Followers

Wednesday, July 31, 2013

Sahur bersama..

Salam readers.. alhamdulillah dah masuk hari ke 23 kita berpuasa. . Btw semalam housemate I , ehsan dah start duduk rumah sewa I ni.. dia cakap nak letak barang aje semalam.. tup tup dia terus nak duduk rumah ni. I pun dengan tak kemas rumah bersepah, bilik air tak bercuci, sangat lah malu sebenarya.. tapi takkan nak cakap x boleh kan.. redha je lah. Malam tu jugam I cuci bilik air semua.. hahaha.. pagi ni sahur sama2 lak. Alhamdulillah.. walaupum megi goreng je kata kau tetap besyukur.. hiks. Ok lah uols. . Nak solat subuh pulak ni.. daaaa...

Tuesday, July 30, 2013

Majlis iftar 2013

Salam semorang. . Dah masuk hari ke 21 kan kita puasa. Btw rasa sangat choi bila I acarakan majlis berbuka puasa tadi..

Saturday, July 20, 2013

Fakta Ringkas Di Bulan Ramadhan

Allah telah mewajibkan umat Islam melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan semenjak bulan Sya’ban tahun 2 Hijrah berikutan turunnya ayat 183 Surah al-Baqarah, yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa…”.


Seterusnya Allah menegaskan dalam ayat 185 surah yang sama: “Bulan Ramadhan yang diturunkan al-Quran…”. Ayat tersebut turun tanpa sebab-sebab tertentu, tidak sebagaimana terjadi pada kebanyakan ayat-ayat ahkam (ayat yang berkenaan dengan hukum), yang turun setelah ada peristiwa-peristiwa tertentu yang terjadi pada Nabi SAW atau para sahabat.

Puasa di Bulan Ramadhan Adalah Salah Satu Rukun Islam
Sabda Rasulullah s.a.w.: “Islam didirikan atas 5 perkara, bersyahadah bahwa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan melaksanakan haji bagi yang mampu.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Maksud Puasa Ramadhan
Puasa dalam bahasa Arab disebut صيام Shiyâm atau صوم Shaûm yang bererti menahan dan tidak bepergian dari satu tempat ke tempat lain. Ibnu Mandzûr, pakar sejarah bahasa Arab mendefinisikan صوم Shaûm sebagai “hal meninggalkan makan, minum, menikah dan berbicara”. Perkataan رمضان berasal dari kata dasar رمض yang bererti “panas” atau “panas yang menyengat”. Ini kerana letaknya bulan Ramadhan pada musim panas yang terik. Jadi, maksud berpuasa di bulan Ramadhan ialah; menahan diri dari makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa pada bulan Ramadhan (bulan yang panas terik) kerana beribadah kepada Allah bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.

Bersahur Itu Berkat
Dari Amr bin ‘Ash r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda (yang ertinya): “Pembeza antara puasa kita dengan puasa Ahlul Kitab adalah makan sahur”. (Hadis Riwayat Muslim)
Dari Abdullah bin Al-Harits dari seorang sahabat Rasulullah s.a.w. bahawa aku masuk menemui Nabi s.a.w., ketika itu beliau sedang makan sahur, beliau bersabda yang ertinya: “Sesungguhnya makan sahur adalah barakah yang Allah berikan kepada kalian, maka janganlah kalian tinggalkan”. (Hadis Riwayat Nasa’i dan Ahmad)
Dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, yang ertinya: “Sahur itu makanan yang barakah, janganlah kalian meninggalkannya walaupun hanya seteguk air, kerana Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang bersahur”.



Friday, July 19, 2013

Tak Payah Nak Korek Sangat Lah!!



gambar sekadar hiasan

Salam Ramadhan semorang, hari ni i nak cerita sikit pasal hukum korek hidung atau telinga masa bulan puasa. i pun pernah buat jugak sebab tak tahan gatal katanya..hahaha... tapi menurut sumber dari encik google, secara asas, bila kita korek hidung atau telinga semestinya bila kita nak bersihkan rongga hidung dan telinga. Kadang-kadang bila terasa gatal yang amat. Berhati-hati bila korek telinga atau hidung, jangan sampai ke rongga dalam, kalau tidak puasa terbatal. so tak payah nak gatal sangat lah tangan tu korek hidung secara sengaja. buat penat je tahan lapar sepanjang hari sedangkan puasa korang dah terbatal. puasa ni bukan tahan lapar dan dahaga je, tapi banyak lagi kena tahan okay..selamat berpuasa korang!! 

Thursday, July 18, 2013

Kenangan Ramadhan haha

1 Ramadhan 2004

semester satu UPM ....kenangan itu...baru berkenalan dengan mate...hari itu juga ku balik ke rumah sebab final exam habis awal...dari KTM Serdang menaiki tren ke Seremban..masih ingat waktu itu...

1 Ramadhan 2005

semester tiga UPM...bersahur bersama mate di bilik 192..masih segar diingatan macam mana nut2 kejutkan kami..tapi kami x bangun...tapi bila An kejutkan...aku terus bangun..haha..selepas tu kami digosipkan..hehik

1 Ramadhan 2006

semester lima UPM..tahun akhir di UPM...sahur yang penuh dengan gelak tawa...merakamkan video masa bersahur..haha...pertama kali mendapat nama BGV..haha..tu belang juga...dan ramadhan ini juga ku terjatuh dari bukit sambil membawa payung dan semua melihatnya..begitu malu ni....

1 ramadhan 2007

semester pertama UPM...hampir mencapai matlamat...bersahur sorang2...seperti biasa tahun ni...sahur pada awalnya sahaja...

