Followers

Friday, September 14, 2012

Sila pergi Tadika semula!!


*gambar sekadar hiasan


Salam Readers, pernah tak korang guna atau dengar ayat macam ni??

" Aq belum makan..ko dh mkn kew??
"wat pe jew"

i macam nak bagi pelempang je kat orang yang suka tambah-tambah huruf kat belakang tu...kat sekolah dulu kau belajar macam tu ke??pls lah..so annoying okay...i dah lama dah memang menyampah dengan ayat macam tu.baru-baru ni pulak boleh pulak ada sorang kenalan dalam facebook i tu guna ayat macam tu setelah di warning 100 kali..apa lagi kesudahannya kena blok terus lah kau kan.baru kau tahu..dah warning pun masih wat lagi kan...



ok..dah nampak kan macam mana gediknya minah ni komen kat status i..tak salah nak komen..i siap bagi warning lagi tapi dia dengan rasa tak bersalahnya terus komen dengan tambahan w di belakangnnya...kalau korang, korang rasa nak lempang tak??

Tuesday, September 11, 2012

Kampung Pening Lalat...

Salam readers, i rasa tak lama lagi i akan jadi orang kampung Pening Lalat kot..ye lah kan kelas dah nak bermula 22 September ni.. 




Tengok je lah kelas kali ni adalah sebanyak 7 kali ok..biasanya 5 kali, tak tahu kenapa semester agak padat ya..untuk semester ni i akan ambil 4 subjek iaitu




So, kesimpulannya silalah bertabah mengharungi assignment yang berlambak ya..hahaha...ok lah esok nak pergi bayar yuran pulak..nanti kang takut terlambat bayar pulak..ok bye..

Monday, September 10, 2012

Malam Pertama....

Amboi..tajuk entri kali ni agak kontroversi ok..hahaha..apepun i saja nak share kat korang yang i dah duduk rumah baru tu...well..tak tahu nak cakap macam mana sebab baru pertama kali kan..malam pertama katakan..hahaha...esok roomate akan duduk sekali dengan i...harap-harap roomate ok lah kan.. :)






Sunday, September 9, 2012

Pindah: Episod 2

Salam readers, hari sabtu lepas i dengan mama dan dedek telah pun pergi mengemas rumah banglo i tu..hahaha..banglo ke?? hahaha...apepun i nak ingatkan sikit kepada sesiapa kat luar sana kalau rasa-rasa kau sewa rumah tu, lepas tu kau nak blah, sila lah kemas rumah tu sikit, tak perlu kot nak tinggalkan apa-apa barang peninggalan kau kat rumah yang kau sewa tu..paham tak?? kalau rumah kau tak pe ok...mana tak hanginnya, dah la penat nak angkut barang-barang kita, lepas tu nak angkut barang orang lain pulak keluar..patut tak korang rasa?? apepun nak tak nak kenalah buat walaupun sakit hati sikit kan..alhamdulilah dalam beberapa jam dah siap basuh rumah tu...esok nak pasang langsir pulak dah... bila dah complete semua nanti i akan snap gambar ok.. daaaa...

 rajinnya...anak sape la ni kan...

 ok..buat-buat sapu..hahaha

 amboi..kerusi IKEA pun nak bawak ok..hahaha

astro tak nak bawak sekali ke..hahaha 

tilam tidak di lupa..haha

BREAKING NEWS!! dirompak???

Salam readers, ala, macam mana ni tetiba je i tengok tabung duit syiling i dah pecah.. penat je simpan duit bertahun-tahun...





Eh..acah je..haha..sebenarnya i yang pecahkan tabung tu untuk simpan dalam bank..dah 3 tahun simpan, hasilnya dalah RM186 ringgit tunai...hehe...ingat kan seribu ke..best sikit kan..tak boleh jadi ni..kena menyimpan lagi ni...apepun setelah 3 tahun menyimpan, ada lah jugak dapat hasilnya kan...so bila kat rumah baru nanti dah mula menyimpan semula..insyallah kalau ada rezeki lebih dapat lagi banyak...sape yang ada duit syiling tu kalau murah hati nak bagi, boleh je bagi kat i ok..hahaha...




 pandai tak i ambik gambar..padahal guna auto je kot..hahaha

 tengah kira

 banyaknya duit...hahaha


 ok..esok pergi bank...

