Followers

Tuesday, August 27, 2013

Potensi Diri

Salam readers.. semalam masa I pergi opis tetiba dapat surat mengatakan I kene pergi kursus potensi diri kat Rumah Peranginan Kerajaan Negeri Sembilan. I dah menggelupur sebab tak suka pergi kursus. Lagi2 kursus yang melibatkan aktiviti fizikal ni.. sabar je lah.. huhu.. terima kasih kat orang tu sebab hantar i ok... tak pe amy. Lagi satu malam je ko tido kat sini.. esok dah balik.. ahaks..

Monday, August 26, 2013

Mata Memandang.. oh..


Salam readers, tajuk entri ko.. hahaha.. tak nak kalah ni.. hahaha.. sebenarnya nak cerita pasal mata je pun kan. kalau korang nak tau i ni memang rabun sikit lah.. walaupun power 200 je pun, kalau tak pakai spek serius lah tak berapa nak nampak tulisan or orang dalam jarak jauh kan. itu yang i selalu hadapi. nak pakai spek nampak macam tak cantik je. ahaks. tapi tu la kalau nak drive tu memang i paki spek lah. i ni memang tak suka nak pakai spek. dulu masa sekolah beria nak pakai spek kononnya nampak bijak lah kan. bijak lah sangat. sanggup ni baca buku dalam gelap. tengok tv dekat supaya rabun. hahaha.. apepun tak boleh. dah tua-tua ni baru rabun. dah rabun tak nak pulak kau pakai spek kan.. hahaha... buat masa ni i pakai contact lense lah kalau nak keluar. kalau lebih 8 jam tu dah start pedih mata kan..kesimpulannya i lebih suka pakai lense daripada spek sebab kalau pakai spek nampak macam nerd sangat kot muka i. hiks.. kalau ada lense tak payah bukak kan senang. tak pun senang tanam je lense tu dalam mata. hahahaha.. 


Saturday, August 24, 2013

Rumah ku syurga ku..

Salam readers.. lupakan seketika pasal kisah sedih I semalam.. hiks.. korang suka tak kalau rumah korang cantik macam ni..
Mesti suka kan.. tapi itu hanyalah impian I sahaja.. sebenarnya ni rumah contoh je.. tapi harga dia ya ampun.. tak mampu kak ton rasa.. bukan susah nak cari rumah sekarang.. tapi sebab duit tak de. Kalau duit ada senang nak cari kan. Hiks.. apapun I masih mencari rumah yang sesuai. I sebenarnya suka rumah yang bertanah. Tapi sejak kebelakangan ni I macam suka rumah ala2 apartment gitu..
Cantik sangat design dia buat kan.. 
Yang ni pulak design dalam bilik.. siap 2 tingkat lagi..
Suka design macam ni.. simple aje..
Yang ada anak2 sesuai la kot macam ni..

Friday, August 23, 2013

Dugaan meresahi diriku kini.. (Part 2)


Salam Readers, Fuh.. rasa lapang sikit. ye lah masalah dengan owner tu dah selesai. walaupun dia agak kecewa, tapi dia boleh terima lah.

I serius cuak, tapi terpaksa buat confident lah kan. walaupun dah selesai, i akan pastikan lepas ni perkara macam tu takkan terjadi. Memang serius tak makan, tak tidur lena semalam. sampai bos i cakap dah berjambang bagai. mesti risau sangat. i ni kalau risau mudah sangat terpancar kerisauan di muka tu.. hehehe.. Alhamdulillah.. syukur sangat kat Allah..

Pasal TV i yang rosak tu, i dah call centre dia cakap kene ambik tv tu nak repair, i bengan sebab baru sebulan i beli dah wat hal. nama je Jenama mahal, tapi rosak gak!! benci.. apapun hari ni i belajar satu perkara, yang kita ni tak pernah tak buat silap. jadikan kesilapan kita yang dulu-dulu tu satu pengajaran supaya kita lebih baik lagi di masa hadapan. 

