Followers

Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya

Salam readers, buat apa tu, tu tak lain tak bukan, makan ketupat dan rendang lah tu kan?? tak pun makan lemang kan?? hahaha... apepun Alhamdulillah.. akhirnya kita semua meraikan kemenangan kita selama sebulan berpuasa kan.. so sape rasa nak balas dendam sila makan dengan banyak di hari raya ini..hahaha.. apepun sebelum i meneruskan celoteh i yang panjang lebar ni, izinkan i untuk memohon ampun dan maaf kepada semua blogger yang i kenal, yang i tak kenal, sepanjang i berblogging ni.. sejak tahun 2008 kalau tak silap i.. apepun kita kosong kosong ong ong ong : ). sempena hari raya yang mulia ini i nak konsi 5 Terbaik Raya.. apakah itu?? mari kita lihat di bawah ini.. :) 

 












  • Suasana Hari Raya - Elina dan Anuar Zain
  • Sesuci Lebaran - Dato' Siti Nurhaliza
  • Pulanglah - Aishah
  • Ku Pohon Restu Ayah Bonda - Mamat
  • Halaman Asmara- Awie dan Ziana Zain



ok uols..tu antara 5 yang i plaing suka..anda pula bagaimana.. kalau nak dilistkan semua je i suka..hahaha..tapi bila mintak 5 tu je la yang i boleh bagi..apepun i nak ucapkan selamat hari raya kepada uols dan bergembiralah di hari raya ini.. tapi jangan nak gembira sangat..beringat-ingatlah ya..ok bye uols...



Saturday, August 18, 2012

Ramadhan pergi, Syawal dinanti

Salam readers, dah 29 Ramadhan kan.. puasa macam mana?? cuma nak ucapkan Selamat Hari Raya buat semua readers blog ini, dengan ucapan Maaf Zahir dan Batin :)


Friday, August 17, 2012

CARA-CARA PALING JELAS UNTUK MENGANYAM / MEMBUAT KETUPAT

Salam readers, siapa kata lelaki tak pandai makan anyam ketupat?? eh i mengaku tau yang i tak pandai!! hahaha...walaupun dah cuba seratus kali...hahaha.. i pernah cuba belajar, tapi tak menjadi..tetiba tadi ternampak pulak tutorial kat youtube ajar macam mana nak anyam ketupat, i kagum gila kot..macam mana lah senang giler dia buat, tapi i tak cuba lagi lah, nak raya nanti baru nak cuba tutorial dia ni..thanks lah sebab  buat tutorial yang sangat simple dan jelas k :)










Thursday, August 16, 2012

Warna Warni Aidilfitri

Salam readers, hari ni i nak cerita pasal kaler baju raya i setiap tahun.. seingat i lah, sejak dari dulu kami sekeluarga memang suka pakai baju sedondon katanya, ala-ala boria gitu kan..haha..memang kelaziman setiap tahun tu kami akan sibuk memilih material dan warna..bajet retis lagi kan..haha..cuma tahun ni je i tempah kat Jakel sebab murah..antara kaler baju yang pernah kami cuba adalah seperti di bawah.. sila lihat di bawah ya..:)

2012
Tema : Kelabu 
Designer : Tempah kat Jakel
(Baju dia lebih kurang macam ni lah..nanti kang kalau tunjuk x suprise..hehe)
Sumber Gambar : Encik Google :)

2011
Tema : Merah Mak Ngah Komtemporari Tajuk kau tak tahan
Designer : Jimmy Palikat  ( Tailor Kegemaran i)




2010
Tema : Ungunya Cinta
Designer : Victor, Seremban
(Baju ni dapat free masa Perarakan maulidur Rasul) :) 




 2009
Tema : Hijau Lumut di Tasik Madu
Designer : Beli dah siap



2008
Tema : Hijau Pucuk Pisang Nangka
Designer : beli dah siap jugak

2007
Tema : Pink gitew!!
Designer : Beli kat Depan Tesco Melaka
Maaf gambar dah hilang :(

2006
Tema : Ais Krim
Designer : Tempah kat Brass Max
Gambar tak de 

2005
Tema : Biru
Designer : Brass Max
Gamabr takde jugak

p/s: sebenarnya kan yang gambar tak de tu dulu sebab tak de kamera..haha, so tak de la gedik sangat nak ambik gambar bagai kan..hehe..