Thursday, September 6, 2012

dah kaya ni, duk goyang kaki je lah kan..hahaha

Salam readers, i dapat 1 Juta kot..hepi giler...nak buat kenduri 7 hari 7 malam lah macam ni..hahaha



Tapi apakan daya itu hanyalah mimpi malam tadi..hahaha

Mahfum Firman Allah (Saba’:24)
Katakanlah: “Siapakah yang memberi rezeki kepada mu dari langit dan dari bumi?” Katakanlah: “Allah”, dan Sesungguhnya Kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata.


Pernah tak anda dengar atau cakap tentang perkara-perkara berikut??

Situasi 1 : Ala, ulat dalam batu pun boleh makan..inikan kita yang manusia ni...

Situasi 2 : Kalau dah bukan rezeki kita, masuk dalam mulut pun boleh keluar balik...

Situasi 3 : Eh, pinjam duit sikit, aku tengah kering ni..


Haaaa...rasanya korang mesti pernah dengar kan atau pernah alami sendiri... macam i lah untuk situasi 1 tu i pernah dengar dan i pernah jugak cakap pada diri i, walau tengah susah maanpun i percaya kalau kita berusaha mesti kita akan dapat hasilnya kan...tapi yang pastinya usaha kita tu ke arah kebaikan lah..jangan lah pulak meragut ke mencuri ke untuk dapatkan hasil, hasil dapat dosa pun dapat..hehe

Untuk situasi 2, selalu terjadi kat i, pernah i beli satu barang ni, memang dah beli, hati sangat suka sebab dapat miliki barang tu, tapi lepas pakai beberapa hari barang tu rosak..dalam hati i akan cakap mungkin tu bukan rezeki i kot...kadang nak sangat beli barang tu, tapi bila nak beli dah habis..x de rezeki lah tu kan...

Untuk situasi 3, i pernah alami, tapi kalau dah kering i akan cuba untuk meminjam daripada Ah long mama i lah..sape lagi..haha..bank bergerak namanya tu ok..kadang fikir balik macam duit selalu je tak cukup, gaji naik ke gaji sikit ke tetap sama. so kesimpulannya i percaya yang rezeki tu di tangan Allah. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya kan.memang la i selalu sangat berangan nak jadi orang kaya, tak payah nak fikir pasal duit segala ni. tapi pasti ada hikmah di sebalik tu kan. kalau rasa-rasa macam duit tak cukup je tu mungkin ada salah silapnya kat situ kan..i pun masih lagi mengkaji ke mana duit i pergi setiap bulan..haha..harap-harap boleh lah menguruskan duit i tu kan..

p/s : Amy, jangan lah asyik boros je beli barang yang tak perlu..(ingatkan diri sendiri)

Tuesday, September 4, 2012

Transformer...

Salam readers, kan best kalau tetiba je i ada satu kuasa macam Gopal yang boleh tukarkan benda jadi makanan, tak payah nak beli..haha..tak pun tukarkan barang tetiba je jadi barang yang kita nak ke kan..haha..tu lah dia kalau suka sangat tengok cerita dongeng kan..hahaha..i nak cerita, tadi i dah pergi tengok dan ukur langsir kononnya nak jahit siap..tapi mak i lah yang akan jadi mangsa..hahaha...so far rumah tu ok lah, cuma penyewa sebelum ni ada bil air yang tertunggak sebanyak seratus macam tu..ohmai, kena mintak dia setelkan dulu la kot, ingatkan senang je nak duduk rumah baru, angkat barang dan terus duduk, rupanya banyak benda lain yang nak kena buat..huhu..apepun tadi untuk kali kedua dah tengok rumah tu, ok lah kot.. harap-harap tak de masalah lah nanti kan..tunggu nanti i dah siap basuh rumah dan kemas rumah, nanti i akan hapdet kat korang okay?? bye...


