Followers

Thursday, August 9, 2012

Sejarah Pemakaian Busana Melayu Lelaki

Salam readers, semasa i dalam perjalanan ke tempat kerja tadi, i terdengar satu saluran radio ini yang menceritakan pasal pemakaian sampin. So i pun google dan jumpa pasal sejarah pemakaian baju melayu, sampin dan sebagainya. so hari ni i nak kongsi dengan uols walaupun i google je pun..hehe..ok mari kita mulakan dengan baju melayu. 


Baju melayu dipercayai telah mula dipakai oleh orang Melayu sejak zaman Sultan Muhammad Syah memerintah Melaka (TM 1424-1444) iaitu lebih kurang 700 tahun yang lalu. Mengikut catatan dalam Sejarah Melayu oleh Tun Sri Lanang, di hikayatkan baginda pernah melarang rakyat memakai jubah (masa tersebut digelar’pakaian atas angin”, umpama pedagang Arab atau jubah China) Sebaliknya apabila baginda menunaikan fardu solat Hari Raya, baginda akan menyarung baju Melayu dahulu (dipakai cara sarung, lengkap dengan destar) Cuma apabila tiba di masjid barulah baginda mengena jubah (pakaian Atas Angin).Dalam teks Hikayat Hang Tuah pula diperikan memakai cara Melayu adalah termasuk segala peralatan pakaian kebesaran diraja ditambah dengan tingkah laku sopan yang selaras dengan pegangan Islam. Dalam sejarah melayu juga dikatakan bahawa baju melayu yang di pakai oleh rakyat melaka singkat dan sendat, tetapi seorang pembesar melayu telah memanjangkannya dan membesarkan pesaknya, maka terbentuklah baju melayu seperti sekarang.

ok.seperti yang uols tahu, baju melayu ni ada 2 jenis. iaitu :

i. Baju Melayu Cekak Musang


Baju Melayu cekak musang mempunyai 5 butir kancing. Menurut seorang bekas budayaawan dari UKM, dari segi entnografi sosiobudaya kancing itulah lambang keharmonian rumah tangga masyarakat melayu. Dua butir bertindih di bahagian atas ibarat kerukunan diantara pasangan suami isteri iaitu ayah dan ibu. Tiga butir di bawahnya melambangkan tiga orang anak mereka iaitu sulung, tengah dan bungsu. Namun budayawan Negara Pn Azah Aziz (Mak Engku) mempunyai pandangan yang berbeza. Beliau menyatakan ada falsafah di sebalik jumlah butir kancing di atas baju Melayu cekak Musang. Menurut beliau “ tujuh butir untuk kalangan bangsawan atau raja di istana.Dalam hal ini kita juga harus merujuk kepada sistem nombor, yang juga wujud dalam rekabentuk keris = berlok 3 - 11. Lok 11 ialah milik Sultan = pemerintah termasuk Ratu, lok 9 (Cik Siti Wan Kembang), lok 5 untuk bendahara dan anak-anak raja. Begitu juga tangga rumah Melayu dikira berurutan 3-9 mata. Bumbung perabung Masjid Kampung Laut 3-5 tingkat. Dalam Islam semua nombor hanya di kira dari 1- 9. Dalam kiraan ilmu keislamanan kita boleh merujuk langsung kepada 5 iaitu rukun Islam, atau 6 Rukun Iman. Jadi setujukah anda dengan jumlah butir baju Melayu Cekak Musang mengira jumlah 5 sesuai dengan pegangan kita, Rukun Islam.”Sesetengah Ulama Nusantara menyatakan bahawa falsafah Baju Melayu adalah selari dengan Agama Islam. Ini di buktikan dengan menyatakan bahawa 5 butir kancing melambangkan rukun Islam yang lima, 4 butir kancing melambangkan syariat, hakikat, tarikat dan ma’rifat dan bagi 3 butir pula ia membawa maksud Islam, Iman dan Ihsan.

                                                                           
                                                                                    

ii. Baju Melayu Teluk Belanga


Baju ini mula di perkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas sebagai ciri khas Johor khususnya pada abad ke-19. Ia juga dikatakan sejenis pakaian lelaki yang dikatakan telah direka oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1866 untuk meraikan perpindahan ibu negeri Johor dari Teluk Belanga di Singapura ke Johor Bahru. Walau bagaimanapun istilah ini akhirnya menjadi ciri khas masyarakat Melayu hingga disebut selengkapnya ‘Baju Melayu’.




Sampin


Sampin juga dipanggil sebagai ‘samping’yang berasal dari perkataan sampingan. Beza sampin dan kain sarung adalah sampin lebih pendek daripada kain sarung. Sampin biasanya dipakai oleh kaum lelaki Melayu bersama-sama baju Melayu dan seluar panjang. Sampin akan diikat di pinggang di sebelah luar, di atas baju dan seluar atau di sebelah dalam baju. Bahagian kaki sampin dilepas hingga ke lutut atau betis. Pada asalnya, sampin lelaki adalah panjang hingga ke buku lali dengan bahagian hadapannya disingkatkan bagi menampakkan seluar di bahagian dalamnya. Mengikut peredaran masa, sampin diikat dan dilipat sehingga ke paras lutut. Ia lebih digemari kerana ringkas dan selesa apabila dipakai.

Songkok


Mengikut sejarah, penggunaan songkok menjadi kebiasaan rakyat jelata di Kepulauan Melayu sekitar abad ke-13. Dikatakan berasal dari fez yang dipakai di Ottoman Turki. Ia menjadi simbol identiti Islam dan menjadi popular dikalangan India Muslim dan menurut pakar kemudiannya beransur menjadi songkok di Alam Melayu. Di Indonesia, songkok juga dikenali dengan nama peci. Di Negara lain seperi India,Pakistan dan Bangladesh, songkok turut dikenali dengan nama Rum (Topi).
Dari analisa dan sedikit penyelidikan, songkok (salah satu pakaian bangsa melayu) tidak dapat lari daripada di sinonimkan dengan Islam. Buktinya adalah sunat kaum Muslimin untuk menutup kepala baik ketika solat atau sebaliknya. Walaupun sebelum kedatangan songkok ke tanah jawi ini, umat Melayu lebih gemar berdastar atau tanjak, ini secara tidak langsung menunjukkan bangsa Melayu itu tetap mengikuti perkembangan semasa tanpa meninggalkan syariat, adat, adab dan budaya.

P/S: so tahun ni baju raya i kaler grey, teluk belanga, cuma sampin je yang tak cari lagi :)

3 comments:

nur said...

oh.. baru tau.. thanks sharing..

selamat buat persediaan ye utk raya..

mahadzira said...

tq bro amy for the info..saya google jumpa page ini pasal jubah..terimakasih

penchuri hati said...

samat raya aji 2013 .... merdeka!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...