Followers

Wednesday, January 30, 2013

Langkawi 2013.

Salam Readers, bulan december 2012 hari tu i ada pergi langkawi kan bersama BFF i.. Tapi untuk 2013 sekali lagi i berkampung di bumi bertuah Langkawi untuk bercuti sekali lagi.kali ni pergi dengan Family pulak seramai 10 rang termasuk Fatini dan Alya. gembira memang lah gembira kan.tapi penat yang teramat sangat. kami pergi 23 sampai 27 Januari lepas. memang seronok.

Hari Pertama


  • Bertolak dari PJ jam 11 Malam dan sampai 6 Pagi.
  • Kami parking kereta kat rumah kawan i dekat je dengan jeti.
  • Terus naik feri pukul 7 pagi ke Langkawi.
  • Sampai Langkawi terus check in kat Homestay yang kami booking tu.
  • Petang tu terus pergi Idaman Suri dan juga Haji Ismail tengok-tengok barang dulu.


Hari Kedua

  • Pergi naik Cable car (alhamdulillah antara yang terawal dan tak perlu nak bertaur sangat)
  • Lepas tu pergi Underwater World pulak.
  • Lepas tu pergi jalan-jalan sekitar kedai sepanjang Pantai Cenang
  • Balik rumah masak dan tido sebab penat sangat :)


Hari Ketiga

  • Pergi Island Hopping setengah hari
  • Pergi makam Mahsuri
  • Lepas tu pergi Dataran lang ambik gambar bagai.
  • Lepas tu pergi shopping terus kat jetty Point dan Idaman Suri sampai malam
  • Malam masak-masak makan dan packing barang sebab esok dah nak balik.
Hari keempat
  • Bersiap nak balik
  • Sarapan dulu
  • Terus ke jeti pulangkan kereta yang kami sewa
  • Terus beli tiket feri pukul 10.30 pagi
  • Naik feri dan sampai di jeti Kuala Perlis
  • Terus pergi padang besar shopping lagi
  • Sampai PJ pukul 2 Pagi.

p/s:
  • Disebabkan ini kali pertama i naik feri sangatlah tak suka sebab macam-macam bau ada
  • Kena bersempit2 dengan orang lagi
  • Kena beratur panjang nak beli tiket feri
  • Ttiket memang lah murah tapi kene pergi jeti kuala perlis tu menyebabkan penat sangat
  • Lepas dah mendarat tu kalau barang kau banyak kau kena sewa troli seringgit satu troli
  • Kalau kau beli barang kat Idaman Suri atau haji ismail pastikan kau buang plastik dia dan nyorokkan pinggan mangkuk yang kau beli tu sebab nanti kastam akan cek bagai. kitaorang dah kena sebab tak pernah naik feri kan.
  • Suasana dalam feri tu tersangatlah bising dan memualkan serta serabut
  • Kalau nak sewa kereta cari lah penyewa yang betul2 berdaftar
  • Jangan lah cari penyewa yang dok tunggu kau kat jeti tu sebab kereta diorang tersangatlah teruk!!
  • Kalau nak pergi Langkawi pergilah hari orang tak berapa nak ramai sangat ok. hahaha

 Ni masa mula-mula sampai jeti Langkawi

 masa kat Cable car



 antara barang yang dishopping..hahah

 rambang mata uols!!

 Ni Pulau Dayang Bunting

 Island Hoping



 nilah barang kami sebenarnya..hahaha

sempat lagi beli perfume.. hahaha




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...