ni dia...masuk je nampak terus ruang tamu
 ni tingkap yang tak de rel..terpaksa lah pakai dawai je kot.. :(
 nampak cantik kan..tunggu lepas i dah kemas ok!!

 paling tak suka sebab ada tingkap yang berbentuk bagai ni..susah tau nak pasang langsir nanti
 ni dapur dia.simple kan :)

 ni pulak toilet...

 dapur yang bersepah!!

 ni lah bilik yang i bakal duduk...
ada 4 tingkap..tapi tak suka tingkap dia sebab berbentuk..

siap almari dengan meja solek lagi ok.. :)

Monday, September 3, 2012

Bukan senang nak senang..

Salam readers, i nak tanya korang suka tak kalau rumah korang macam ni?


tak pun macam kat bawah ni??


Mesti orang terpegun kan..hahaha..apepun i nak sangat bilik yang cantik macam ni..tapi apakan daya kalau i sewa je rumah mana lah nak buat bilik yang cantik macam tu kan.. memandangkan i akan berpindah ke seremban bulan september ni, i akan menyewa quarters tempat kerja i je nanti.. so tak banyak lah yang boleh di ubah kan..tapi x pe.. i akan kumpul duit sikit nak pastikan bilik i sentiasa cantik..hehe.. rupa-rupanya susah jugak nak mohon quarters ni, bermula dengan nak cari kuci, kena isi borang bagai, pastu kena pergi mohon elektrik kat TNB bagai, memang susah sikit la untuk permulaan, dan hari ini semuanya dah setel, cuma kena basuh rumah tu dan angkut barang dari rumah lama ke rumah baru, cuma yang penting-penting je dulu i akan bawak. i nak bawak peti ais kot nanti, senang sikit nak masak ke simpan bahan basah ke kan.. apepun nanti i akan snap gambar rumah baru i tu sebelum dan selepas kemas, dah lah langsir tak de rel, tak tahu nak buat macam mana nanti.. nyampah...

Janji tak buat lagi tau..

Salam readers, sori lama dah tak hapdet, maklum ah agak sibuk sikit kebelakangan ini, nak berblogwalking pun tak sempat katanya. apapun i nak cerita pasal Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Negeri Sembilan yang telah diadakan pada 31 Ogos 2012, Jumaat lepas di padang Majlis Pembandaran Seremban. seawal jam 5.30 i dah keluar rumah untuk memastikan dapat parking kan, kang kalau lambat mesti kena parking jauh, dah lah nak berkawad kan nanti..agak lama jugak nak tunggu tetamu VIP datang, dekat 2 jam jugak kami berdiri, i ni memang tak suka nak berkawad ni, memang bukan jiwa i lah, masa sekolah dulu pun memang akan elakkan aktiviti seperti ini sebab memang tak suka..hahaha.tak sangka pulak kali ni tak dapat elak, nak tak nak kawad je lah walaupun kasut i kena pijak dan jalan macam apa tah...erm...sori lah kalau kehadiran i tu mencacatkan perbarisan tu..haha..ada aku kesah, sape suruh letak nama aku...hahaha.apepun ni merupakan pengalaman i kan...walaupun penat dan akhir sekali diorang bagi KFC 2 ketul..ok lah tu kan..

 nampak tangan i yang tetiba je kat bawah tu..hahaha..

 i kat belakang, saja malas nak enterprem..haha

 ni masa dah last2..berterabur kan

 apasal lah i pandang kamera macam tu..haha

kiri kanan kiri!!






Saturday, September 1, 2012

Amboi, bukan main lagi dia...

Salam readers, amboi Amy, beraya sakan ko ek..mentang-mentang lah raya sebulan..terus tak hapdet blog kan..hahaha...sebenarnya banyak masalah melanda lepas raya ni, macam-macamlah masalah kaedahnya..sekarang ni i tak berapa nak ada mood nak tulis entri baru, tunggu je lah kemunculan i tak lama je lagi ok..kepada fans2 i yang selalu stalk blog ni sila bersabar ek...hahaha..bye
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...