..2 orang lak tu
  • i dapat 2 orang anak buah dalam tahun ni.
  • i start sambung belajar balik...Mass Comm kot..haha
  • mencintai dan dicintai...haha..eh masuk jugak ke
  • Pc lak buat hal...tengah repair la ni...
  • hutang keliling pinggang..tak bayar2 lagi..haha..akan settlekan bulan 1 tahun 2012 ok..
  • kerjaya semakin baik..alhamdulillah..
  • dapat jugak bercuti kat Langkawi bersama BFF..best giler kot..
  • dapat naik Flight pertama kali walaupun dalam negara je kan..
  • dapat renovate bilik jadi cantik.part ni paling best sekali sebab akhirnya dapat jugak bilik idaman!!
  • berjaya tempah baju dan seluar jugak..kot sekali..tahun depan pun nak wat lagi la.

GAGAL...

  • Suka ponteng solat especially subuh..ala..akan improve next year
  • suka membazir..bila shopping je mesti nak beli baju ke seluar ke
  • tak berjaya kurangkan berat badan sampai 60kg..
  • suka sangat beli contact lense padahal bukan pakai sangat pun..
  • suka beli spec sampai 3 sekali setahun..haha...
  • suka sangat tak kemas almari baju..baju bersepah2...
  • mengaji tiap2 hari pun tak sempat, tapi tgk tv sempat je pulak kan..
  • lagu stacy- kisah dongeng tak dapat masuk Final AJL..:(
  • suka sangat menggedik beli hp baru padahal hp lama masih elok lagi...

so AZAM baru i adalah

  • beli hp BB dan juga iPhone
  • bayar hutang orang secepat mungkin
  • nak simpan RM1200 setahun
  • pergi kerja naik motor je, tak mahu naik kereta walaupun hujan lebat!!haha
  • simpan duit syiling sampai 10 tabung..hehe
  • nak kulit muka jadi putih dan licin
  • berjimat sikit, jangan nak membazir
  • nak pergi umrah bersama mama
  • solat lima waktu penuh!!
  • belanja mama makan kat hotel 5 bintang..
  • belikan hadiah kat semua adik beradik..
  • nak pasang aircond kat bilik..
  • nak cat rumah jadi cantik...
  • nak dapat dean list katanya..haha

ok lah korang..tu antara apa yang i dapat dan apa yang i gagal buat..i harap untuk 2012 i berjaya untuk buat semua azam2 i tu..doakan i k..bye...sayonara 2011...say hi to 2012...:)


TAHUN 2012

  • beli hp BB dan juga iPhone - berjaya membelinya pada tahun ni :) siap beli samsung note 2 lagi kan..haha
  • bayar hutang orang secepat mungkin - semua dah bayar kecuali hutang kereta, asb, tapi PTPTN x bayar lagi..achaner?? hahaha
  • nak simpan RM1200 setahun - berjaya simpan lebih dari tu -tapi dah habis sebab pegi Langkawi hari tu
  • pergi kerja naik motor je, tak mahu naik kereta walaupun hujan lebat!!haha - memang x boleh nak elak sebab kadang2 hujan..so terpkasa gak naik kereta :P
  • simpan duit syiling sampai 10 tabung..hehe - nampaknya misi ini gagal sebab hanya dapat kumpul 3 tabung aje :(
  • nak kulit muka jadi putih dan licin - masih sama kot..x cantik..hahaha
  • berjimat sikit, jangan nak membazir - memang tak boleh nak ubah tabiat ni.. nampak baju, kasut je terus beli..hahah
  • nak pergi umrah bersama mama - nampaknya kena postpone kot.. huhu
  • solat lima waktu penuh!!- erk..masih tak penuh..
  • belanja mama makan kat hotel 5 bintang.. - tak mampu lah..haha
  • belikan hadiah kat semua adik beradik.. -berjaya!!
  • nak pasang aircond kat bilik.. - mama hadiahkan aircond!!
  • nak cat rumah jadi cantik... - dah cat dah !!
  • nak dapat dean list katanya..haha - tak dapat pun :(
perkara best 2012
  • dapat anak buah 2 orang Fatini Farzana dan Alya Adriana
  • berjaya pergi langkawi dengan bff
  • berjaya lulus semua kursus dan exam untuk pengesahan jawatan
  • berjaya dapatkan phone impian walaupun berhabis banyak
  • menang pertandingan gambar raya MYEG dapat 200 hengget.. 
Kisah sedih 2012
  • Perselisihan faham dengan family yang menyebabkan konflik
  • berjaya maintainkan berat badan and now dah 65kg. tapi yang tak best tak capai misi 60kg :(
  • Pindah seremban, tapi tak jadi terus pindah semula
  • Hilang barang beharga yang lebih kurang RM3000 :(
  • Terkantoi dengan seseorang pasal sesuatu :(
ok..dah tengok kan susah senang i sepanjang 3 tahun kebelakangan ini..ada yang tercapai dan ada yang tak tercapai kan.. biasalah tu..kena kuatkan semangat nak capai semua benda-benda ni.ok untuk azam 2013 seperti di bawah ya..