Wednesday, August 15, 2012

Mantai Aidil Fitri 2012

Salam readers, nampaknya pejam celik pejam celik dah nak menjelang hari raya kan, sebagai anak jati Negeri Sembilan ( tapi tak berapa nak reti cakap nogori) hahaha, wajib tahu yang setiap kali nak raya mesti ada satu acara yang dipanggil mantai, kalau kat negeri lain i tak pasti pulak. MANTAI tu kito adek beradek balik kampung mentedarah daging duo ari sobolum posa dan duo ari sobolum ghayo.. paham tak?? hahaha... so untuk menjayakan hari mantai, mestilah ada daging yang perlu dibeli kan...apepun sebagai jabatan pelaksana, jabatan i setiap tahun akan memikul tanggungjawab tersebut untuk menganjurkan hari mantai tersebut. sebelum hari mantai dijalankan, kami jawatankuasa Hari Mantai akan bermesyuarat dan memberikan kata sepakat untuk menetapkan harga yang sesuai.. So program ni akan di adakan pada malam 16 Ogos 2012 sehingga pagi 17 Ogos tu untuk makluman, bukan hanya daging lembu sahaja dijual, malah ada daging rusa, kambing, kerbau, ayam, itik, lemang, dan sebagainya. harga pulak semua gerai akan jual dengan harga yang sama, so nanti tak de lah berlaku kedai sebelah mahal, kedai tu murah sikit. so dengar citer tahun ni harga daging lembu sekilo RM18, tempatnya macam biasalah di Bekas Tapak Kem Paroi tu... so sape2 yang berminat cepat-cepatlah datang sehingga stok masih ada ya..hehe.. apepun i akan terlibat pada malam 16 Ogos tu untuk memantau je lah kot, bukan tolong menjual ya..hahaha... sesape nak jumpa i bolehlah jumpa i kat sana nanti.. bajet retis..harap-harap program ni akan berjalan dengan lancar lah nanti..


Ni masa Program Mantai semasa nak sambut ramadhan hari tu :)



ni baju jawatankuasa..pink gitew..haha..
pic pinjam kat Wani


Tuesday, August 14, 2012

Penyambung Legasi

Salam readers, tajuk tak menahankan.. kau ingat ni drama samarinda nak sambung legasi bagai..hahaha..apepun saje je kasi tajuk gempak sikit, baru lah orang nak baca kan..hahaha...sebenarnya i nak cerita pasal kad raya, mesti lah korang pernah dapat kad raya kan, dulu masa zaman kegemilangan memang serius banyak sangat kad raya dapat daripada peminat..sekarang dah tak laku satu pun tak de..haha, tapi pagi tadi masa kat opis, ada lah abang posmen tu hantar surat..sekali banyak jugak lah kad raya yang i dapat walaupun tak berapa nak kenal rapat dengan si penghantar kad tersebut.. btw, ini lah antara kad yang i dapat tu. so tajuk entri i kali ni ala-ala nak cakap i lah penyambung legasi bagi-bagi kad raya ni sebab tak ramai kot sekarang yang nak pergi pejabat pos, tampal setem, pastu pergi pos, sekarang ni setem pun 60 sen satu surat kan, lebih baik post kat FB je pastu tag sape2 je kan..hehe.. bye uols :)


 Antara kad yang baru dapat :)

ni kad raya daripada MB :)

ni daripada My Sis :)

Ni pulak daripada ADUN ..paling suka kad ni :)

Sahabat

Liriknya ringkas, bersahaja, tapi bila i dengar je terus teringat kenangan dulu bersama sahabat-sahabat i.. :)



Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka

setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh


Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku


Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu


Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku


Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku


Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku


Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku


Suka je dengar lagu yang didendangkan oleh Najwa Latif ni walaupun i tahu ada je yang tak suka dia, cakap suara dia flat lah, pitching lari lah, tapi ada aku kesah?? yang penting lagu yang disampaikan tu boleh diterima mesejnya..tak gitu?? hehehe... apepun sekarang ni memang susah nak cari sahabat dunia akhirat..sangat susah..sejak 4 tahun kebelakangan ni, i tak jumpa lagi yang betul-betul nak dengar kisah pahit..nak dengar kisah manis adalah.tapi apakan daya i terima je apa adanya. mungkin lah i ni tak sebaik orang lain, mungkin ada hikmahnya.. :)

p/s: tetiba je rasa sedih sebab pernah baik dengan seorang kawan, tapi bila masing2 dah bawak haluan, masing-masing sepi..semoga dia berjaya :)


Saturday, August 11, 2012

Anda buat anda dapat!!

