Followers

Tuesday, July 31, 2012

Eh, tak batal ke puasa kau kalau kau.....




Salam Readers, apa khabar semua..haaa...pejam celik pejam celik dah masuk hari ke 11 kita berpuasa kan..korang macam mana? ada yang termiss tak puasa tu?? harap2 readers di luar sana puasa penuh ya.. eh over lak kan..hahaaha...apepun mesti macam ramai je nak tengok blog i ni sebab nak tau sangat batal ke puasa kalau....
.
.
.
.
.
.
.
.
BERSENAM
hahaha...saje je bagi korang cergas sikit bulan puasa ni kan..hehehe...kalau tak tak ceria pulak kan..senyum sikit...apepun uols cuba lah baca soalan dan jawapan yang i ambil daripada http://kevinzahri.com


Soalan Senaman, Pemakanan Pada Bulan Ramadhan
S : Bolehkah kita bersenam ketika berpuasa?
J : Ya, boleh tetapi ia bergantung kepada bentuk senaman. 


S : Bila boleh bersenam cardio?
J : Ya, terutamanya jika ia bertujuan untuk pembakaran lemak. Senaman cardio 30-45 minit sebelum berbuka adalah sesuai kerana selepas itu, anda dapat mengembalikan tenaga selepas berbuka.


S : Bagaimana pula dengan intensiti senaman?
J Kita melakukan untuk, bukan untuk performance. Kalau anda berasa pening atau kurang selesa, sila berhenti. Senaman tanpa air yang mencukupi bukan mudah.

S : Bagaimana pula dengan latihan pemberat (weight training)?
J : Adalah tidak digalakkan sebelum berbuka.


S  : Bagaimana kalau kita melakukan weight training semasa berpuasa?
J : Kalau anda bertegas hendak melakukannya, anda harus ingat badan anda tiada tenaga untuk senaman berat yang berkualiti dan badan anda akan memecahkan otot untuk sember tenaga.


S : Apa diet yang sesuai untuk berbuka?
 J : Seelok-eloknya makanan seimbang. Makan perlahan-lahan, ia mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk berasa kenyang.


S : Adakah kurma menggemukkan?
J : Ianya mengandungi gula, jadi elakkan pengambilan yang berlebihan dan jumlah kalori pula bergantung pada jenis dan saiz.

S : Adakah kita akan kehilangan berat badan semasa berpuasa?
J : Ya, semestinya.

S : Apakah jenis makanan yang sesuai semasa bersahur?
J : Ianya bergantung kepada keperluan dan kegemaran individu.


Sumber : Utusan Malaysia; http://kevinzahri.com

p/s: tapi kan rasanya bulan puasa lah yang berat i tak pernah nak turun..hahaha..apepun bagi korang yang rasa berat badan naik, ada masa lagi kot untuk kawal nafsu makan korang ketika nak berbuka tu, cuba makan sebelum kenyang, bukan dah kenyang baru berhenti kan..eh i ni membebel macam lah kurus sangat kan..hahaha...apepun itu sebagai peringatan untuk i jugak....

Monday, July 30, 2012

Sahabat selamanya...




Salam readers, i harap sempena bulan ramadhan al-mubarak ini kita semua diberkati dan dirahmati olehNya..kenapa tajuk i tetiba je kan sahabat selamanya?? okay, macam ni ceritanya, pada zaman dahulu, eh, bukan...hahaha... dia macam ni, 5 tahun lepas i ada sahabat, 10 tahun lepas pun i ada sahabat, kami juga pernah berjanji kononnya akan terus berhubung.. tapi lama-kelamaan tidak lagi berhubung, walaupun teknologi komunikasi semakin canggih. tak tahu di mana silapnya, mungkin itulah yang dinamakan teman tapi mesra..hehe..i akui i sangat ramai kawan, tapi kalau sahabat mungkin ada sorang dua je yang betul-betul memahami erti persahabatan ni. masa i belajar kat Universiti dulu adalah seorang dua sahabat, mungkin sebab masing-masing dah sibuk dengan hal masing-masing, so tak de lah nak jumpa, nak contact kan..ok i paham..i cuma kecik ati sikit je ok..hehe...mungkin diorang tengok i macam sombong, pendiam, tapi tak bermakna i ni macam tu.orang cakap dont judge a book by its cover kan...apepun i harap korang-korang yang nak jadi sahabat i tu boleh lah isi form kat bawah ni..haha..eh bajet retis pulak kan..x de lah.. sesaje je.. x batal puasa kan??hehe.. bye uols.. sehingga berjumpa dilain kali..