TAHUN 2013

DIRI SENDIRI

  • Nak beli Laptop, kalau boleh Mac lah kan..
  • Simpan RM500 setiap bulan
  • Pergi Thailand dan Phuket
  • Kumpul duit syiling banyak-banyak (tapi x nak target berapa tabung)
  • Meneruskan misi untuk mendapatkan 60KG dengan hash tag #misi60kg
  • Mendapatkan kulit muka yang bersih dan cantik
  • Belajar berenang
  • Belajar bahasa mandarin
  • Mendaftar kat gym sebab nak badan tough katanya.haha

FAMILY
  • Belikan hadiah untuk semua family.
  • Nak pergi Vacation dengan family.
KERJAYA
  • Nak jadi pekerja yang baik dan rajin..erk..
  • Nak sah jawatan tahun 2013 jugak!!
  • Nak pergi kursus kat luar negara la pulak.
STUDY
  • Nak dapatkan Dean List.. 
  • Nak siapkan Assignment sebelum due date
  • Nak aktif dalam Iclass.

Tuesday, November 13, 2012

Repost : Happy Diwali



Salam readers, ape khabar..sihat kan...hehe...oke berbalik kepada tajuk entri oke...i ade kenangan untuk dikongsi bersama uols...


1)Masa tu usia i 6 tahun kot...i demam dan i bersama mak dan kakak i pergi ke klinik kesihatan Bahau untuk mengambil ubat, masa tu tunggu giliran, tunggu punya tunggu nama i pon dipanggil, dengan rasa yakin i pon pergi masuk, tetapi rupenya bukan nama i dipanggil, tapi nama LETCHUMI...haha...i pon berani pulak kan nak masuk sensorang padahal baru 6 tahun kan...sangat kelaka oke...samapi sekarang kakak2 i akan ketawa bila cerita pasal tu....

2)Masa i di Universiti Putra Malaysia 2 kali i menari untuk tarian india, pertama masa Malam Seri Perdana, dan kedua masa Malam Kebudayaan dan Kesenian Putra...uols nak tau dah la menari tak pakai baju...sangat malu oke..i yang x pandai menari ne berlatih seminggu je untuk mahirkan...alhamdulillah...berjaya....sangat pengalaman sebab kan semua yang tengok tu kaum india...haha....tapi sangat best....walaupun i tak berbaju...nasib tak kene banned sebab bukak baju kan...hahaha....

ne masa rhearsal jek...teka i mane....haha



Masa ne i dengan MC majlis....



3)Ne masa dah keje, i bergaduh dengan sorang india ne, huh, padahal x de benda pon, tapi sebab dia i kene pindah ke seremban, sangat sedih...tapi x pe la...itu buat i lebih kuat kot....apepun i ingin mengucapkan selamat hari deepavali buat yang menyambutnya....

Saturday, November 10, 2012

Welcome To The World Kitties...

Salam readers, dah lama rasanya i x update blog kan..bukan apa busy sikit kan..apepun i nak ucapkan selamat datang kepada anak-anak kucing i yang comel-comel belaka walaupun dayang senandung katanya...hahaha..kau hader?? apepun korang pernah tengok tak saat kucing nak beranak.. apa yang menariknya i tengok ok.. mesti korang rasa teruja kan..haha..walaupun i memang ada background dalam bidang haiwan ni, tapi i hanya x de lah sampai nak membidankan kucing tu kan..nama kucing i adalah lumina..nama grand kan?? hahaha...ok korang, apepun enjoy ya gambar-gambar di bawah.. daaa...

 Lumina dah mula tak selesa..cepat2 i cari kotak..

 macam sakit sangat dia meneran bagai..

 pling!! dah keluar seekor...

 ni nama dia citam..