Dugaan Meresahi diriku kini..(Part 1)

Salam Readers, satu demi satu dugaan melanda i sejak kebelakangan ni. hais.. tak tahu nak buat macam mana. nak cakap pun susah, tapi i ni jenis yang tak boleh nak duduk relax kalau ia melibatkan pasal i dan emosi i akan terganggu, kang mulalah tak de selera makan, tak boleh nak tido lena, macam-macam lah sehinggalah masalah tu selesai.

Ni gambar contoh aje ok..



Nak dijadikan cerita kelmarin i ada tolong Klinik Haiwan kat bawah department i untuk handle case. mnaksud i minor case lah macam vaksin, demam, dan sebagainya.tup tup semalam masa i balik Putrajaya, tetiba je ada orang call cakap lepas i suntik kucing dia, kucing dia mati..ohmai!! i punya lah panik, padahal i cucuk vitamin je kot. itupun dalam dose yang dibenarkan untuk seekor ank kucing.. lepas tu i dah tak senang duduk. haish.. pagi ni owner tu nak datang jumpa i mintak explanation katanya. harus lah i cuak kan. buatnya dia nak saman i ke.. hiks.. apepun bos i ada untuk jelaskan semua tu nanti. tapi i tetap tak sedap hati. malam tadi sampai terbawak2 dalam mimpi yang rupanya i kene prank!! hahaha.. kalau mimpi tu benar kan best.. hahaha.. i terpaksa lah karang buat muka confident nak jelaskan apa yang berlaku walaupun dalam hati takut gile!! apa yang buatkan i stress lagi tetiba malam tadi tv yang i baru beli 2 bulan tetiba rosak!! tak leh nak on. i tak tau kenapa. kan dah menyusahkan i nak pergi call centre bagai.. hish.. semua tu lah yang buat i stress  sekarang.. Mak!! macam mana ni.. tolong saya!! bila ada masalah je mesti ingat mak!! huhuhu.. benci sangat perasaan ni.. :( apepun korang tolong doakan i tak kene apa2. owner tu nak marah2 lah tapi jangan lah saman ke, apa ke.. sedih taw dah la tv rosak :(.. nanti i cerita apa yang terjadi selepas ni :( 

Wednesday, August 21, 2013

Lain Hulu Lain Parang..

Lain Dahulu Lain Sekarang kata kau.. ahaks. bagi korang yang kenal i dulu mesti macam kagum dengan i kan.eh.. memuji diri sendiri pulak. dulu gemuk sekarang kurus. eh kurus ke kau.. hahaha.. apepun entri kali ni i nak cerita pasal bagaimana i boleh menjadi seperti ini. bila orang tanya je i akan cakap susah hati kot. tu yang kurus tu. hahahah.Sebenarnya dah lama i nak buat entri ni, tapi i macam takut sikit sebab nanti orang cakap i riak.. nanti tetiba je jadi balik macam dulu nanti orang ketawakan i.. hahaha.. apepun sebenarnya, i nak tunjuk satu gambar kat uols..jap eh..







Nampak tak perbezaan gambar di atas dengan yang terkini tu.. sebenarnya bukan senang i nak jadi macam sekarang ni. banyak benda yang perlu i korbankan. makanan terutamanya. nak tahu tak sape idola i masa tak berapa nak kurus dulu, ia adalah kawan i masa i belajar kat UPM dulu dan juga Aizat yang popular dengan lagu hanya kau yang mampu tu..bila i tengok balik dulu-dulu tu memang serius rasa macam nak nangis sebab tengok betapa gemuknya i dulu. tapi mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi. mesti lah uols tengok gambar kat atas tu cakap wow, kurusnya, tapi uols tahu tak macam mana i buat sehinggalah berjaya turunkan berat i tu, banyak benda i kena buat espcially kena jaga makan.i dengan makanan tak dapat dipisahkan tau..haha..tapi tu dulu, sekarang i dah lebih bijak memilih jenis makanan yang sesuai dengan i. i harap uols mendoakan i terus kekal sihat dan kurus je..boleh?? hahaha...Mungkin lah korang akan cakap, erm.. nak riak lah tu. sumpah i tak pernah riak. ada jugak yang cakap i ni obses sangat nak kurus, tidak lah macam tu, cuma i rasa dah tiba masanya i kekal langsing seperti sekarang, ahaks. daaa..