Friday, July 27, 2012

tak payah nak korek sangat lah!!



gambar sekadar hiasan

Salam Ramadhan semorang, hari ni i nak cerita sikit pasal hukum korek hidung atau telinga masa bulan puasa. i pun pernah buat jugak sebab tak tahan gatal katanya..hahaha... tapi menurut sumber dari encik google, secara asas, bila kita korek hidung atau telinga semestinya bila kita nak bersihkan rongga hidung dan telinga. Kadang-kadang bila terasa gatal yang amat. Berhati-hati bila korek telinga atau hidung, jangan sampai ke rongga dalam, kalau tidak puasa terbatal. so tak payah nak gatal sangat lah tangan tu korek hidung secara sengaja. buat penat je tahan lapar sepanjang hari sedangkan puasa korang dah terbatal. puasa ni bukan tahan lapar dan dahaga je, tapi banyak lagi kena tahan okay..selamat berpuasa korang!! 

Saturday, July 21, 2012

Fakta ringkas di bulan Ramadhan


Allah telah mewajibkan umat Islam melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan semenjak bulan Sya’ban tahun 2 Hijrah berikutan turunnya ayat 183 Surah al-Baqarah, yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa…”.


Seterusnya Allah menegaskan dalam ayat 185 surah yang sama: “Bulan Ramadhan yang diturunkan al-Quran…”. Ayat tersebut turun tanpa sebab-sebab tertentu, tidak sebagaimana terjadi pada kebanyakan ayat-ayat ahkam (ayat yang berkenaan dengan hukum), yang turun setelah ada peristiwa-peristiwa tertentu yang terjadi pada Nabi SAW atau para sahabat.

Puasa di Bulan Ramadhan Adalah Salah Satu Rukun Islam
Sabda Rasulullah s.a.w.: “Islam didirikan atas 5 perkara, bersyahadah bahwa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan melaksanakan haji bagi yang mampu.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Maksud Puasa Ramadhan
Puasa dalam bahasa Arab disebut صيام Shiyâm atau صوم Shaûm yang bererti menahan dan tidak bepergian dari satu tempat ke tempat lain. Ibnu Mandzûr, pakar sejarah bahasa Arab mendefinisikan صوم Shaûm sebagai “hal meninggalkan makan, minum, menikah dan berbicara”. Perkataan رمضان berasal dari kata dasar رمض yang bererti “panas” atau “panas yang menyengat”. Ini kerana letaknya bulan Ramadhan pada musim panas yang terik. Jadi, maksud berpuasa di bulan Ramadhan ialah; menahan diri dari makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa pada bulan Ramadhan (bulan yang panas terik) kerana beribadah kepada Allah bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.

Bersahur Itu Berkat
Dari Amr bin ‘Ash r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda (yang ertinya): “Pembeza antara puasa kita dengan puasa Ahlul Kitab adalah makan sahur”. (Hadis Riwayat Muslim)
Dari Abdullah bin Al-Harits dari seorang sahabat Rasulullah s.a.w. bahawa aku masuk menemui Nabi s.a.w., ketika itu beliau sedang makan sahur, beliau bersabda yang ertinya: “Sesungguhnya makan sahur adalah barakah yang Allah berikan kepada kalian, maka janganlah kalian tinggalkan”. (Hadis Riwayat Nasa’i dan Ahmad)
Dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, yang ertinya: “Sahur itu makanan yang barakah, janganlah kalian meninggalkannya walaupun hanya seteguk air, kerana Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang bersahur”.


