Followers

Wednesday, August 21, 2013

Tiket Free : Mortal Instruments : City of Bones Paradigm Mall



Salam readers, pertama sekali i nak ucapkan terima aksih kepada Suria FM sebab bagi 4 tiket Free dalam program Wayang di Suria. I pun tak sangka dapat tiket free tu. cerita yang i dapat tiket free tu adalah Mortal Instruments.. Mula-mula i tak tahu pasal apa lah cerita ni kan. tapi i google lah dulu. lepas google macam dapat gambaran sikit lah.ala2 ada kuasa jahat syaitan bagai.. hiks.. tapi lepas tengok baru lah faham cerita ni. kata mereka i anatara yang terawal di Malaysia tengok cerita ni lah.. bangga kan?? hehehhe.. gigih tau i dari seremban pergi paradigm mall semata-mata nak tengok filem ni..






Sinopsis

Filem ini berdasarkan buku pertama yang diterbit pada tahun 2007, “The Mortal Instruments”, yang ditulis oleh Cassandra Clare. Selepas Clary Fray, seorang remaja menyaksikan suatu pembunuhan di sebuah kelab, ibunya, Jocelyn diserang di rumah mereka di New York City. Ibu dia juga diculik oleh Valentine dalam pencarian Valentine untuk Mortal Cup.


Dia memanggil seorang Shadowhunter bernama Jace dan rakan Shadowhunternya, Alec dan Isabelle Lightwood demi mendapatkan bantuan mereka untuk menyelamatkan ibunya dan menyiasat sejarah silam sendiri. Ibunya takut Clary akan menjadi seorang yang tidak diingininya, iaitu seorang pahlawan yang berdarah kacukan separuh malaikat dan separuh manusia yang dikenali sebagai Shadowhuter memandangkan Clary mempunyai potensi tersebut. Clary berjaya mencari Mortal Cup yang disimpan oleh Jocelyn dan menyembunyikan ibunya dengan menggunakan kuasa barunya. 

Kemudian, dia dikhianati dan dipaksa menyerahkan Mortal Cup kepada musuh. Clary sedang berlumba dengan masa untuk menyelamatkan ibunya sebelum terlambat. Namun, dia kini terlibat dalam sebuah perang antara kuasa berbeza. 

Secara kesimpulannya i boleh cakap Filem ni ala-ala macam twilight pulak ada vampire lah serigala lah. tapi plot dia i suka. berdasarkan rating i boleh bagi berapa bintang ya? mungkin 4 bintang kot. hiks.. i memang kedekut sikit bagi bintang2 ni.. hehehe.. i boleh rekemen kat uols lah kalau uols nak pergi oke.. selamat menonton :)




2 comments:

noornazuha said...

ni based on novel terlaris jugak kan..macam beautiful creatures...:)

Amy Mraz said...

aah.. based on novel.. best la jugak citer dia..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...