Tiket Free : Mortal Instruments : City of Bones Paradigm Mall



Salam readers, pertama sekali i nak ucapkan terima aksih kepada Suria FM sebab bagi 4 tiket Free dalam program Wayang di Suria. I pun tak sangka dapat tiket free tu. cerita yang i dapat tiket free tu adalah Mortal Instruments.. Mula-mula i tak tahu pasal apa lah cerita ni kan. tapi i google lah dulu. lepas google macam dapat gambaran sikit lah.ala2 ada kuasa jahat syaitan bagai.. hiks.. tapi lepas tengok baru lah faham cerita ni. kata mereka i anatara yang terawal di Malaysia tengok cerita ni lah.. bangga kan?? hehehhe.. gigih tau i dari seremban pergi paradigm mall semata-mata nak tengok filem ni..






Sinopsis

Filem ini berdasarkan buku pertama yang diterbit pada tahun 2007, “The Mortal Instruments”, yang ditulis oleh Cassandra Clare. Selepas Clary Fray, seorang remaja menyaksikan suatu pembunuhan di sebuah kelab, ibunya, Jocelyn diserang di rumah mereka di New York City. Ibu dia juga diculik oleh Valentine dalam pencarian Valentine untuk Mortal Cup.


Dia memanggil seorang Shadowhunter bernama Jace dan rakan Shadowhunternya, Alec dan Isabelle Lightwood demi mendapatkan bantuan mereka untuk menyelamatkan ibunya dan menyiasat sejarah silam sendiri. Ibunya takut Clary akan menjadi seorang yang tidak diingininya, iaitu seorang pahlawan yang berdarah kacukan separuh malaikat dan separuh manusia yang dikenali sebagai Shadowhuter memandangkan Clary mempunyai potensi tersebut. Clary berjaya mencari Mortal Cup yang disimpan oleh Jocelyn dan menyembunyikan ibunya dengan menggunakan kuasa barunya. 

Kemudian, dia dikhianati dan dipaksa menyerahkan Mortal Cup kepada musuh. Clary sedang berlumba dengan masa untuk menyelamatkan ibunya sebelum terlambat. Namun, dia kini terlibat dalam sebuah perang antara kuasa berbeza. 

Secara kesimpulannya i boleh cakap Filem ni ala-ala macam twilight pulak ada vampire lah serigala lah. tapi plot dia i suka. berdasarkan rating i boleh bagi berapa bintang ya? mungkin 4 bintang kot. hiks.. i memang kedekut sikit bagi bintang2 ni.. hehehe.. i boleh rekemen kat uols lah kalau uols nak pergi oke.. selamat menonton :)




Tuesday, August 20, 2013

Misiku Kuza Part 4

Salam Readers, nak dijadikan cerita, bila kamal tak jadi masuk, i pun iklankan kat Mudah pasal bilik kosong tu. ada 2 orang yang call tanya nak tengok rumah. i pun terima je lah sape yang masuk dulu kan. lagi sorang ni nama dia Abang Adha. Dia keje kat Senawang. dia cakap sebelum ni dia berulang dari Nilai ke Senawang. So bila dia dah setuju i mintak deposit sikit untuk memastikan dia sewa bilik tu lah kan. I sebenarnya serba salah jugak sebab sebelum ni tak pernah duduk serumah dengan orang yang i tak kenal. tapi disebabkan terlalu bosan duduk sorang-sorang kat rumah tu, i rasa dah tiba masanya untuk i cari housemate. hiks. ye lah rumah tu pun besar kan. 