Friday, July 20, 2012

Kenangan Ramadhan lama



1 ramadhan 2004

semester satu UPM ....kenangan itu...baru berkenalan dengan room mate...hari itu jugai balik ke rumah sebab final exam habis awal...dari KTM Serdang menaiki tren ke Seremban..masih ingat waktu itu...

1 ramadhan 2005

semester tiga UPM...bersahur bersama mate di bilik 192..masih segar diingatan macam mana nut2 kejutkan kami..tapi kami x bangun...tapi bila An kejutkan...i terus bangun..haha..selepas tu kami digosipkan..hehik

1 ramadhan 2006

semester lima UPM..tahun akhir di UPM...sahur yang penuh dengan gelak tawa...merakamkan video masa bersahur..haha...pertama kali mendapat nama BGV..haha..tu belang juga...dan ramadhan ini juga i terjatuh dari bukit sambil membawa payung dan semua melihatnya ketika hendak membeli juadah berbuka..begitu malu ni....

1 ramadhan 2007

semester pertama bergelar mahasiswa perubatan veterinar UPM...hampir mencapai matlamat...bersahur sorang2...seperti biasa tahun ni...sahur pada awalnya sahaja...

1 ramadhan 2008

semester tiga UPM...bersahur bersama mate...walau makan roti je kami bahagia...ingat lagi betapa malu berbuka bersama mereka...mereka masak i makan je..walaupun diri ini segan...tapi mereka amat baik..i suka kan cara dia..walau tidur i x lena sebab laptop dia tu!!sehari je berbuka sama dia..pastu berbuka di bilik orang lain...ingat lagi kuih tako..membeli juadah dengan menaiki motor MBM 2871...mula menyukai kuih Tako...nasi lemak ayam dara..hehik..mengenali juadah ini juga...

1 ramadhan 2009

i di sini..tak sangka perjalanan hidup i disini...betul kata mereka nothing is impossible...kita tak tahu apa yang akan terjadi suatu hari nanti...ia betul2 mengubah seluruh hidup i...hidup yang lebih baik hendaknya..walaupun hati ini pedih dan terluka...tapi di sebalik itu i pasrah dan cuba buat yang terbaik...semoga diri ini tabah..mereka tak tahu apa yang i rasa...perjalanan hidup ini betul2 tidak disangka..

1 ramadhan 2010

bersahur sorang-sorang..sedih sangat sebab sahur pertama dan berbuka sorang2 je..yang pasti i berjaya tak membeli juadah di bazar ramadhan dan i lebih suka memasak sendiri di rumah walaupun tak sedap pun i masak..haha...

1 Ramadhan 2011

Alhamdulillah..sehingga ke saat ini i masih mampu untuk beribadah kepadaNya...tahun ni i tolong mama i masak je untuk bebudak ni bersahur..mama i kan tukang masak kat kolej..so pukul 2 lagi dah bangun tolong hantar dan tolong buat apa yang patut...gembira sangat sebab dapat bersahur dan berbuka bersama mama tersayang...

 ne masa nak masak sayur...

 ne masa nak masak nasi ok...

jeng2..nasi dah masak!!


 ok dah siap potong dah sayur...

 eh terliur pulak tengok sayur ni..haha

ok...dah siap!!

1 Ramadhan 2012

Alhamdulillah..sehingga ke saat ini i masih mampu untuk beribadah kepadaNya...tahun ni hari pertama puasa jatuh pada hari Sabtu.so tak banyak persiapan yang perlu dibuat. tahun ni berpuasa dan berbuka bersama mama dan adik je. mama pula sudah tidak bekerja di Kolej. jadi kami akan banyak masa untuk diluangkan bersama. dalam pada masa yang sama bulan puasa ni i amek kesempatan untuk tidak makan nasi selama sebulan berpuasa. kalau mampu lah kan. bekerja mungkin akan membuatkan i lupa lapar dan dahaga. tak suka kalau puasa ada kat rumah sebab nanti akan boring tak tahu nak buat apa..hehe..apepun i harap tahun ni puasa i akan diberkati Allah. Amin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...