Salam readers, hari ni i nak cerita pasal baju..i ni memang hobinya suka beli baju..tak kisah lah baju tu brand apa, asal nampak best je mula la beli..nak beli yang branded bukan lah anak orang kaya kan pakai swipe je kredit kad tu..hahaha..apepun masalahnya baju yang i beli tu kebanyakkan saiz XL, maklum lah sekarang ni baju semua kena pakai saiz S atau M..so nampaknya kena lah simpan dalam stor baju-baju saiz XL tersebut..tapi yang sayangnya banyak baju i tu i suka, tapi bila pakai geloboh la pulak kan..nak jual rasanya tak laku, nak bagi orang macam sayang pulak, nak derma tak tahu nak derma kat sapa.. so jawabnya duduk dalam stor je lah jawabnya..memang banyak, yang paling i sayang seluar dan baju batik yang i tempah, baju kot, seluar jean semua..aduh nak beli balik bukannya sikit nak pakai duit, kesimpulannya terpaksa lah i pakai baju yang ada je buat masa ni...kalau baju branded boleh jugak lah jual kat Mudah ke, Ebay ke..hahaha..apepun i rasa simpan dalam stor adalah jalan terbaik. mana lah tahu kan tetiba je jadi gemuk balik kan..hehe..ok lah korang, i nak pergi cari kotak untuk masukkan baju i ni..dah penuh kot stor tu dengan baju- baju i..hahaha :)


ni lah dia baju yang terpaksa di simpan dalam stor.. banyak lagi sebenarnya..tapi dah masuk stor :)

ni pulak baju yang boleh di pakai..kalau tak penuh almari..hehe

tinggal sikit ni je lepas dah pilih..jangan tertipu, ni sehari dua je cantik ni..pastu bersepah balik..hahaha

Terlajak perahu boleh diundur...





Salam readers, orang dulu dulu kata terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata ?? tu la..facebook tu dicipta bukan untuk mencari publisiti murahan dik, mesti korang ada dengar pasal seorang hamba Allah ni yang dengan konfidennya mahu memotong Anu nya kalau Pandelela Rinong mendapat sebarang pingat kan..i macam tak tahu apa motif mamat ni buat status macam tu, hai nak cari publisiti murahan ke? pastu tetiba je trending kat twitter kan..hahaha..lawak pun ada, so korang jangan lah buat benda-benda yang merepek macam tu ok..i pun ingatkan diri i jugak..ok korang bye :)

Friday, August 10, 2012

Anda telah terkena Panggilan hangit!!



Salam readers, puasa tak hari ni??hahaha..apepun nak gelak dulu sebab berjaya kenakan orang..hish..jahat betul lah i ni kan ade ke patut kenakan staff sendiri..sebenarnya dah lama i nak kenakan Kak Su ni..ye lah banyak sangat cakap..last2 kena panggilan hangit kan..hahah..sape2 yang belum dengar tu ni dia sedutan panggilan hangit tersebut..





tadi masa i pergi ke HQ, tersebar yang Kak Su kena panggilan hangit..hahaha..tak sangka la pulak kan lepas i emel kak Fara je terus dia buat PH tu hari ni jugak..bagi yang tak tahu lagi PH tu adalah satu rancangan mengenakan orang di Hot FM.. i ni memang pendengar setia Hot FM.. so setiap hari dengar panggilan hangit..so tergerak hati nak kenakan salah seorang staff i tu kan...reaksi dia bila kena tu memang hangin satu badan..hahaha...so di bulan ramadhan ni i nak mintak maaf lah kat Kak Su sebab kenakan anda.. jangan pulak i yang terkena sudah..hahaha..bye uols :)


Thursday, August 9, 2012

Ohmai!! Apakah ini??

Salam readers, sebenarnya dah lama i nak buat entri ni, tapi i macam takut sikit sebab nanti orang cakap i riak.. nanti tetiba je jadi balik macam dulu nanti orang ketawakan i.. hahaha.. apepun sebenarnya, i nak tunjuk satu gambar kat uols..jap eh...

