 Pling lagi!! dah 2 ekor!!

 uri dia..

tadaaa... dah 3 ekor..tu je.. hehe

Tuesday, October 30, 2012

Kita berkenalan dalam laman muka buku






Salam readers, hari ni i nak cerita pasal laman sosial, bukanlah facebook semata-mata taw..ahaks..uols nak tahu tak banyak perkara yang terjadi sejak i gunakan facebook ni..kalau jumpa pasangan best gak kan..ahaks..apepun banyak perkara buruk daripada baik..

KEJADIAN 1 : Komen-komen pasal bola.tetiba ada sorang tu maki hamun.siap cakap kau dah kawin ke.kalau x kawin lagi jangan cakap pasal bola. eh apa kaitannnya dengan kawin..aku pun x paham.

KEJADIAN 2: tulis status lepas tu ada orang terasa.lepas tu mulalah block, dan unfollow, sampai aku dah tak tahan dan malas nak gaduh dengan kau, i pun  terus delete account twitter i.. retis tak?? hahaha

KEJADIAN 3: Tulis status sebab nak sakitkan hati i, ke i yang mudah terasa..haha

Kesimpulannya, banyak lah keburukan muka buku or laman sosial ni, tapi tak dinafikan banyak lagi perkara baik, contohnya, dapat info yang berguna, dapat tahu apa yang kawan-kawan kita buat kan, dapat tahu gosip terkini, hahaha...

Friday, October 19, 2012

KL Drift




Salam Readers, kenapa lah kan, sekarang ni malas betul nak tulis entri baru.Sebenarnya banyak kerja, assignement lagi.bukan tu sahaja, macam-macam lagi benda yang tak setel.Wah, tajuk entri kau buat orang takut je kan.takut ke..haha..apepun i nak tanya korang pernah tak alami situasi macam ni :

Situasi 1 : korang pandu kereta. sampai kat satu traffic light ni.konon-konon korang kereta kedua yang berhenti kat traffic light tu sebab dah warna lampu tu merah kan..bila hijau je korang pun nak jalan lah kan. tetiba ada satu kereta entah dari mana teru masuk mencelah depan korang.lepas tu korang mesti menyumpah orang tu tak henti2 sebab cilok jalan korang kan.lepas tu korang akan memaki hamun sampai lah kereta tu x de kat depan korang.pernah tak alami??

Situasi 2 : korang sedap2 jalan lurus, lepas tu tetiba je ada kereta keluar simpang, dengan kelajuan 10km/jam dan seolah-olah orang tu x de perasaan dan tak boleh tunggu korang lepas dulu walaupun belakang korang x de sape2..nampak tak permainannya..lepas tu acara maki memaki akan berlaku sehingga korang dapat potong kereta mangkuk ayun tu.

Situasi 3: korang bawak kereta dengan kelajuan 100km/jam. tetiba je ada kereta depan korang bawak 30km/jam.dia ingat laluan dia tu sekolah kot.lepas tu korang nak potong x dapat sebab ada kereta kat jalan sebelah.korang menyumpah dan memaki hamun sehingga dapat potong.

Situasi 4: korang jalan terus dan syok je bawak, tetiba ada lori atau bas depan korang.korang terpaksa ikut lori atau bas tu sampai korang sampai rumah dengan wajah yang kerut seribu..hahaha

Situasi 5: korang dalam situasi 3 tadi, tapi tetiba je ada kereta kat belakang korang potong tanpa bagi apa2 isyarat (kereta dia rosak kot signal) lepas tu ada kereta jalan sebelah, dengan tak semena-mena kereta tadi terus masuk depan korang tanpa bagi apa2 signal.korang rasa marah sampai tak sedar korang mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya..hahaha

I rasa mesti korang pernah alami situasi macam ni kan.memang siap lah kereta yang buat hal tu kan.i pun selalu alami situasi di atas diiringi dengan carutan sampai i puas hati.hahaha..sebenarnya memang sakit hati bila alami situasi macam ni.tapi apakan daya dah mentaliti orang Malaysia macam ni.nak buat macam mana kan.terima lah seadanya. nak cakap pun masing-masing dah besar panjang. susah nak cakap dengan orang yang tak de hati dan perasaan ni..haha..apepun tepuk dada tanya selera.. :) daaaa...

Thursday, October 4, 2012

Aku Suka Dia




Gambar adalah sekadar feeling #AdamDanHawa


Salam readers, i bukan lah peminat Ainan Tasneem, serius i tak suka dengar lagu Aku Suka Dia tu...hahaha...pengakuan kau...hahaha..ape yang i nak kongsi hari ni adalah...pernah tak korang alami situasi ni...