1 Ramadhan 2008

semester tiga UPM...bersahur bersama mate...walau makan roti je kami bahagia...ingat lagi betapa malu berbuka bersama mereka...mereka masak ku makan je..walaupun diri ini segan...tapi mereka amat baik..ku suka kan cara dia..walau tidur ku x lena sebab laptop dia tu!!sehari je berbuka sama dia..pastu berbuka di bilik orang lain...ingat lagi kuih tako..membeli juadah dengan menaiki motor MBM 2871...mula menyukai kuih Tako...nasi lemak ayam dara..hehik..mengenali juadah ini juga...

1 Ramadhan 2009

Aku di sini..tak sangka perjalanan hidup aku disini...betul kata mereka nothing is impossible...kita tak tahu apa yang akan terjadi suatu hari nanti...ia betul2 mengubah seluruh hidup aku...hidup yang lebih baik hendaknya..walaupun hati ini pedih dan terluka...tapi di sebalik itu aku pasrah dan cuba buat yang terbaik...semoga diri ini tabah..mereka tak tahu apa yang aku rasa...perjalanan hidup ini betul2 tidak disangka..

1 ramadhan 2010
Berpuasa sorang-sorang je sebab menyewa di seremban.. sob3.. malas nak pergi bazaar ramadhan, suka masak je daripada beli kat Bazaar Ramadhan yang penuh sesak dengan orang.hiks

1 Ramadhan 2011

Rasanya Paling best sebab dapat bersahur dan berbuka dengan Mama. Masa ni aku kerja kat Jelebu. Aku ingat lagi Masa ni aku tengah renovate bilik aku, masa ni gak aku sambung belajar. :)

1 Ramadhan 2012

Tak banyak yang berubah, masih happy sebab dapat berbuka puasa dengan Mama, sahur dengan mama. Alhamdulillah :)

1 Ramadhan 2013

Erm. nak cakap macam mana ya. kalau ikutkan hati ni sedih je sebab tak dapat berbuka dengan mama hari-hari sebab dah berpindah ke seremban. duk lah sorang2 kat situ katanya. sedih tau.. ahaks. masak je kat rumah untuk berbuka. tak kisah lah.. yang penting Final Exam aku jatuh masa bulan puasa. dugaan sangat2 kan. hahaha.. apepun Final Exam dah habis. So tunggu result je. hiks..

Wednesday, July 17, 2013

Eh.. Batal Puasa tak kalau..




Salam Readers, apa khabar semua..haaa...pejam celik pejam celik dah masuk hari ke 8 kita berpuasa kan..korang macam mana? ada yang termiss tak puasa tu?? harap2 readers di luar sana puasa penuh ya.. Ramadhan kali ni sangat tak ebst bafgi i sebab macam sunyi nak sahur sorang2, buka sorang2.. :( eh over lak kan..hahaaha...apepun mesti macam ramai je nak tengok blog i ni sebab nak tau sangat batal ke puasa kalau....
.
.
.
.
.
.
.
.
BERSENAM
hahaha...saje je bagi korang cergas sikit bulan puasa ni kan..hehehe...kalau tak tak ceria pulak kan..senyum sikit...apepun uols cuba lah baca soalan dan jawapan yang i ambil daripada http://kevinzahri.com

Soalan Senaman, Pemakanan Pada Bulan Ramadhan
S : Bolehkah kita bersenam ketika berpuasa?
J : Ya, boleh tetapi ia bergantung kepada bentuk senaman. 

S : Bila boleh bersenam cardio?
J : Ya, terutamanya jika ia bertujuan untuk pembakaran lemak. Senaman cardio 30-45 minit sebelum berbuka adalah sesuai kerana selepas itu, anda dapat mengembalikan tenaga selepas berbuka.

S : Bagaimana pula dengan intensiti senaman?
J Kita melakukan untuk, bukan untuk performance. Kalau anda berasa pening atau kurang selesa, sila berhenti. Senaman tanpa air yang mencukupi bukan mudah.

S : Bagaimana pula dengan latihan pemberat (weight training)?
J : Adalah tidak digalakkan sebelum berbuka.

S  : Bagaimana kalau kita melakukan weight training semasa berpuasa?
J : Kalau anda bertegas hendak melakukannya, anda harus ingat badan anda tiada tenaga untuk senaman berat yang berkualiti dan badan anda akan memecahkan otot untuk sember tenaga.

S : Apa diet yang sesuai untuk berbuka?
 J : Seelok-eloknya makanan seimbang. Makan perlahan-lahan, ia mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk berasa kenyang.

S : Adakah kurma menggemukkan?
J : Ianya mengandungi gula, jadi elakkan pengambilan yang berlebihan dan jumlah kalori pula bergantung pada jenis dan saiz.

S : Adakah kita akan kehilangan berat badan semasa berpuasa?
J : Ya, semestinya.
S : Apakah jenis makanan yang sesuai semasa bersahur?
J : Ianya bergantung kepada keperluan dan kegemaran individu.

Sumber : Utusan Malaysia; http://kevinzahri.com

p/s: tapi kan rasanya bulan puasa lah yang berat i tak pernah nak turun..hahaha..apepun bagi korang yang rasa berat badan naik, ada masa lagi kot untuk kawal nafsu makan korang ketika nak berbuka tu, cuba makan sebelum kenyang, bukan dah kenyang baru berhenti kan..eh i ni membebel macam lah kurus sangat kan..hahaha...apepun itu sebagai peringatan untuk i jugak....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...