Followers

Monday, November 11, 2013

Masuk Jawi..




Kepada lelaki-lelaki kat luar sana, mesti korang pernah alami saat nak amsuk jawi tu kan?? aku pun tak terkecuali. masing-masing rasanya ada pengalaman sama ada ngeri atau buat-buat macho tak sakit kononnya macam kene gigit semut je kan.. hahahaha.. kali ni aku nak cerita pasal anak buah aku yang tersangatlah kelakar sampai nak keluar air mata aku.. hahahaha.. 

Anak buah aku ni baru darjah satu kot. Ok. Malam sebelum dia nak sunat tu dia berkibak lah satu dunia, macam kene gigit semut lah, membebel macam berani sangat lah kan. yang kami ni gelakkan je lah. esoknya pukul 8 pagi dia pun pergi la klinik tu. sejam kemudian akak aku panggil aku sebab nak suruh pegang dan tenangkan dia. hahahaha.. aku pun pergi. masalah adam ni, dia tak boleh kalau orang pegang dia, lagi dia meronta-meronta. So hampir 2 jam jugak lah nak setel. nasib lah dr tu sabar, kalau aku dah kene lempang dah budak ni kan. hahahaha.. mungkin dia nampak pisau gunting sebab dia cakap jangan potong, ye lah kan budak kecik kot, mungkin pemikiran tak sama dengan kita yang dah baligh ni. ahaks. pastu nak tenangkan terpaksa janji nak beli bidaman bagai. padahal kat rumah dah berlambak bidaman kot. 

Masalah dia ni usik sikit dah sakit, padahal tak bat apa-apa lagi kan. lepas tu terpaksa kami pegang dia beramai-ramai. sorang pegang kaki, sorang pegang tangan, memang mencabar lah sampai peluh jantan keluar kata ko. hahahaha.. ibu dia dah nak ambik cuti seminggu, kalau tak jadi nak sunat tak tau lah nak kata apa, siap berdoa cakap kenapalah aku dapat dr macam ni. jeritan dia satu melaka kot dengar. hahaha.. walaupun 2 jam kot kat situ aku salute sebab dia kecik-kecik dah boleh sunat. dulu aku darjah 6 baru nak sunat. hiks. apapun tahniah kat Adam.  walaupun sangat payah nak sunatkan ko!! 

p/s: ada gambar dia kat kakak aku masa dia tengah dok sibuk jerit-jerit tu. tunggu nanti aku upload k.. hahahaha

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...