Situasi 1 : korang suka kat seorang ni, tapi dia macam tak suka korang... sekali je jumpa lepas tu senyap..

Situasi 2 : korang tak berapa nak berkenan dengan dia, tapi dia macam suka kat korang...

Situasi 3 : korang suka sama suka tapi jauh giler..contoh kat USA...

Situasi 4 : dia suka kat korang giler2..tapi ajak jumpa tak nak?

untuk pengetahuan korang, i pernah alami keempat-empat situasi di atas dan i tak tahu nak buat macam mana, bila i suka, dia tak suka, bila dia suka, i pulak x nak.. bila dah dua-dua suka jauh pulak..haish... pening seketika..ada yang boleh bagi cadangan?? 

Forever Love..

Salam readers, ramai yang bertanya kenapa i buat caller ringtone lagu tu?? hello... kau tak tengok facebook ke, kat tv pun dah keluar berita tu segala kan.. dah tentu sebab Shila Amzah yang bawak lagu tu.. lepas tu baru i kenal Lee Hom..hahaha...boleh?? tapi yang sebenarnya i suka Shila nyanyi lagu tu..dan2 terus carik lagu tu buat caller ringtone.. lepas tu ramai yang bertanya kenapa tukar lagu cina, ada GF amoi ke?? hahaha.. ok lupakan...hahaha ok lah i saja je nak share dengan korang lagu yang Shila Amzah bawak masa kat Asian Wave tu walaupun dah terlambat dan basi.. tapi ada i kesah?? blog i kan..hahaha


Friday, September 14, 2012

Sila pergi Tadika semula!!


*gambar sekadar hiasan


Salam Readers, pernah tak korang guna atau dengar ayat macam ni??

" Aq belum makan..ko dh mkn kew??
"wat pe jew"

i macam nak bagi pelempang je kat orang yang suka tambah-tambah huruf kat belakang tu...kat sekolah dulu kau belajar macam tu ke??pls lah..so annoying okay...i dah lama dah memang menyampah dengan ayat macam tu.baru-baru ni pulak boleh pulak ada sorang kenalan dalam facebook i tu guna ayat macam tu setelah di warning 100 kali..apa lagi kesudahannya kena blok terus lah kau kan.baru kau tahu..dah warning pun masih wat lagi kan...



ok..dah nampak kan macam mana gediknya minah ni komen kat status i..tak salah nak komen..i siap bagi warning lagi tapi dia dengan rasa tak bersalahnya terus komen dengan tambahan w di belakangnnya...kalau korang, korang rasa nak lempang tak??

Tuesday, September 11, 2012

Kampung Pening Lalat...

Salam readers, i rasa tak lama lagi i akan jadi orang kampung Pening Lalat kot..ye lah kan kelas dah nak bermula 22 September ni.. 




Tengok je lah kelas kali ni adalah sebanyak 7 kali ok..biasanya 5 kali, tak tahu kenapa semester agak padat ya..untuk semester ni i akan ambil 4 subjek iaitu




So, kesimpulannya silalah bertabah mengharungi assignment yang berlambak ya..hahaha...ok lah esok nak pergi bayar yuran pulak..nanti kang takut terlambat bayar pulak..ok bye..

Monday, September 10, 2012

Malam Pertama....

Amboi..tajuk entri kali ni agak kontroversi ok..hahaha..apepun i saja nak share kat korang yang i dah duduk rumah baru tu...well..tak tahu nak cakap macam mana sebab baru pertama kali kan..malam pertama katakan..hahaha...esok roomate akan duduk sekali dengan i...harap-harap roomate ok lah kan.. :)






Sunday, September 9, 2012

Pindah: Episod 2

Salam readers, hari sabtu lepas i dengan mama dan dedek telah pun pergi mengemas rumah banglo i tu..hahaha..banglo ke?? hahaha...apepun i nak ingatkan sikit kepada sesiapa kat luar sana kalau rasa-rasa kau sewa rumah tu, lepas tu kau nak blah, sila lah kemas rumah tu sikit, tak perlu kot nak tinggalkan apa-apa barang peninggalan kau kat rumah yang kau sewa tu..paham tak?? kalau rumah kau tak pe ok...mana tak hanginnya, dah la penat nak angkut barang-barang kita, lepas tu nak angkut barang orang lain pulak keluar..patut tak korang rasa?? apepun nak tak nak kenalah buat walaupun sakit hati sikit kan..alhamdulilah dalam beberapa jam dah siap basuh rumah tu...esok nak pasang langsir pulak dah... bila dah complete semua nanti i akan snap gambar ok.. daaaa...

 rajinnya...anak sape la ni kan...

 ok..buat-buat sapu..hahaha

 amboi..kerusi IKEA pun nak bawak ok..hahaha

astro tak nak bawak sekali ke..hahaha 

tilam tidak di lupa..haha

BREAKING NEWS!! dirompak???

