Followers

Thursday, January 31, 2013

You're Rubbish!!





Salam Readers.. mood hari semalam dan hari ini agak kurang sikit. maklumlah banyak benda nak fikirkan.. :(
apepun hari ni i nak cerita sikit tentang perjalanan kerjaya i setelah nak masuk 4 tahun bekerja. masih ingat lagi bulan 12 2008 i interview untuk Penolong Pegawai Veterinar di SUK Negeri Sembilan. Alhamdulillah memang senang dan terus dapat kerja pada bulan march 2009.

Pada mulanya i telah ditempatkan di Daerah Jempol Negeri Sembilan memandangkan ada kekosongan di situ. I memang culture shock sedikit sebab tetiba je kene kerja kat daerah sebab tak pernah kerja langsung pun sebelum ni even kerja kilang pon. so memang tak tahu prosedur kerja ke apa tah. tapi i belajar sedikit demi sedikit. tapi masa tu tahap keyakinan sangat zero sebab kena pergi meeting jumpa DO, YB Pengarah semua. semua keputusan diorang nak waktu tu jugak, kena pandai lah untuk berfikir dengan bijak. Nak dijadikan cerita i pulak tersilap langkah sebab bergaduh dengan seorang penternak.

Memang silap i la sehingga i ditukarkan atas sebab yang betul-betul tak dapat dielakkan. tak sampai 9 Bulan i ditukarkan ke bahagian kesihatan di Seremban. i memang sedih sangat masa tu sebab kena cari rumah sewa, kena duduk berjauhan dengan mama walaupun jempol dengan seremban tu hanya sejam je kot perjalanan. tapi disebabkan jalan nak ke seremban tu sangat lah membosankan i ambik langkah untuk menyewa di seremban dengan sewa serendah RM230 aje.murahkan.. walaupun tak la semewah orang lain. bila dah duduk seremban rutin hidup macam biasa je lah. sampai opis pukul 730 balik kul 5 petang. memang heaven la hidup sebab tak payah sangat nak fikirkan hal orang lain. fikir hal kat bahagian masing2 aje. tak perlu nak manage staff bagai kan. orang suruh buat itu kita buat. orang suruh buat ini kita buat, itu aje. malam duduk rumah tunggu nak kerja esok. agak membosankan lah jugak.. haha..

Tapi setelah 5 bulan i tengah sedap2 kerja dan baru nak selesa, 1 Oktober 2010, tetiba je dapat surat kene berpindah ke daerah jelebu pulak. masa tu i memang rasa nak nangis sebab tetiba je i kene tukarkan lagi. memang WTF lah masa tu kan.  dah la i baru je duduk seremban menyewa kat sana kan. apa lagi terpaksa lah berhenti menyewa dan duduk jempol semula dan berulang dari jempol ke jelebu 40 minit. mula-mula memang i tak suka duduk Jelebu tu sebab tau-tau je la jelebu tu ada YB itu dan ini. semua program kita kena handle dan attend. memang pening kepala sangat sebab kena buat semua tu ditambah dengan masalah staf yang buat perangai. bila dah duduk daerah ni kita yang kena jadi ketua tu yang payah sikit. i ambik masa lebih setahun untuk kembalikan keadaan itu kepada normal. Alhamdulillah tahun 2012 i rasa tahun yang bermakna buat i sebab i dapat manage daerah jelebu tu dengan baik. banyak perubahan yang i boleh nampak.

Tahun 2013 pulak i baru je nak rasa selesa dengan keadaan itu, tetiba dapat surat bertukar ke Bahagian Regulatori. kali ni tak tahu sebab apa tetiba je kena pindah. kau mampu kerja tak sampai 4 tahun merata tempat kau kena tukar. paham je la mak cik mak cik mulut longkang kat jabatan i tu memang tak sayang mulut kan. kau ingat aku sampah ke nak campak sana sini bila nak kau ambik bila tak nak kau buang sana sini kan. i x de masalah kalau nak tukar pun sebab kalau nak tukar pun dalam Negeri Sembilan je pun.

Tapi yang paling benci bila nak cari rumah sewa bagai. kau boleh la cakap ala berulang je la. jempol dengan seremban tu sejam je. cuba kau kat tempat aku, duit minyak lagi, duit maintainance kete lagi. kau ingat kete tu tak payah nak servis? tayar tu kekal tebal je? lepas tu kau ingat jalan nak ke seremban tu macam highway terus tekan pedal minyak je dah sampai? sebab tu lah i kene cari rumah sewa jugak walaupun terpaksa berjauhan dengan Mama. saat-saat ni memang i sedih sangat nak tinggalkan bilik i yang cantk ni. haha.. apepun dah arahan i terima je walaupun dalam hati ni mengamuk sakan. sape lah i ni kan hanya kuli aje. kalau VIP boleh la jugak kan..ahaks..memang tengah frust sekarang. dah la rumah kat seremban tu mahal nak mampos. aku makan megi je la kalau nak sewa kat seremban. nak duk quarters pulak dah penuh. aku rela duduk bawah jambatan daripada berkongsi duk quarters dengan org yang aku tak kenal..hahaha.. apepun sekarang ni jiwa tengah kacau dan memang sangat stress. ditambah pulak dengan demam lagi.. memang tak de mood langsung oke.. doakan lah i berjaya untuk dapat rumah sewa dan kekal duduk di seremban sampai pencen.. haha.. malas nak berpindah randah macam org nomad dah.. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...