Followers

Tuesday, October 30, 2012

Kita berkenalan dalam laman muka buku






Salam readers, hari ni i nak cerita pasal laman sosial, bukanlah facebook semata-mata taw..ahaks..uols nak tahu tak banyak perkara yang terjadi sejak i gunakan facebook ni..kalau jumpa pasangan best gak kan..ahaks..apepun banyak perkara buruk daripada baik..

KEJADIAN 1 : Komen-komen pasal bola.tetiba ada sorang tu maki hamun.siap cakap kau dah kawin ke.kalau x kawin lagi jangan cakap pasal bola. eh apa kaitannnya dengan kawin..aku pun x paham.

KEJADIAN 2: tulis status lepas tu ada orang terasa.lepas tu mulalah block, dan unfollow, sampai aku dah tak tahan dan malas nak gaduh dengan kau, i pun  terus delete account twitter i.. retis tak?? hahaha

KEJADIAN 3: Tulis status sebab nak sakitkan hati i, ke i yang mudah terasa..haha

Kesimpulannya, banyak lah keburukan muka buku or laman sosial ni, tapi tak dinafikan banyak lagi perkara baik, contohnya, dapat info yang berguna, dapat tahu apa yang kawan-kawan kita buat kan, dapat tahu gosip terkini, hahaha...

Friday, October 19, 2012

KL Drift




Salam Readers, kenapa lah kan, sekarang ni malas betul nak tulis entri baru.Sebenarnya banyak kerja, assignement lagi.bukan tu sahaja, macam-macam lagi benda yang tak setel.Wah, tajuk entri kau buat orang takut je kan.takut ke..haha..apepun i nak tanya korang pernah tak alami situasi macam ni :

Situasi 1 : korang pandu kereta. sampai kat satu traffic light ni.konon-konon korang kereta kedua yang berhenti kat traffic light tu sebab dah warna lampu tu merah kan..bila hijau je korang pun nak jalan lah kan. tetiba ada satu kereta entah dari mana teru masuk mencelah depan korang.lepas tu korang mesti menyumpah orang tu tak henti2 sebab cilok jalan korang kan.lepas tu korang akan memaki hamun sampai lah kereta tu x de kat depan korang.pernah tak alami??

Situasi 2 : korang sedap2 jalan lurus, lepas tu tetiba je ada kereta keluar simpang, dengan kelajuan 10km/jam dan seolah-olah orang tu x de perasaan dan tak boleh tunggu korang lepas dulu walaupun belakang korang x de sape2..nampak tak permainannya..lepas tu acara maki memaki akan berlaku sehingga korang dapat potong kereta mangkuk ayun tu.

Situasi 3: korang bawak kereta dengan kelajuan 100km/jam. tetiba je ada kereta depan korang bawak 30km/jam.dia ingat laluan dia tu sekolah kot.lepas tu korang nak potong x dapat sebab ada kereta kat jalan sebelah.korang menyumpah dan memaki hamun sehingga dapat potong.

Situasi 4: korang jalan terus dan syok je bawak, tetiba ada lori atau bas depan korang.korang terpaksa ikut lori atau bas tu sampai korang sampai rumah dengan wajah yang kerut seribu..hahaha

Situasi 5: korang dalam situasi 3 tadi, tapi tetiba je ada kereta kat belakang korang potong tanpa bagi apa2 isyarat (kereta dia rosak kot signal) lepas tu ada kereta jalan sebelah, dengan tak semena-mena kereta tadi terus masuk depan korang tanpa bagi apa2 signal.korang rasa marah sampai tak sedar korang mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya..hahaha

I rasa mesti korang pernah alami situasi macam ni kan.memang siap lah kereta yang buat hal tu kan.i pun selalu alami situasi di atas diiringi dengan carutan sampai i puas hati.hahaha..sebenarnya memang sakit hati bila alami situasi macam ni.tapi apakan daya dah mentaliti orang Malaysia macam ni.nak buat macam mana kan.terima lah seadanya. nak cakap pun masing-masing dah besar panjang. susah nak cakap dengan orang yang tak de hati dan perasaan ni..haha..apepun tepuk dada tanya selera.. :) daaaa...

Thursday, October 4, 2012

Aku Suka Dia




Gambar adalah sekadar feeling #AdamDanHawa


Salam readers, i bukan lah peminat Ainan Tasneem, serius i tak suka dengar lagu Aku Suka Dia tu...hahaha...pengakuan kau...hahaha..ape yang i nak kongsi hari ni adalah...pernah tak korang alami situasi ni...

Situasi 1 : korang suka kat seorang ni, tapi dia macam tak suka korang... sekali je jumpa lepas tu senyap..

Situasi 2 : korang tak berapa nak berkenan dengan dia, tapi dia macam suka kat korang...

Situasi 3 : korang suka sama suka tapi jauh giler..contoh kat USA...

Situasi 4 : dia suka kat korang giler2..tapi ajak jumpa tak nak?

untuk pengetahuan korang, i pernah alami keempat-empat situasi di atas dan i tak tahu nak buat macam mana, bila i suka, dia tak suka, bila dia suka, i pulak x nak.. bila dah dua-dua suka jauh pulak..haish... pening seketika..ada yang boleh bagi cadangan?? 

Forever Love..

Salam readers, ramai yang bertanya kenapa i buat caller ringtone lagu tu?? hello... kau tak tengok facebook ke, kat tv pun dah keluar berita tu segala kan.. dah tentu sebab Shila Amzah yang bawak lagu tu.. lepas tu baru i kenal Lee Hom..hahaha...boleh?? tapi yang sebenarnya i suka Shila nyanyi lagu tu..dan2 terus carik lagu tu buat caller ringtone.. lepas tu ramai yang bertanya kenapa tukar lagu cina, ada GF amoi ke?? hahaha.. ok lupakan...hahaha ok lah i saja je nak share dengan korang lagu yang Shila Amzah bawak masa kat Asian Wave tu walaupun dah terlambat dan basi.. tapi ada i kesah?? blog i kan..hahaha


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...