Salam readers, ala, macam mana ni tetiba je i tengok tabung duit syiling i dah pecah.. penat je simpan duit bertahun-tahun...





Eh..acah je..haha..sebenarnya i yang pecahkan tabung tu untuk simpan dalam bank..dah 3 tahun simpan, hasilnya dalah RM186 ringgit tunai...hehe...ingat kan seribu ke..best sikit kan..tak boleh jadi ni..kena menyimpan lagi ni...apepun setelah 3 tahun menyimpan, ada lah jugak dapat hasilnya kan...so bila kat rumah baru nanti dah mula menyimpan semula..insyallah kalau ada rezeki lebih dapat lagi banyak...sape yang ada duit syiling tu kalau murah hati nak bagi, boleh je bagi kat i ok..hahaha...




 pandai tak i ambik gambar..padahal guna auto je kot..hahaha

 tengah kira

 banyaknya duit...hahaha


 ok..esok pergi bank...

Thursday, September 6, 2012

dah kaya ni, duk goyang kaki je lah kan..hahaha

Salam readers, i dapat 1 Juta kot..hepi giler...nak buat kenduri 7 hari 7 malam lah macam ni..hahaha



Tapi apakan daya itu hanyalah mimpi malam tadi..hahaha

Mahfum Firman Allah (Saba’:24)
Katakanlah: “Siapakah yang memberi rezeki kepada mu dari langit dan dari bumi?” Katakanlah: “Allah”, dan Sesungguhnya Kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata.


Pernah tak anda dengar atau cakap tentang perkara-perkara berikut??

Situasi 1 : Ala, ulat dalam batu pun boleh makan..inikan kita yang manusia ni...

Situasi 2 : Kalau dah bukan rezeki kita, masuk dalam mulut pun boleh keluar balik...

Situasi 3 : Eh, pinjam duit sikit, aku tengah kering ni..


Haaaa...rasanya korang mesti pernah dengar kan atau pernah alami sendiri... macam i lah untuk situasi 1 tu i pernah dengar dan i pernah jugak cakap pada diri i, walau tengah susah maanpun i percaya kalau kita berusaha mesti kita akan dapat hasilnya kan...tapi yang pastinya usaha kita tu ke arah kebaikan lah..jangan lah pulak meragut ke mencuri ke untuk dapatkan hasil, hasil dapat dosa pun dapat..hehe

Untuk situasi 2, selalu terjadi kat i, pernah i beli satu barang ni, memang dah beli, hati sangat suka sebab dapat miliki barang tu, tapi lepas pakai beberapa hari barang tu rosak..dalam hati i akan cakap mungkin tu bukan rezeki i kot...kadang nak sangat beli barang tu, tapi bila nak beli dah habis..x de rezeki lah tu kan...

Untuk situasi 3, i pernah alami, tapi kalau dah kering i akan cuba untuk meminjam daripada Ah long mama i lah..sape lagi..haha..bank bergerak namanya tu ok..kadang fikir balik macam duit selalu je tak cukup, gaji naik ke gaji sikit ke tetap sama. so kesimpulannya i percaya yang rezeki tu di tangan Allah. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya kan.memang la i selalu sangat berangan nak jadi orang kaya, tak payah nak fikir pasal duit segala ni. tapi pasti ada hikmah di sebalik tu kan. kalau rasa-rasa macam duit tak cukup je tu mungkin ada salah silapnya kat situ kan..i pun masih lagi mengkaji ke mana duit i pergi setiap bulan..haha..harap-harap boleh lah menguruskan duit i tu kan..

p/s : Amy, jangan lah asyik boros je beli barang yang tak perlu..(ingatkan diri sendiri)

Tuesday, September 4, 2012

Transformer...

