Followers

Thursday, January 31, 2013

You're Rubbish!!





Salam Readers.. mood hari semalam dan hari ini agak kurang sikit. maklumlah banyak benda nak fikirkan.. :(
apepun hari ni i nak cerita sikit tentang perjalanan kerjaya i setelah nak masuk 4 tahun bekerja. masih ingat lagi bulan 12 2008 i interview untuk Penolong Pegawai Veterinar di SUK Negeri Sembilan. Alhamdulillah memang senang dan terus dapat kerja pada bulan march 2009.

Pada mulanya i telah ditempatkan di Daerah Jempol Negeri Sembilan memandangkan ada kekosongan di situ. I memang culture shock sedikit sebab tetiba je kene kerja kat daerah sebab tak pernah kerja langsung pun sebelum ni even kerja kilang pon. so memang tak tahu prosedur kerja ke apa tah. tapi i belajar sedikit demi sedikit. tapi masa tu tahap keyakinan sangat zero sebab kena pergi meeting jumpa DO, YB Pengarah semua. semua keputusan diorang nak waktu tu jugak, kena pandai lah untuk berfikir dengan bijak. Nak dijadikan cerita i pulak tersilap langkah sebab bergaduh dengan seorang penternak.

Memang silap i la sehingga i ditukarkan atas sebab yang betul-betul tak dapat dielakkan. tak sampai 9 Bulan i ditukarkan ke bahagian kesihatan di Seremban. i memang sedih sangat masa tu sebab kena cari rumah sewa, kena duduk berjauhan dengan mama walaupun jempol dengan seremban tu hanya sejam je kot perjalanan. tapi disebabkan jalan nak ke seremban tu sangat lah membosankan i ambik langkah untuk menyewa di seremban dengan sewa serendah RM230 aje.murahkan.. walaupun tak la semewah orang lain. bila dah duduk seremban rutin hidup macam biasa je lah. sampai opis pukul 730 balik kul 5 petang. memang heaven la hidup sebab tak payah sangat nak fikirkan hal orang lain. fikir hal kat bahagian masing2 aje. tak perlu nak manage staff bagai kan. orang suruh buat itu kita buat. orang suruh buat ini kita buat, itu aje. malam duduk rumah tunggu nak kerja esok. agak membosankan lah jugak.. haha..

Tapi setelah 5 bulan i tengah sedap2 kerja dan baru nak selesa, 1 Oktober 2010, tetiba je dapat surat kene berpindah ke daerah jelebu pulak. masa tu i memang rasa nak nangis sebab tetiba je i kene tukarkan lagi. memang WTF lah masa tu kan.  dah la i baru je duduk seremban menyewa kat sana kan. apa lagi terpaksa lah berhenti menyewa dan duduk jempol semula dan berulang dari jempol ke jelebu 40 minit. mula-mula memang i tak suka duduk Jelebu tu sebab tau-tau je la jelebu tu ada YB itu dan ini. semua program kita kena handle dan attend. memang pening kepala sangat sebab kena buat semua tu ditambah dengan masalah staf yang buat perangai. bila dah duduk daerah ni kita yang kena jadi ketua tu yang payah sikit. i ambik masa lebih setahun untuk kembalikan keadaan itu kepada normal. Alhamdulillah tahun 2012 i rasa tahun yang bermakna buat i sebab i dapat manage daerah jelebu tu dengan baik. banyak perubahan yang i boleh nampak.

Tahun 2013 pulak i baru je nak rasa selesa dengan keadaan itu, tetiba dapat surat bertukar ke Bahagian Regulatori. kali ni tak tahu sebab apa tetiba je kena pindah. kau mampu kerja tak sampai 4 tahun merata tempat kau kena tukar. paham je la mak cik mak cik mulut longkang kat jabatan i tu memang tak sayang mulut kan. kau ingat aku sampah ke nak campak sana sini bila nak kau ambik bila tak nak kau buang sana sini kan. i x de masalah kalau nak tukar pun sebab kalau nak tukar pun dalam Negeri Sembilan je pun.

