Followers

Thursday, October 31, 2013

Kalau dah sayang..cocok je lah kan!!


Salam readers, orang cakap kalau dah sayang, lautan api pun sanggup di renangi.betul tak korang??








aku pun tak tahu nak cakap macam mana dengan perhubungan kami ni. memang sangat baru, tapi rasa macam dah tak mesra dah. tak tahu nak salahkan siapa. dan aku rasa aku kot yang salah. semua yang buruk pun memang aku yang silap. So, kali ni aku tertarik dengan satu lirik lagu ni. entah kenapa asyik bermain di benak ni.. 


Kalau jodoh tak ke mana 
adinda idaman kanda

Kalau jodoh tak ke mana
kekanda idaman dinda

Biar gelap alam maya
ku cari dinda baru jumpa

Biar gelap alam maya
ku cari kanda baru jumpa

Mengapa merindu sayu
adinda ku tunggu-tunggu

Mengapa merindu sayu
kekanda ku tunggu-tunggu

Walau aral datang menghalang
dinda rindu tetap ku sayang

Walau aral datang menghalang
kanda rindu tetap ku sayang

Kalau jodoh tak ke mana
adinda idaman kanda

Kalau jodoh tak ke mana
kekanda idaman dinda

Biar gelap alam maya
ku cari dinda baru jumpa

Biar gelap alam maya
ku cari kanda baru jumpa

Janganlah termenung-menung
kekanda pujaan kalbu

Janganlah termenung-menung
adinda pujaan kalbu

Bagai pinang dengan tampuknya
dinda cincin kanda jarinya

Bagai pinang dengan tampuknya
kanda cincin dinda jarinya

Kalau jodoh tak ke mana
kekanda idaman dinda

Kalau jodoh tak ke mana
adinda idaman kanda

Biar gelap alam maya
ku cari kanda baru jumpa

Biar gelap alam maya
ku cari dinda baru jumpa

Tahniah Kamu!!

Salam readers, walaupun tak berkaitan sangat post ni dengan aku, tapi aku nak ambik kesempatan nak ucapkan tahniah kepada my bff, Hazrin sebab dapat tempat ketiga dalam acara Pertandingan Tarian Sekolah Menengah Peringkat Negeri Pulau Pinang 2013. Tak sangka, sekolah diorang baru je first time masuk pertandingan. tetiba dah dapat no 3 kot. Alhamdulillah, tak sia-sia usaha diorang kan. Btw, tahniah diucapkan kepada sahabat aku ni...




Cerita pasal tari menari ni, aku pun pernah lah jugak menari kan walaupun yang hado kata kau.. haaha.. yang penting menari  bukak baju tarian India kau!! sangat malu lah kot. masa tu tengah bam bam.. hahaha.. kalau uols nak tengok boleh tengok video kat bawah ni!! cuba teka aku yang mana.. hahahaha



Ohmai.. dugaan apakah ini??

Salam readers, rasa nak nangis pun ada. dugaan demi dugaan aku kene hadapi.. kenapa lah begitu susah nak mengecap bahagia. eh. teremo pulak. semua apa yang aku buat salah. macam rasa x berguna je hidup ni. entah lah. tak tahu nak explain macam mana. korang rasa apa yang perlu aku buat?? ohmai!!

Monday, October 21, 2013

Di Alam Fana Cinta..

Salam readers, dah lama tak hapdet, bukan apa mood nak berblogging sedikit tercalar dek kerana kesibukan kerja dan belajar. tapi hari ni aku nak post pasal bestnya bercinta. memanglah aku belum kaen kawen kan, tapi daripada pengalaman kawan-kawan aku yang dah kawin tu diorang siap cakap rugi kau tak kawen awal, kau nak tunggu apa, kawen je, rezeki lepas kawen kita tak tau kan. memang la kalau ikutkan hati aku ni nak kawen, tapi nak kawen dengan sapa?? hahaha.. kalau ada calon da lama kot aku kawen, tak perlu nak suruh-suruh kan.. hahaha.. apepun bukan pasal kawen aku nak cerita, tapi pasal kemanisan bercinta tu. eh manis sangat ke bercinta tu. untuk maklumat lanjut, aku pun tanya lah kawan aku ni, dia cakap manis time kita tengah happy lah, kalau tengah gaduh, sorang datang bulan, sorang tengah baran, memang azab lah kata dia. tapi nak buat macam mana, selalunya hal-hal kecik pun boleh bergaduh kata kawan aku. contoh dia bagi, GF dia nak keluar shopping kat mall, masa nak naik eskelator tu , gf dia pandang bawah, pastu BF dia boleh timbulkan isu kenapa GF dia pandang bawah. pastu gaduh.. hahaha.. kelakar pun ada.. tapi kadang-kadang gaduh tu perlu sebab boleh tahu kekurangan masing-masing dan bersedia untuk mengubah apa yang kita rasa kurang pada diri kita kan. apapun aku harap kawan aku sorang ni kekal dan bahagia sehingga ke jannah la kan. tapi kawan aku sorang ni kalau jawab sms ok pun bf dia nak hangin aku memang tak boleh blah la.. kalau ko nak dia jawab panjang-panjang ko tak payah la suruh dia buat apa-apa. biar dia melekat je dengan ko kan. kene fahamlah memang la korang bercinta. tapi kene lah tahu pasangan korang tu kat mana, tengah buat apa. kalau aku memang tak lah kan nak cari pasangan yang gedik macam tu sedangkan ko tahu ko tengah sibuk buat kerja. hish, aku pulak yang hangin kan sedangkan bukan aku yang kena. kesimpulannya cepat-cepat kawen. habis cerita.. hehehe.. ok uols.. daaa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...