Followers

Monday, November 11, 2013

Masuk Jawi..




Kepada lelaki-lelaki kat luar sana, mesti korang pernah alami saat nak amsuk jawi tu kan?? aku pun tak terkecuali. masing-masing rasanya ada pengalaman sama ada ngeri atau buat-buat macho tak sakit kononnya macam kene gigit semut je kan.. hahahaha.. kali ni aku nak cerita pasal anak buah aku yang tersangatlah kelakar sampai nak keluar air mata aku.. hahahaha.. 

Anak buah aku ni baru darjah satu kot. Ok. Malam sebelum dia nak sunat tu dia berkibak lah satu dunia, macam kene gigit semut lah, membebel macam berani sangat lah kan. yang kami ni gelakkan je lah. esoknya pukul 8 pagi dia pun pergi la klinik tu. sejam kemudian akak aku panggil aku sebab nak suruh pegang dan tenangkan dia. hahahaha.. aku pun pergi. masalah adam ni, dia tak boleh kalau orang pegang dia, lagi dia meronta-meronta. So hampir 2 jam jugak lah nak setel. nasib lah dr tu sabar, kalau aku dah kene lempang dah budak ni kan. hahahaha.. mungkin dia nampak pisau gunting sebab dia cakap jangan potong, ye lah kan budak kecik kot, mungkin pemikiran tak sama dengan kita yang dah baligh ni. ahaks. pastu nak tenangkan terpaksa janji nak beli bidaman bagai. padahal kat rumah dah berlambak bidaman kot. 

Masalah dia ni usik sikit dah sakit, padahal tak bat apa-apa lagi kan. lepas tu terpaksa kami pegang dia beramai-ramai. sorang pegang kaki, sorang pegang tangan, memang mencabar lah sampai peluh jantan keluar kata ko. hahahaha.. ibu dia dah nak ambik cuti seminggu, kalau tak jadi nak sunat tak tau lah nak kata apa, siap berdoa cakap kenapalah aku dapat dr macam ni. jeritan dia satu melaka kot dengar. hahaha.. walaupun 2 jam kot kat situ aku salute sebab dia kecik-kecik dah boleh sunat. dulu aku darjah 6 baru nak sunat. hiks. apapun tahniah kat Adam.  walaupun sangat payah nak sunatkan ko!! 

p/s: ada gambar dia kat kakak aku masa dia tengah dok sibuk jerit-jerit tu. tunggu nanti aku upload k.. hahahaha

Rumah Terbakar????

Salam readers, rumah terbakar panggil bomba.. bomba datang berlumba-lumba.. ahaks.. apa kene mengena dengan rumah terbakar ni?? sebenarnya..




Aku nak cerita pasal ikan bakar lah. bukan rumah terbakar kot. Bulan ni sahaja aku melantak ikan bakar kata kau. ahaks.. mana lah tak naik badan kau tu Amy.. hahaha.. kebetulan kot, hari tu aku pergi Melaka atas urusan kerja, so tak lepaskan peluang makan ikan bakar kat Umbai. sebenarnya tak lah sedap sangat pun. tapi mungkin suasana kat kawasan tu buatkan aku selera je nak makan. Antara menu yang aku makan adalah : 

Masa ni kat Ikan Bakar Parameswara


Punya lah ramai orang ya, sampai nak kene tunggu diorang siap makan, baru dapat duduk, tak mahal sangat lah, servis pun ok. kalau nak pergi aku rekemen lah kedai ni. 

Lepas tu baru-baru ni pun aku pergi makan ikan bakar lagi, kali ni dengan family aku pulak. sempena besday adik aku, kakak aku dan abang ipar aku. semuanya bulan November. hiks.. hepi besday ya semua. malam tu gak nak celebrate anak buah aku yang nak bersunat esoknya.. ahaks. agak meriah lah. kali ni aku makan kat Ikan Bakar Haji Musa. sangat terbaik lah servis dia, cepat dan murah. lepas tu pelayan dia pun agak mesra, tak sombong, makanan pun sedap2. haa. tengok lah kami order macam mana kan. mana taknya kalau dah 10 orang yang duk makan. 





Monday, November 4, 2013

Happy Birthday Nini..