Nampak tak perbezaan gambar di atas dengan yang terkini tu.. sebenarnya bukan senang i nak jadi macam sekarang ni. banyak benda yang perlu i korbankan. makanan terutamanya. nak tahu tak sape idola i masa tak berapa nak kurus dulu, ia adalah kawan i masa i belajar kat UPM dulu dan juga Aizat yang popular dengan lagu hanya kau yang mampu tu..bila i tengok balik dulu-dulu tu memang serius rasa macam nak nangis sebab tengok betapa gemuknya i dulu. tapi mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi. mesti lah uols tengok gambar kat atas tu cakap wow, kurusnya, tapi uols tahu tak macam mana i buat sehinnggalah berjaya turunkan berat i tu, banyak benda i kena buat espcially kena jaga makan.i dengan makanan tak dapat dipisahkan tau..haha..tapi tu dulu, sekarang i dah lebih bijak memilih jenis makanan yang sesuai dengan i. i harap uols mendoakan i terus kekal sihat dan kurus je..boleh?? hahaha...



Sejarah Pemakaian Busana Melayu Lelaki

Salam readers, semasa i dalam perjalanan ke tempat kerja tadi, i terdengar satu saluran radio ini yang menceritakan pasal pemakaian sampin. So i pun google dan jumpa pasal sejarah pemakaian baju melayu, sampin dan sebagainya. so hari ni i nak kongsi dengan uols walaupun i google je pun..hehe..ok mari kita mulakan dengan baju melayu. 


Baju melayu dipercayai telah mula dipakai oleh orang Melayu sejak zaman Sultan Muhammad Syah memerintah Melaka (TM 1424-1444) iaitu lebih kurang 700 tahun yang lalu. Mengikut catatan dalam Sejarah Melayu oleh Tun Sri Lanang, di hikayatkan baginda pernah melarang rakyat memakai jubah (masa tersebut digelar’pakaian atas angin”, umpama pedagang Arab atau jubah China) Sebaliknya apabila baginda menunaikan fardu solat Hari Raya, baginda akan menyarung baju Melayu dahulu (dipakai cara sarung, lengkap dengan destar) Cuma apabila tiba di masjid barulah baginda mengena jubah (pakaian Atas Angin).Dalam teks Hikayat Hang Tuah pula diperikan memakai cara Melayu adalah termasuk segala peralatan pakaian kebesaran diraja ditambah dengan tingkah laku sopan yang selaras dengan pegangan Islam. Dalam sejarah melayu juga dikatakan bahawa baju melayu yang di pakai oleh rakyat melaka singkat dan sendat, tetapi seorang pembesar melayu telah memanjangkannya dan membesarkan pesaknya, maka terbentuklah baju melayu seperti sekarang.

ok.seperti yang uols tahu, baju melayu ni ada 2 jenis. iaitu :

i. Baju Melayu Cekak Musang


Baju Melayu cekak musang mempunyai 5 butir kancing. Menurut seorang bekas budayaawan dari UKM, dari segi entnografi sosiobudaya kancing itulah lambang keharmonian rumah tangga masyarakat melayu. Dua butir bertindih di bahagian atas ibarat kerukunan diantara pasangan suami isteri iaitu ayah dan ibu. Tiga butir di bawahnya melambangkan tiga orang anak mereka iaitu sulung, tengah dan bungsu. Namun budayawan Negara Pn Azah Aziz (Mak Engku) mempunyai pandangan yang berbeza. Beliau menyatakan ada falsafah di sebalik jumlah butir kancing di atas baju Melayu cekak Musang. Menurut beliau “ tujuh butir untuk kalangan bangsawan atau raja di istana.Dalam hal ini kita juga harus merujuk kepada sistem nombor, yang juga wujud dalam rekabentuk keris = berlok 3 - 11. Lok 11 ialah milik Sultan = pemerintah termasuk Ratu, lok 9 (Cik Siti Wan Kembang), lok 5 untuk bendahara dan anak-anak raja. Begitu juga tangga rumah Melayu dikira berurutan 3-9 mata. Bumbung perabung Masjid Kampung Laut 3-5 tingkat. Dalam Islam semua nombor hanya di kira dari 1- 9. Dalam kiraan ilmu keislamanan kita boleh merujuk langsung kepada 5 iaitu rukun Islam, atau 6 Rukun Iman. Jadi setujukah anda dengan jumlah butir baju Melayu Cekak Musang mengira jumlah 5 sesuai dengan pegangan kita, Rukun Islam.”Sesetengah Ulama Nusantara menyatakan bahawa falsafah Baju Melayu adalah selari dengan Agama Islam. Ini di buktikan dengan menyatakan bahawa 5 butir kancing melambangkan rukun Islam yang lima, 4 butir kancing melambangkan syariat, hakikat, tarikat dan ma’rifat dan bagi 3 butir pula ia membawa maksud Islam, Iman dan Ihsan.

