Followers

Monday, September 30, 2013

#Misi60kg.. Apa dah jadi??

Salam Readers, tetiba bangun pagi tadi terus terkejut sebab mimpi gemuk.. hahaha.. mana taknya asyik makan tido makan tido jek. hish tak boleh jadi ni. kena buat sesuatu nih.. sebagai pembakar semangat mari i tunjuk gambar sikit. ahaks




sekarang ni dah makin naik pulak. memang naik lah kalau setiap hari melantak je kan. nak jogging pun tak sempat. nak pergi swimming malas pulak. tu lah dia badan macam di pam-pam. haha.. so bermula hari ni i kene teruskan misi itu jugak.. dan buat masa ni berat i adalah ... rahsia kot... hahaha.. gambar i yang terbaru katanya..




Saturday, September 28, 2013

Serius exhausted. .

Salam readers.  Lama tak hapdet. Maklum lah busy je kan. Apapun minggu ni I balik ke kampung halaman tercinta katanya. Kalau dah balik kampung, apa lagi mesti kena buat rutin yang biasa adik I buat iaitu mesin rumput!! Selalunya adik I yang mesin rumput tu. Tapi disebabkan dia sibuk nak exam PMR mingu depan so I bagi cam lah kat dia study katanya. Ahaks. Apapun beat sebenarnya mesin rumput ni. At least dapat lah keluar peluh dan dapat bakar kalori ni. Badan I pun dah naik 3 -4 kg dah ni. Ohmai. Asik makan je kan. Hahahaha. Ok lah uols daaa.. lepas ni nak pergi kenduri kawin pulak.  Ohmai.. #misi60kg I macam mana? Hahahahaha..


Tuesday, September 17, 2013

Pindah Randah Lagi ke??

Salam readers, apa?? i kene pindah lagi?? yer.. hakikatnya memang pun i kene pindah lagi.. maksud i..

Kene pindahkan barang je.. ahaks.. ye lah sejak ada housemate ni, macam-macam barang nak kene bawak untuk keselesaan kami bersama. sampai periuk belanga pun kene bawak kot. hahaha... i jenis yang tak boleh tengok rumah bersepah, pantang tengok habuk, mulalah nak berkemas sana sini. agaknya terikut perangai ayah i kot yang suka sangat berkemas. ahaks. ok i ada lah snap beberapa gambar untuk tatapan uols sejak duduk dengan housemate. Syukur ya sebab osmate i semua baik2.. hiks..


 Nasi Goreng Sardin 


Laksa..


Mee Goreng

Kupang katanya..

Ayam sambal dengan Sayur Kacang Buncis..


Alhamdulillah, apa yang i masak kami makan sama-sama walaupun rasanya tak la nak sedap sangat kan. bujang la katakan. ahaks.. ok uols.. daaa... 

Bunga Api di hatiku

Salam readers, Minggu lepas satu pengalaman yang sangat menarik i rasa, sebab i berpeluang menyaksikan Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Putrajaya 2013. tapi tak semua lah yang i tengok. Malam tu i sempat tengok Prsembahan Bunga Api daripada Negara Perancis. setelah melakukan aksi google ini yang i dapat info untuk makluman uols. 


PUTRAJAYA - Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Putrajaya 2013 yang dijadualkan pada 30 dan 31 Ogos, 13 hingga 15 September, dan 2 Oktober ini dijangka menarik tiga juta pengunjung.
Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Aseh Che Mat berkata, sebanyak enam negara menyertai pertandingan kali ini iaitu China, Emiriyah Arab Bersatu, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Perancis dan Malaysia. Pertandingan ini berlainan daripada pertunjukan bunga api biasa kerana setiap pertunjukan diiringi muzik pilihan negara peserta, katanya pada sidang media di sini hari ini.
Menurutnya, dianggarkan seramai 500,000 pengunjung akan datang ke Pusat Maritim, Presint 5, Putrajaya pada setiap tarikh pertandingan diadakan.
Setiap pertunjukan akan berlangsung selama 25 minit bermula 9 malam pada tarikh-tarikh berkenaan, kecuali pada 30 Ogos, pertunjukan dimulakan pukul 12 tengah malam sempena sambutan Ambang Kemerdekaan, katanya.
Selain persembahan bunga api, PPj selaku penganjur bersama Duago Corp Sdn. Bhd. juga akan mengadakan acara sampingan seperti konsert mini, bazar dan jualan makanan jalanan.
Menurut Aseh, bagi kemudahan pengunjung PPj menyediakan kawasan letak kereta dan perkhidmatan bas berhampiran tapak pertandingan.
Sementara itu, beliau berkata bermula 30 Ogos ini nama Pusat Maritim akan ditukar kepada Marina Putrajaya.
"Pertukaran ini bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai yang mengaitkan pusat ini dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan sebagainya,” katanya. - Bernama