Ini Abang Adha yang nak masuk bulan 9 nanti..


Buat masa sekarang ni memang dah penuh lah rumah tu.. Alhamdulillah. i harap diorang tak de masalah untuk duduk serumah dengan i.. cuma semenjak dua menjak ni housemate i tu macam lepas balik kerja je terus duduk dalam bilik, tak keluar2.. i macam pelik pulak sebab sebelum ni dia keluar je. i dah risau.. hiks.. i fikir mungkin dia penat, mungkin dia rasa dia conquerer tv kot bila tengok tv.. tapi i rasa macam tak adil pulak kalau i je yang tengok tv kan. bayar sama2.. huhu.. apepun i akan update semula pasal diorang ek.. 

Monday, August 19, 2013

Pening Pon Adoi...

Salam readers, apa khabar semua? i rasa hari ni mesti korang macam malas nak kerja or sekolah kan. Mentang-mentanglah dah lama cuti raya katanya.. ahaks. apapun i kalau hari isnin memang malas je nak keje. hahaha.. hari ni i akan sambung cerita pasal housemate i tu lah. its ok. i paham kepada stalker yang suka sangat ambik tahu hal i tu kan. i cerita je.. hahahaha.. sentap tak??

Kalau uols tak paham boleh baca dari mula ok


Dah faham kan?? ok.. selepas abang yang kerja kat Kuala Pilah tu tak jadi nak sewa sebab i reject, i terus tunggu lagi sorang tu. Nama dia Ehsan, dia kerja kat Seremban jugaklah. dia cakap dia sea kat area SIkamat tapi sorang-sorang lah, tapi takde barang. So dia rasa macam rugi kalau sewa kat rumah tu sebab tak menda langsung. At least kalau sewa kat rumah i tu adalah perabot, tv, astro, mesin basuh bagai kan. So , dia terus bayar deposit dan confirm lah dia akan duduk menyewa kat bilik Amah. hahaha.. i panggil bilik Amah sebab bilik tu paling hujung dekat dengan toilet dan dapur... 

So kira confirm lah si Ehsan ni duduk sini dah. sekarang ni tunggu si Kamal pulak lah yang berkibak cakap nak duduk lepas raya. lepas raya dia boleh call i cakap tak jadi masuk. memang kurang ajar sangat lah kan sebab i dah subscribe astro, internet, pasang kipas kat bilik semua kan.tup tup i kene cari orang lain. i terus lah iklankan kat Mudah semula.. macam tut... kan.. I malas nak fikir dah i terpaksa cari orang lain pulak. Nanti i Cerita macam mana i dapat Housemate kedua pulak ya. Daaa... 

 Yang ni Kamal yang tak jadi masuk rumah i tu!!!

Ni Housemate i Ehsan :)

Sahabat Selamanya Part1

Salam readers. Entri kali ni I nak cerita pasal sahabat. Mesti uols ada sahabat kan. Susah sebenarnya nak cari sahabat yang boleh berkongsi rasa suka dan duka.. selalunya yang ada pun masa kita bersuka ria je kan. Apapun part 1 ni I nak cerita macam mana I kenal che ta(bukan nama sebenar).. hahaa.. kali pertama jumpa masa kat UPM. Memang masa tu I rasa dia boleh di buat kawan sebab sikap dia sama macam I kot. Tanya punya tanya dia duduk triang pahang pulak. Memang sekapal lah kalau nak balik kampung kan. Che ta jarang balik kg. I je setiap minggu balik.. hahaha.. kadang2 kami akan balik sama2 kalau cuti semester. Masa belajar dulu masing2 agak kering kan. Maklumlah student life lah katakan. Tapi yang best bila I tak de duit dia akan tolong I.. ada sekali tu terpaksa pinjam 300 sebab nak bayar duit mkad kata kau.. hahaha.. macam2 kenangan manis dan pahit kami berdua. Kalau nak cerita uols kene baca sampai esok pulak kan.. hahahahaha. . Apepun I bersyukur seba  ditemukan dengan sahabat yang betul2 ikhlas berkawan dengan I. I ni jenis yang tak ramai kawan. Orang cakap I ni sombong. Memang pun sebab takkan lah aku tak kenal kau aku nak baik sangat kan.. hiks.. nantikan episod 2 macam mana I boleh berkawan dengan dia.. hiks..
Untuk itu I ada sertakan sekali lirik lagu ni.. I suka lirik dan melodi dia..