                                                                           
                                                                                    

ii. Baju Melayu Teluk Belanga


Baju ini mula di perkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas sebagai ciri khas Johor khususnya pada abad ke-19. Ia juga dikatakan sejenis pakaian lelaki yang dikatakan telah direka oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1866 untuk meraikan perpindahan ibu negeri Johor dari Teluk Belanga di Singapura ke Johor Bahru. Walau bagaimanapun istilah ini akhirnya menjadi ciri khas masyarakat Melayu hingga disebut selengkapnya ‘Baju Melayu’.




Sampin


Sampin juga dipanggil sebagai ‘samping’yang berasal dari perkataan sampingan. Beza sampin dan kain sarung adalah sampin lebih pendek daripada kain sarung. Sampin biasanya dipakai oleh kaum lelaki Melayu bersama-sama baju Melayu dan seluar panjang. Sampin akan diikat di pinggang di sebelah luar, di atas baju dan seluar atau di sebelah dalam baju. Bahagian kaki sampin dilepas hingga ke lutut atau betis. Pada asalnya, sampin lelaki adalah panjang hingga ke buku lali dengan bahagian hadapannya disingkatkan bagi menampakkan seluar di bahagian dalamnya. Mengikut peredaran masa, sampin diikat dan dilipat sehingga ke paras lutut. Ia lebih digemari kerana ringkas dan selesa apabila dipakai.

Songkok


Mengikut sejarah, penggunaan songkok menjadi kebiasaan rakyat jelata di Kepulauan Melayu sekitar abad ke-13. Dikatakan berasal dari fez yang dipakai di Ottoman Turki. Ia menjadi simbol identiti Islam dan menjadi popular dikalangan India Muslim dan menurut pakar kemudiannya beransur menjadi songkok di Alam Melayu. Di Indonesia, songkok juga dikenali dengan nama peci. Di Negara lain seperi India,Pakistan dan Bangladesh, songkok turut dikenali dengan nama Rum (Topi).
Dari analisa dan sedikit penyelidikan, songkok (salah satu pakaian bangsa melayu) tidak dapat lari daripada di sinonimkan dengan Islam. Buktinya adalah sunat kaum Muslimin untuk menutup kepala baik ketika solat atau sebaliknya. Walaupun sebelum kedatangan songkok ke tanah jawi ini, umat Melayu lebih gemar berdastar atau tanjak, ini secara tidak langsung menunjukkan bangsa Melayu itu tetap mengikuti perkembangan semasa tanpa meninggalkan syariat, adat, adab dan budaya.

P/S: so tahun ni baju raya i kaler grey, teluk belanga, cuma sampin je yang tak cari lagi :)

Wednesday, August 8, 2012

#DLCW


Salam readers, biasalah adat permainan, mesti ada yang kalah ada yang menang, kalau dua-dua menang sape nak kalah pulak kan?? hehehe.. apepun i nak ucapkan tahniah kat DLCW sebab at least dapat pingat Perak kan.. eh macam dah basi pulak kan cerita ni..ade aku kesah.. blog aku kan.. suka i lah nak tulsi ape pun.. hahahahha.. apepun i macam terkilan sebab ade orang tu boleh kutuk DLCW depan2 pulak tu, kalau kau nak kutuk tak payah lah kot kat twitter bagai..kurang bijak di situ ok..apepun kau mampu ke pergi ke Final?? ok lah, bulan puasa tak perlu nak hangin satu badan ok..hahah..bye uols!!


p/s : sori Dato' tak sempat nak sambut ketibaan Dato kat Airport tempohari #bajetretis.. hahaha

Alhamdulillah ...

Salam readers, minggu lepas i dan family sempat untuk menjemput mak cik i yang baru je balik dari umrah.. Alhamdulillah dekat 4 jam kot kene tunggu..puasa pulak tu, betul2 menguji keimanan katanya..hahaha...lepas mak cik i dah sampai tu kitaorg pun terus je bergegas balik sebab petang tu ade majlis berbuka sempena meraikan mama i yang dah nak bersara kat Dewan Perdana Felda. huhu.. makanan sangat banyak, tapi tak larat nak makan semua kot.. apepun uols tengok je la pic yang sempat i snap oke.. bye korang :)


 sempat lagi ambik gambar dengan mama sementara tunggu makcik i..

 tengok je la..hehe


sempat lagi amek gambar dengan lemang..


yang baju hitam tu lah makcik i..

 ni masa otw nak pergi Iftar


congratz mama :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...