Happy Birthday to you, Happy Birthday to you, Happy Birthday to Nini.. Happy Birthday to Nini... Terlambat pulak nak post padahal dah lama pun besday Nini. Untuk pengetahuan korang, Nini merupakan Anak buah i, so bila ada kelas mesti balik rumah kakak aku , so boleh lah jumpa Nini. Sempat lah celebrate besday dia walaupun pak yan tak mampu nak bagi hadiah mahal untuk Nini. Hiks. Comel sangat Nini tau. hahaha.. apapun Pak Yan nak ucapkan selamat hari lahir kat Nini yang kedua. Jangan nakal2 tau. Nanti ibu marah!! hehehe.. 







I Love You

Salam readers, kali ni saja nak post lirik lagu je. harap awak baca dan tahu isi hati ni ok??



Mungkin kita pernah rasa tentang cinta,
Yang takdirnya bukan untuk kita,

Mungkin ini adalah cara meluah cinta,
Tanpa berkata atau berpandang mata,

I’m sorry but i love you,
I’m sorry if i miss you,
Even if i can’t have you ,
You know i’ll always be there for you,

Mungkin aku mencintaimu walaupun engkau tak pernah tahu,
Mungkin aku mencintaimu tanpa lelah atau pun jemu,

Mungkin kita tak bersama di takdirkan,
Tak mengapa asal kau bahagia,

Biar aku mencintaimu biar tiada siapa yang tahu,
Biar aku mencintaimu dalam diam ataupun bisu,

I’m sorry but i love you,
I’m sorry if imiss you,
Even if i can’t have you,
You know i’ll always be there for you.
I’m sorry but i love you..


Nasi Goreng Sardin!!




Salam readers, kali ni i nak kongsi satu resepi. sebelum ni aku tak pernah makan nasi goreng sardin kot. ahaks. tapi memandangkan ada orang tu suka makan nasi goreng ni, aku dengan rela hati nak masak untuk dia. alhamdulillah, dia suka dan osmate pun suka jugak. Aku ni kalau masak tak sah kalau tak letak cili banyak-banyak biar pedas.hahaha.. tapi dia tak suka. so terpaksa letak cili seminima mungkin. hiks.. bagi yang rasa nak cuba tu jom aku kongsi resepi ek..



Bahan bahan
Nasi putih ( untuk 2 orang je)
Ikan sardin - hancur kasar kasar
2 biji telur
Kacang panjang - potong kecil
Karot - potong kecil

1/2 bawang besar - hiris

3 - 4 bawang putih - hiris
Garam
Serbuk perasa

Bahan kisar:
4 bawang merah
5 cili padi
7 cili merah (boleh juga guna cili kering kisar)

Panaskan minyak dalam kuali.  Tumis bawang putih dan bawang besar hiris sebelum masukkan bahan kisar. Goreng sehingga wangi.  Pecahkan telur dan dan masuk nasi putih dan kacau biar sebati dengan telur.lepas tu masukkan sardin yang telah dihancurkan itu.,masukkan kacang panjang, segala bagai tu.Tadaaaaa.. dah siap!! ni lah rupanya!! 




p/s: Ramai yang carut aku sebab guna bekas bunga pink tu. eh.. ada haku kesah. yang penting bekas tu je pun yang ada kat rumah nan bujang ni oke.. hahaha

Episod Cinta: Part 1




Salam readers, apa khabar.. semua orang ingin di cintai dan mencintai bukan?? wah.. mukadimah ko.. hahaha.. apapun aku just nak cakap yang aku pun manusia dan berhak untuk mencintai dan dicintai. cuma aku kadang-kadang tak berapa nak faham episod cinta aku ni. kadang-kadang rasa gembira, kadang rasa sedih, kadang rasa tak dihargai, kadang senyum sorang-sorang. memang macam tu ke rasanya?? anyone?? hahaha..erm.. salah ke kalau aku nak bahagia walaupun kadang-kadang aku rasa bahagia tu mungkin tak lama, tak kekal. aku nak rasa dihargai dan rasa selamat ketika bersama dia? boleh ke? semua benda ni asyik bermain di fikiran aku je. rasa macam nak meletup jantung ni. Kalau orang lain boleh bahagia kenapa aku tak? aku terima apa sahaj yang bakal terjadi. tapi di sudut hati kecil aku inginkan seseorang yang boleh terima aku seadanya, hargai apa kekurangan aku. aku tak mintak pujian, cukuplah sekadar menghargai erti sebuah cinta daripada aku. sekian terima kasih. 