Tapi yang paling benci bila nak cari rumah sewa bagai. kau boleh la cakap ala berulang je la. jempol dengan seremban tu sejam je. cuba kau kat tempat aku, duit minyak lagi, duit maintainance kete lagi. kau ingat kete tu tak payah nak servis? tayar tu kekal tebal je? lepas tu kau ingat jalan nak ke seremban tu macam highway terus tekan pedal minyak je dah sampai? sebab tu lah i kene cari rumah sewa jugak walaupun terpaksa berjauhan dengan Mama. saat-saat ni memang i sedih sangat nak tinggalkan bilik i yang cantk ni. haha.. apepun dah arahan i terima je walaupun dalam hati ni mengamuk sakan. sape lah i ni kan hanya kuli aje. kalau VIP boleh la jugak kan..ahaks..memang tengah frust sekarang. dah la rumah kat seremban tu mahal nak mampos. aku makan megi je la kalau nak sewa kat seremban. nak duk quarters pulak dah penuh. aku rela duduk bawah jambatan daripada berkongsi duk quarters dengan org yang aku tak kenal..hahaha.. apepun sekarang ni jiwa tengah kacau dan memang sangat stress. ditambah pulak dengan demam lagi.. memang tak de mood langsung oke.. doakan lah i berjaya untuk dapat rumah sewa dan kekal duduk di seremban sampai pencen.. haha.. malas nak berpindah randah macam org nomad dah.. 

Wednesday, January 30, 2013

Langkawi 2013.

Salam Readers, bulan december 2012 hari tu i ada pergi langkawi kan bersama BFF i.. Tapi untuk 2013 sekali lagi i berkampung di bumi bertuah Langkawi untuk bercuti sekali lagi.kali ni pergi dengan Family pulak seramai 10 rang termasuk Fatini dan Alya. gembira memang lah gembira kan.tapi penat yang teramat sangat. kami pergi 23 sampai 27 Januari lepas. memang seronok.

Hari Pertama


  • Bertolak dari PJ jam 11 Malam dan sampai 6 Pagi.
  • Kami parking kereta kat rumah kawan i dekat je dengan jeti.
  • Terus naik feri pukul 7 pagi ke Langkawi.
  • Sampai Langkawi terus check in kat Homestay yang kami booking tu.
  • Petang tu terus pergi Idaman Suri dan juga Haji Ismail tengok-tengok barang dulu.


Hari Kedua

  • Pergi naik Cable car (alhamdulillah antara yang terawal dan tak perlu nak bertaur sangat)
  • Lepas tu pergi Underwater World pulak.
  • Lepas tu pergi jalan-jalan sekitar kedai sepanjang Pantai Cenang
  • Balik rumah masak dan tido sebab penat sangat :)


Hari Ketiga

  • Pergi Island Hopping setengah hari
  • Pergi makam Mahsuri
  • Lepas tu pergi Dataran lang ambik gambar bagai.
  • Lepas tu pergi shopping terus kat jetty Point dan Idaman Suri sampai malam
  • Malam masak-masak makan dan packing barang sebab esok dah nak balik.
Hari keempat
  • Bersiap nak balik
  • Sarapan dulu
  • Terus ke jeti pulangkan kereta yang kami sewa
  • Terus beli tiket feri pukul 10.30 pagi
  • Naik feri dan sampai di jeti Kuala Perlis
  • Terus pergi padang besar shopping lagi
  • Sampai PJ pukul 2 Pagi.

p/s:
  • Disebabkan ini kali pertama i naik feri sangatlah tak suka sebab macam-macam bau ada
  • Kena bersempit2 dengan orang lagi
  • Kena beratur panjang nak beli tiket feri
  • Ttiket memang lah murah tapi kene pergi jeti kuala perlis tu menyebabkan penat sangat
  • Lepas dah mendarat tu kalau barang kau banyak kau kena sewa troli seringgit satu troli
  • Kalau kau beli barang kat Idaman Suri atau haji ismail pastikan kau buang plastik dia dan nyorokkan pinggan mangkuk yang kau beli tu sebab nanti kastam akan cek bagai. kitaorang dah kena sebab tak pernah naik feri kan.
  • Suasana dalam feri tu tersangatlah bising dan memualkan serta serabut
  • Kalau nak sewa kereta cari lah penyewa yang betul2 berdaftar
  • Jangan lah cari penyewa yang dok tunggu kau kat jeti tu sebab kereta diorang tersangatlah teruk!!
  • Kalau nak pergi Langkawi pergilah hari orang tak berapa nak ramai sangat ok. hahaha

 Ni masa mula-mula sampai jeti Langkawi

 masa kat Cable car



 antara barang yang dishopping..hahah

 rambang mata uols!!