Dua tiga kapal belayar di samudera
Ayuh sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama
Menikmati indahnya dunia
Kerna
Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia
Berakit-rakit kita ke hulu
Berenang-renang kita ke tepian
Kita berbeda
Untuk saling mengisi
Segala kekurangan kita menjadi
Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Selama-lamanya setia
Tiada bukit yang terlalu tinggi
Untuk kita daki bersama
Dan tak ada laut yang terlalu dalam
Untuk diselami
Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Selama-lamanya
Untuk selamanya setia
Setia setia

Friday, August 16, 2013

Kalau kecik hati nak buat apa ek??

Salam readers.. kalau kecik hati apa ek nak buat?? Erm.. rasa kecik hati sangat2.. tapi tak tahu nak luahkan macam mana.. sekian..

Misiku Kuza Part 2




Salam readers, nak dijadikan cerita sila baca episod satu ok.. i pun iklankan lah kat Mudah yang i nak cari housemate. disebabkan bilik i tu ada 2 lagi kosong memang nak 2 orang lah kan.hari pertama i iklankan ada lah 2-3 orang call. i pun angkat je dan jawab masih kosong lagi. malam tu ada sorang budak ni nak tengok rumah tu. i pun dengan gigih pergi ambik kat KPJ sebab dia tak tahu jalan kan. dia tengok rumah dia cakap ok. sewa i bagi 200 je pun. pastu dia cakap ok lah sebab lepas raya dia nak masuk. nama dia Kamal dia kerj akat firma guaman katanya. esoknya sorang lagi call cakap nak tengok rumah. tapi lepas berbuka. tapi ada sorang lagi abang ni cakap nak tgk petang tu jugak lah. i dah serba salah sebab dia sangat berminat nak sewa. tapi disebabkan dah janji dengan budak sorang lagi tu. i terpaksa tolak abang tu. lagipun abg tu kerja kat Kuala Pilah. Nampak macam sesuatu di situ sebab dia duduk kuala pilah sewa je lah kat pilah kan.. apapun malam tu lepas buka budak ni datang tengok dan terus setuju dan bayar deposit. dia cakap nak masuk minggu depannya. ok.. nanti i cerita kisah kelakar pulak k.. daaaa... 




Thursday, August 15, 2013

Misiku Kuza? Part 1

Salam readers. eh kenapa tajuk entri hari ni macam semacam je.. hiks.. sebenarnya selain daripada misi 60 kg i yang tak terlaksana walaupun dah 2 tahun kan. ada satu lagi misi i tahun ni. misi mencari housemate!! hahaha.. maksud i tu misi mencari housemate tu bukan soulmate ya. maklum lah i ni masih belajar lagi so tak terfikir pun nak kawen bagai.. hahaha.. apepun ni merupakan kali pertama i bertindak berani dengan membenarkan orang asing untuk duduk serumah dengan i dalam rumah banglo i ni.. hahaha.. disebabkan kos sara hidup yang agak tinggi sejak kebelakangan ini, i rasa i perlu mencari housemate untuk rumah i ni. yelah kau duduk sorang dalam rumah yang besar gedabak tu kan. kau mampu ke.. hahaha.. lagi satu i pun boring duduk sorang2. bila dah duduk bertiga ni ada la sikit mood memasak ke.. hehehe... so masa bulan puasa hri tu lepas bangun tidur i terus pergi opis dan buka iklan mudah tu terus iklankan bilik untuk di sewa. adalah beberapa orang yang call dan sms nak tengok rumah. alhamdulillah lah dah dapat 2 orang. sewa murah je 200 sebulan campur bil api bil air astro dan internet. yang penting ada internet ok. senang lah i nak layan youtube ke kan.. hiks.. tengok lah gambar kat bawah ni. kalau korang tengok mesti nak sewa kan. hahaha.. nanti i cerita pulak macam mana i boleh dapat housemate i itu.. daaa...