"Friends can help each other. A true friend is someone who lets you have total freedom to be yourself - and especially to feel. Or, not feel. Whatever you happen to be feeling at the moment is fine with them. That's what real love amounts to - letting a person be what he really is."

Saturday, November 2, 2013

happy diwali..



Salam readers, ape khabar..sihat kan...hehe...oke berbalik kepada tajuk entri oke...i ade kenangan untuk dikongsi bersama uols...


1)Masa tu usia i 6 tahun kot...i demam dan i bersama mak dan kakak i pergi ke klinik kesihatan Bahau untuk mengambil ubat, masa tu tunggu giliran, tunggu punya tunggu nama i pon dipanggil, dengan rasa yakin i pon pergi masuk, tetapi rupenya bukan nama i dipanggil, tapi nama LETCHUMI...haha...i pon berani pulak kan nak masuk sensorang padahal baru 6 tahun kan...sangat kelaka oke...samapi sekarang kakak2 i akan ketawa bila cerita pasal tu....

2)Masa i di Universiti Putra Malaysia 2 kali i menari untuk tarian india, pertama masa Malam Seri Perdana, dan kedua masa Malam Kebudayaan dan Kesenian Putra...uols nak tau dah la menari tak pakai baju...sangat malu oke..i yang x pandai menari ne berlatih seminggu je untuk mahirkan...alhamdulillah...berjaya....sangat pengalaman sebab kan semua yang tengok tu kaum india...haha....tapi sangat best....walaupun i tak berbaju...nasib tak kene banned sebab bukak baju kan...hahaha....

video
ne masa rhearsal jek...teka i mane....haha



Masa ne i dengan MC majlis....



3)Ne masa dah keje, i bergaduh dengan sorang india ne, huh, padahal x de benda pon, tapi sebab dia i kene pindah ke seremban, sangat sedih...tapi x pe la...itu buat i lebih kuat kot....apepun i ingin mengucapkan selamat hari deepavali buat yang menyambutnya...

Friday, November 1, 2013

Bila dah Sangap jadi macam ni lah!!

Salam readers, serius rasa macam annoyed sangat dengan sorang hamba Allah ni. bukan lah nak cakap diri aku hot, tapi ada pulak dia boleh sms aku macam nih!!











Ok. Baiklah. Nampak tak permainan dia?? Dah la kau send 2 kali kat aku, aku pun tak kenal dia siapa dan aku rasa nak nyanyi lagu Yuna yang berbunyi begini, kau fikir kau siapa.. lalalalalala... tak ingat lirik pulak.hahahaha.. apapun aku rasa orang yang hantar sms ini ada sakit mental sikit kot. So jalan terbaik hanyalah mendiamkan diri dan buat bodoh sahaja. baik aku fikirkan masalah aku yang lain. ok lah korang. sehingga bertemu lagi ya. daaaaaaaaaaaa....

THOR.. The Dark World....

Sinopsis: Setelah setahun berlalu, setelah pertempuran besar-besaran di film The Avenger, Thor kembali menemui pujaan hatinya yang tinggal dibumi demi melindunginya dari serangan  yang dipimpin oleh Malekith. Mampukah dia?saksikan.. eh.. aku lak yang excited.. hahaha...
exclusive-thor-the-dark-world-odin-poster-144495-a-1379004512-470-75
Thor dilakonkan oleh Aktor Chris Hemsworth, dan Jane Foster kekasih Thor akan dilakonkan oleh Natalie Portman. Yang memeriahkan filem ini termasuklah antara lain adalah Stellan Skarsgård (Dr. Erik Selvig) , Christopher Eccleston (Malekith the Accursed), Tom Hiddleston (Loki), Idris Elba (Heimdall), Rene Russo (Frigga), Anthony Hopkins (Odin), Adewale Akinnuoye-Agbaje (Algrim The Strong/Kurse), Kat Dennings (Darcy Lewis), Jaimie Alexander (Sif), Tadanobu Asano (Hogun) dan Zachary Levi (Fandral).

Apapun malam tadi sempatlah tengok filem ni. apa yang aku boleh cakap aku bagi 3 Bintang!! tadaaa.. hiks.. lepas tu dapat lah poskad, air bagai.. tapi kena bayar lah kan.. hiks.. lepas tu kami pergi dinner kat Secret Recipe.
p/s: Memang degil sangat dia. tapi kalau hati dah sayang tak boleh nak kata apa kan. Serius suka giler kat Natalie. cantik sangat!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...