Salam readers, kan best kalau tetiba je i ada satu kuasa macam Gopal yang boleh tukarkan benda jadi makanan, tak payah nak beli..haha..tak pun tukarkan barang tetiba je jadi barang yang kita nak ke kan..haha..tu lah dia kalau suka sangat tengok cerita dongeng kan..hahaha..i nak cerita, tadi i dah pergi tengok dan ukur langsir kononnya nak jahit siap..tapi mak i lah yang akan jadi mangsa..hahaha...so far rumah tu ok lah, cuma penyewa sebelum ni ada bil air yang tertunggak sebanyak seratus macam tu..ohmai, kena mintak dia setelkan dulu la kot, ingatkan senang je nak duduk rumah baru, angkat barang dan terus duduk, rupanya banyak benda lain yang nak kena buat..huhu..apepun tadi untuk kali kedua dah tengok rumah tu, ok lah kot.. harap-harap tak de masalah lah nanti kan..tunggu nanti i dah siap basuh rumah dan kemas rumah, nanti i akan hapdet kat korang okay?? bye...


ni dia...masuk je nampak terus ruang tamu
 ni tingkap yang tak de rel..terpaksa lah pakai dawai je kot.. :(
 nampak cantik kan..tunggu lepas i dah kemas ok!!

 paling tak suka sebab ada tingkap yang berbentuk bagai ni..susah tau nak pasang langsir nanti
 ni dapur dia.simple kan :)

 ni pulak toilet...

 dapur yang bersepah!!

 ni lah bilik yang i bakal duduk...
ada 4 tingkap..tapi tak suka tingkap dia sebab berbentuk..

siap almari dengan meja solek lagi ok.. :)

Monday, September 3, 2012

Bukan senang nak senang..

Salam readers, i nak tanya korang suka tak kalau rumah korang macam ni?


tak pun macam kat bawah ni??


Mesti orang terpegun kan..hahaha..apepun i nak sangat bilik yang cantik macam ni..tapi apakan daya kalau i sewa je rumah mana lah nak buat bilik yang cantik macam tu kan.. memandangkan i akan berpindah ke seremban bulan september ni, i akan menyewa quarters tempat kerja i je nanti.. so tak banyak lah yang boleh di ubah kan..tapi x pe.. i akan kumpul duit sikit nak pastikan bilik i sentiasa cantik..hehe.. rupa-rupanya susah jugak nak mohon quarters ni, bermula dengan nak cari kuci, kena isi borang bagai, pastu kena pergi mohon elektrik kat TNB bagai, memang susah sikit la untuk permulaan, dan hari ini semuanya dah setel, cuma kena basuh rumah tu dan angkut barang dari rumah lama ke rumah baru, cuma yang penting-penting je dulu i akan bawak. i nak bawak peti ais kot nanti, senang sikit nak masak ke simpan bahan basah ke kan.. apepun nanti i akan snap gambar rumah baru i tu sebelum dan selepas kemas, dah lah langsir tak de rel, tak tahu nak buat macam mana nanti.. nyampah...

Janji tak buat lagi tau..

Salam readers, sori lama dah tak hapdet, maklum ah agak sibuk sikit kebelakangan ini, nak berblogwalking pun tak sempat katanya. apapun i nak cerita pasal Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Negeri Sembilan yang telah diadakan pada 31 Ogos 2012, Jumaat lepas di padang Majlis Pembandaran Seremban. seawal jam 5.30 i dah keluar rumah untuk memastikan dapat parking kan, kang kalau lambat mesti kena parking jauh, dah lah nak berkawad kan nanti..agak lama jugak nak tunggu tetamu VIP datang, dekat 2 jam jugak kami berdiri, i ni memang tak suka nak berkawad ni, memang bukan jiwa i lah, masa sekolah dulu pun memang akan elakkan aktiviti seperti ini sebab memang tak suka..hahaha.tak sangka pulak kali ni tak dapat elak, nak tak nak kawad je lah walaupun kasut i kena pijak dan jalan macam apa tah...erm...sori lah kalau kehadiran i tu mencacatkan perbarisan tu..haha..ada aku kesah, sape suruh letak nama aku...hahaha.apepun ni merupakan pengalaman i kan...walaupun penat dan akhir sekali diorang bagi KFC 2 ketul..ok lah tu kan..

 nampak tangan i yang tetiba je kat bawah tu..hahaha..

 i kat belakang, saja malas nak enterprem..haha

 ni masa dah last2..berterabur kan

 apasal lah i pandang kamera macam tu..haha

kiri kanan kiri!!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...