Followers

Wednesday, August 15, 2012

Mantai Aidil Fitri 2012

Salam readers, nampaknya pejam celik pejam celik dah nak menjelang hari raya kan, sebagai anak jati Negeri Sembilan ( tapi tak berapa nak reti cakap nogori) hahaha, wajib tahu yang setiap kali nak raya mesti ada satu acara yang dipanggil mantai, kalau kat negeri lain i tak pasti pulak. MANTAI tu kito adek beradek balik kampung mentedarah daging duo ari sobolum posa dan duo ari sobolum ghayo.. paham tak?? hahaha... so untuk menjayakan hari mantai, mestilah ada daging yang perlu dibeli kan...apepun sebagai jabatan pelaksana, jabatan i setiap tahun akan memikul tanggungjawab tersebut untuk menganjurkan hari mantai tersebut. sebelum hari mantai dijalankan, kami jawatankuasa Hari Mantai akan bermesyuarat dan memberikan kata sepakat untuk menetapkan harga yang sesuai.. So program ni akan di adakan pada malam 16 Ogos 2012 sehingga pagi 17 Ogos tu untuk makluman, bukan hanya daging lembu sahaja dijual, malah ada daging rusa, kambing, kerbau, ayam, itik, lemang, dan sebagainya. harga pulak semua gerai akan jual dengan harga yang sama, so nanti tak de lah berlaku kedai sebelah mahal, kedai tu murah sikit. so dengar citer tahun ni harga daging lembu sekilo RM18, tempatnya macam biasalah di Bekas Tapak Kem Paroi tu... so sape2 yang berminat cepat-cepatlah datang sehingga stok masih ada ya..hehe.. apepun i akan terlibat pada malam 16 Ogos tu untuk memantau je lah kot, bukan tolong menjual ya..hahaha... sesape nak jumpa i bolehlah jumpa i kat sana nanti.. bajet retis..harap-harap program ni akan berjalan dengan lancar lah nanti..


Ni masa Program Mantai semasa nak sambut ramadhan hari tu :)



ni baju jawatankuasa..pink gitew..haha..
pic pinjam kat Wani


15 comments:

Aidy Izzuddin said...

alamak.. sy xthu lak ad hari mantai hie..xjati la camni.. hehe
walau asal mmg n9 tpi lgsung xreti ckap nogori.. napo eh? napo? huhu :P

Secrets of A Teenage Girl said...

Hari mantai? Baru first time dgr ni.. hehe ;)

Amy Mraz said...

Aidy Izzuddin, serius tak tahu ke hari mantai tu?? kurang jati ya di situ..haha..btw memang tak reti sangat nak cakap nogori ni..tak tahu kenapa..hehe

Amy Mraz said...

Secrets of A Teenage Girl,jangan bantai sudeh..haha

adibahfaizah said...

oh. mantai ni kt nogori somiln je ke. ingt kan org kt ngri len taw bnde ni. eh pasai pa tak reti ckp nogori. sonang yooo. eh! hehe. slmt hri rye :)

effa said...

klu sy nak order daging rusa 4 kilo buleh ke?

Amy Mraz said...

adibahfaizah, hehe.. cakap nogori tu tau, tapi tak berapa nak fasih la org cakap..hehe

Amy Mraz said...

effa, daging rusa?? boleh je..datang je kat sana..insyallah ada :)

effa said...

ari jumaat mlm tu da start mantai-mantai ke? smpi kul bp..sy blk jumaat mlm..klu sempat buleh singgah beli daging rusa...

Amy Mraz said...

dia start malam ni dari kul 8 sampai kul 12 malam..esok sampai pukul 6 petang

effa said...

oo.klu camtu x sempat la nak g...x dpt la mkn dgg rusa....

Amy Mraz said...

ala siannya..effa duk mana ek?nak saya belikan ke dulu??

effa said...

rumah mak sy kat lubuk cina..awak keje veterinar negeri sembilan ye..kenal x nur ashikin dzulkifli..dia keje veterinar gak..
blh ke tolong belikan dulu...hehehehe

Amy Mraz said...

kenal..mcm tu suruh syikin belikan je la..lagi senang..hehe..awak kawan dia ke??

effa said...

dia biras saya..hehe..tp dia cuti nak bersalin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...