Thursday, August 8, 2013

Salam Lebaran

Salam readers, buat apa tu, tu tak lain tak bukan, makan ketupat dan rendang lah tu kan?? tak pun makan lemang kan?? hahaha... apepun Alhamdulillah.. akhirnya kita semua meraikan kemenangan kita selama sebulan berpuasa kan.. so sape rasa nak balas dendam sila makan dengan banyak di hari raya ini..hahaha.. apepun sebelum i meneruskan celoteh i yang panjang lebar ni, izinkan i untuk memohon ampun dan maaf kepada semua blogger yang i kenal, yang i tak kenal, sepanjang i berblogging ni.. sejak tahun 2008 kalau tak silap i.. apepun kita kosong kosong ong ong ong : ). sempena hari raya yang mulia ini i nak konsi 5 Terbaik Raya.. apakah itu?? mari kita lihat di bawah ini.. :) 

 












  • Suasana Hari Raya - Elina dan Anuar Zain
  • Sesuci Lebaran - Dato' Siti Nurhaliza
  • Pulanglah - Aishah
  • Ku Pohon Restu Ayah Bonda - Mamat
  • Halaman Asmara- Awie dan Ziana Zain



ok uols..tu antara 5 yang i plaing suka..anda pula bagaimana.. kalau nak dilistkan semua je i suka..hahaha..tapi bila mintak 5 tu je la yang i boleh bagi..apepun i nak ucapkan selamat hari raya kepada uols dan bergembiralah di hari raya ini.. tapi jangan nak gembira sangat..beringat-ingatlah ya..ok bye uols...




Tuesday, August 6, 2013

Warna Warni AidilFitri...

Salam readers, hari ni i nak cerita pasal kaler baju raya i setiap tahun.. seingat i lah, sejak dari dulu kami sekeluarga memang suka pakai baju sedondon katanya, ala-ala boria gitu kan..haha..memang kelaziman setiap tahun tu kami akan sibuk memilih material dan warna..bajet retis lagi kan..haha..cuma tahun ni je i tempah kat Jakel sebab murah..antara kaler baju yang pernah kami cuba adalah seperti di bawah.. sila lihat di bawah ya..:)

2013
Tema : Kuning Beli dah siap katanya
Baju dia lebih kurang macam ni lah..nanti kang kalau tunjuk x suprise..hehe)
Sumber Gambar : Encik Google :)


2012
Tema : Kelabu 
Designer : Tempah kat Jakel
Sumber Gambar : Encik Google :)

2011
Tema : Merah Mak Ngah Komtemporari Tajuk kau tak tahan
Designer : Jimmy Palikat  ( Tailor Kegemaran i)




2010
Tema : Ungunya Cinta
Designer : Victor, Seremban
(Baju ni dapat free masa Perarakan maulidur Rasul) :) 




 2009
Tema : Hijau Lumut di Tasik Madu
Designer : Beli dah siap



2008
Tema : Hijau Pucuk Pisang Nangka
Designer : beli dah siap jugak

2007
Tema : Pink gitew!!
Designer : Beli kat Depan Tesco Melaka
Maaf gambar dah hilang :(

2006
Tema : Ais Krim
Designer : Tempah kat Brass Max
Gambar tak de 

2005
Tema : Biru
Designer : Brass Max
Gamabr takde jugak

p/s: sebenarnya kan yang gambar tak de tu dulu sebab tak de kamera..haha, so tak de la gedik sangat nak ambik gambar bagai kan..hehe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...