Followers

Friday, October 19, 2012

KL Drift




Salam Readers, kenapa lah kan, sekarang ni malas betul nak tulis entri baru.Sebenarnya banyak kerja, assignement lagi.bukan tu sahaja, macam-macam lagi benda yang tak setel.Wah, tajuk entri kau buat orang takut je kan.takut ke..haha..apepun i nak tanya korang pernah tak alami situasi macam ni :

Situasi 1 : korang pandu kereta. sampai kat satu traffic light ni.konon-konon korang kereta kedua yang berhenti kat traffic light tu sebab dah warna lampu tu merah kan..bila hijau je korang pun nak jalan lah kan. tetiba ada satu kereta entah dari mana teru masuk mencelah depan korang.lepas tu korang mesti menyumpah orang tu tak henti2 sebab cilok jalan korang kan.lepas tu korang akan memaki hamun sampai lah kereta tu x de kat depan korang.pernah tak alami??

Situasi 2 : korang sedap2 jalan lurus, lepas tu tetiba je ada kereta keluar simpang, dengan kelajuan 10km/jam dan seolah-olah orang tu x de perasaan dan tak boleh tunggu korang lepas dulu walaupun belakang korang x de sape2..nampak tak permainannya..lepas tu acara maki memaki akan berlaku sehingga korang dapat potong kereta mangkuk ayun tu.

Situasi 3: korang bawak kereta dengan kelajuan 100km/jam. tetiba je ada kereta depan korang bawak 30km/jam.dia ingat laluan dia tu sekolah kot.lepas tu korang nak potong x dapat sebab ada kereta kat jalan sebelah.korang menyumpah dan memaki hamun sehingga dapat potong.

Situasi 4: korang jalan terus dan syok je bawak, tetiba ada lori atau bas depan korang.korang terpaksa ikut lori atau bas tu sampai korang sampai rumah dengan wajah yang kerut seribu..hahaha

Situasi 5: korang dalam situasi 3 tadi, tapi tetiba je ada kereta kat belakang korang potong tanpa bagi apa2 isyarat (kereta dia rosak kot signal) lepas tu ada kereta jalan sebelah, dengan tak semena-mena kereta tadi terus masuk depan korang tanpa bagi apa2 signal.korang rasa marah sampai tak sedar korang mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya..hahaha

I rasa mesti korang pernah alami situasi macam ni kan.memang siap lah kereta yang buat hal tu kan.i pun selalu alami situasi di atas diiringi dengan carutan sampai i puas hati.hahaha..sebenarnya memang sakit hati bila alami situasi macam ni.tapi apakan daya dah mentaliti orang Malaysia macam ni.nak buat macam mana kan.terima lah seadanya. nak cakap pun masing-masing dah besar panjang. susah nak cakap dengan orang yang tak de hati dan perasaan ni..haha..apepun tepuk dada tanya selera.. :) daaaa...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...