Memang sangat menarik bila dapat tengok bunga api yang sangat cantik. memang cantik..  antara gambar yang i sempat ambik lah kan.. walaupun nan hado kualiti nya.. ahaks..








Menarik kan uols.. kalau nak tengok gambar lebih menarik boleh lah tengok kat blog Kaki Berangan ni.. serius gambar dia superb uols.. ok lah uols.. daaa.. nak start keje da :)




Thursday, September 12, 2013

Yeay.. Malam Jumaat :)

Salam Readers, yeay.. dah hari khamis. maksudnya malam jumaat kan.. ahaks.. mesti korang fikir yang bukan-bukan kan?? hey!! i tak semurah itu ok.. hahaha.. suka hari khamis sebab dapat baju batik. hahaha..




Tuesday, September 10, 2013

Majlis Resepsi Izza dan Irman..

Salam readers, minggu lepas 7 Ogos i dan kawan-kawan pergi kenduri Izza kat Muar. Alhamdulillah, akhirnya dapat gak pergi kenduri tersebut. so dapatlah jumpa kawan-kawan lama, borak-borak, gosip-gosip.. hiks.. so tengok je la gambar ya.. hehe.. masa nak balik sempat lah pergi singgah beli kupang kat tepi jalan tu :)

 feeling perantin jap.. ahaks

 tahniah Izza :)





Sambutan Hari Raya AidilFitri

Salam readers, lama tak hapdet, busy katanya.. ahaks.. hari jumaat lepas ada sambutan hari raya peringkat jabatan. As usual kalau ada majlis yang memerlukan pengacara majlis, i lah yang kene kan.. suka je, tapi sebab last minute buat i jadi berdebar kan.erm.. apapun Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. so apa yang i boleh katakan, majlis berjalan lancar dan i harapkan untuk i menang pakaian tercantik. tapi sampai sekarang tak tau sape yg menang. haha.. penat je pakai brooch bagai.. hahaha.. 







p/s: ok tak i berbaju melayu. ramai cakap baju yang i pakai tu cantik. tanya kaler apa.. kaler olive katanya. cantik kan warna dia. pakai pun terletak je. hiks :)

Thursday, September 5, 2013

Pencuri!!!!




Salam readers...diorang selalu tanya bila tengok status facebook i.. nampak sangat ke kalau i sedih ke hepi ke?? ahaks. sori, i tak pandai nak tutup rasa sedih atau hepi tu kot sampai diorang perasan.. hahaha.. apapun i cuma nak bagi lirik lagu ni dan juga tanda terima kasih kepada si dia.. thanks sebab boleh terima i seadanya. :) 

Jangan tinggalkan auramu
Di sekelilingku
Ia membuat aku termimpi
Mimpikan kita
Jangan biarkan wangianmu

Mohon memahami

Ia melekat di hidung
Yang memenuhi
Di setiap sudut mindaku
Kan ku curi hatimu

Menyamun senyummu

Kan ku culik cintamu
Macam ku larikan lirikmu
Kau tak perasan aku sukamu
Dari dulu lagi
Kau simpan hatiku
Dari Darjah Satu
Darjah Satu
Jangan senyum bila di depanku

Fokusku tergendala

Kau memaksa aku menutup mata
Tak sempat tutup telinga
Bila kau tertawa
Kan kukembalinya padamu nanti

Bila kita berjanji

Tuk sehidup semati
Kan ku curi hatimu

Menyamun senyummu

Kan ku culik cintamu
Macam ku larikan lirikmu
Kau tak perasan ku sukamu
Dari dulu lagi
Kau simpan hatiku
Dari Darjah Satu
Darjah Satu
Dari Darjah Satu
Aku suka kamu

p/s: thanks sebab sudi terima i :) inikah cinta?? ahaks .. mode: gedik




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...