Followers

Wednesday, July 17, 2013

Eh.. Batal Puasa tak kalau..




Salam Readers, apa khabar semua..haaa...pejam celik pejam celik dah masuk hari ke 8 kita berpuasa kan..korang macam mana? ada yang termiss tak puasa tu?? harap2 readers di luar sana puasa penuh ya.. Ramadhan kali ni sangat tak ebst bafgi i sebab macam sunyi nak sahur sorang2, buka sorang2.. :( eh over lak kan..hahaaha...apepun mesti macam ramai je nak tengok blog i ni sebab nak tau sangat batal ke puasa kalau....
.
.
.
.
.
.
.
.
BERSENAM
hahaha...saje je bagi korang cergas sikit bulan puasa ni kan..hehehe...kalau tak tak ceria pulak kan..senyum sikit...apepun uols cuba lah baca soalan dan jawapan yang i ambil daripada http://kevinzahri.com

Soalan Senaman, Pemakanan Pada Bulan Ramadhan
S : Bolehkah kita bersenam ketika berpuasa?
J : Ya, boleh tetapi ia bergantung kepada bentuk senaman. 

S : Bila boleh bersenam cardio?
J : Ya, terutamanya jika ia bertujuan untuk pembakaran lemak. Senaman cardio 30-45 minit sebelum berbuka adalah sesuai kerana selepas itu, anda dapat mengembalikan tenaga selepas berbuka.

S : Bagaimana pula dengan intensiti senaman?
J Kita melakukan untuk, bukan untuk performance. Kalau anda berasa pening atau kurang selesa, sila berhenti. Senaman tanpa air yang mencukupi bukan mudah.

S : Bagaimana pula dengan latihan pemberat (weight training)?
J : Adalah tidak digalakkan sebelum berbuka.

S  : Bagaimana kalau kita melakukan weight training semasa berpuasa?
J : Kalau anda bertegas hendak melakukannya, anda harus ingat badan anda tiada tenaga untuk senaman berat yang berkualiti dan badan anda akan memecahkan otot untuk sember tenaga.

S : Apa diet yang sesuai untuk berbuka?
 J : Seelok-eloknya makanan seimbang. Makan perlahan-lahan, ia mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk berasa kenyang.

S : Adakah kurma menggemukkan?
J : Ianya mengandungi gula, jadi elakkan pengambilan yang berlebihan dan jumlah kalori pula bergantung pada jenis dan saiz.

S : Adakah kita akan kehilangan berat badan semasa berpuasa?
J : Ya, semestinya.
S : Apakah jenis makanan yang sesuai semasa bersahur?
J : Ianya bergantung kepada keperluan dan kegemaran individu.

Sumber : Utusan Malaysia; http://kevinzahri.com

p/s: tapi kan rasanya bulan puasa lah yang berat i tak pernah nak turun..hahaha..apepun bagi korang yang rasa berat badan naik, ada masa lagi kot untuk kawal nafsu makan korang ketika nak berbuka tu, cuba makan sebelum kenyang, bukan dah kenyang baru berhenti kan..eh i ni membebel macam lah kurus sangat kan..hahaha...apepun itu sebagai peringatan untuk i jugak....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...