 Ni Pulau Dayang Bunting

 Island Hoping



 nilah barang kami sebenarnya..hahaha

sempat lagi beli perfume.. hahaha




Geng Sampol!!





Salam readers, kali ni i nak cerita pasal geng sampol.. Apakah?? hahaha. sebenarnya macam ni.. seperti kebiasaannya Jabatan kami akan mengadakan perhimpunan bulanan untuk staff di jabatan kami. selalunya setahun adalah dalam 4 atau 5 kali diorang buat perhimpunan bulanan ni untuk mendengar amanat daripada pengarah kami dan juga berita terkini dan sebagainya. kebetulan pulak hari tu i memang free untuk datang ke perhimpunan tersebut. masa amanat daripada pengarah, pengarah ada memilih 6 orang staf yang dirasakan menunjukkan peningkatan dalam bidang kerjaya. dan antara 6 orang itu adalah i. dan i sangat terkejut kerana terpilih. tapi tak tahu lah macam mana pemilihan tersebut dibuat. tapi i rasa bertuah dan bersyukur sangat. Alhamdulillah..itu je yang mampu i cakapkan buat masa ni. tapi rasa macam besalah dengan kawan-kawan yang lain sebab rasa macam tak adil sebab pengarah bagi 6 orang je. yang penting lepas tu i diusik oleh rakan-rakan sebagai geng sampol sebab dapat sampol daripada pengarah.. hahaha.. apepun itu kenangan termanis untuk permulaan 2013 ini. harapnya kenangan manis ini akan berterusan untuk tahun 2013 ini. Amin..

Thursday, January 17, 2013

kau mampu??


Salam..ingat lagi tak pasal post i pasal hari merdeka tahun lepas yang i pasrah kene masuk kawad tu..kalau tak ingat ni post dia..


Salam readers, sori lama dah tak hapdet, maklum ah agak sibuk sikit kebelakangan ini, nak berblogwalking pun tak sempat katanya. apapun i nak cerita pasal Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Negeri Sembilan yang telah diadakan pada 31 Ogos 2012, Jumaat lepas di padang Majlis Pembandaran Seremban. seawal jam 5.30 i dah keluar rumah untuk memastikan dapat parking kan, kang kalau lambat mesti kena parking jauh, dah lah nak berkawad kan nanti..agak lama jugak nak tunggu tetamu VIP datang, dekat 2 jam jugak kami berdiri, i ni memang tak suka nak berkawad ni, memang bukan jiwa i lah, masa sekolah dulu pun memang akan elakkan aktiviti seperti ini sebab memang tak suka..hahaha.tak sangka pulak kali ni tak dapat elak, nak tak nak kawad je lah walaupun kasut i kena pijak dan jalan macam apa tah...erm...sori lah kalau kehadiran i tu mencacatkan perbarisan tu..haha..ada aku kesah, sape suruh letak nama aku...hahaha.apepun ni merupakan pengalaman i kan...walaupun penat dan akhir sekali diorang bagi KFC 2 ketul..ok lah tu kan..

 nampak tangan i yang tetiba je kat bawah tu..hahaha..

 i kat belakang, saja malas nak enterprem..haha

 ni masa dah last2..berterabur kan

 apasal lah i pandang kamera macam tu..haha

kiri kanan kiri!!






dan hasilnya kami telah mendapat tempat kedua dalam perbarisan tersebut..eh macam tak sangka sangat ok..memang tak sangka yang kami akan dapat tempat kedua.. haha.. tempat pertama as usual adalah SUK..huh.. tempat kedua kami dan ketiga Jabatan penjara. :) happy sangat sebab dapat hadiah RM2000 :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...