Followers

Monday, November 4, 2013

Nasi Goreng Sardin!!




Salam readers, kali ni i nak kongsi satu resepi. sebelum ni aku tak pernah makan nasi goreng sardin kot. ahaks. tapi memandangkan ada orang tu suka makan nasi goreng ni, aku dengan rela hati nak masak untuk dia. alhamdulillah, dia suka dan osmate pun suka jugak. Aku ni kalau masak tak sah kalau tak letak cili banyak-banyak biar pedas.hahaha.. tapi dia tak suka. so terpaksa letak cili seminima mungkin. hiks.. bagi yang rasa nak cuba tu jom aku kongsi resepi ek..



Bahan bahan
Nasi putih ( untuk 2 orang je)
Ikan sardin - hancur kasar kasar
2 biji telur
Kacang panjang - potong kecil
Karot - potong kecil

1/2 bawang besar - hiris

3 - 4 bawang putih - hiris
Garam
Serbuk perasa

Bahan kisar:
4 bawang merah
5 cili padi
7 cili merah (boleh juga guna cili kering kisar)

Panaskan minyak dalam kuali.  Tumis bawang putih dan bawang besar hiris sebelum masukkan bahan kisar. Goreng sehingga wangi.  Pecahkan telur dan dan masuk nasi putih dan kacau biar sebati dengan telur.lepas tu masukkan sardin yang telah dihancurkan itu.,masukkan kacang panjang, segala bagai tu.Tadaaaaa.. dah siap!! ni lah rupanya!! 




p/s: Ramai yang carut aku sebab guna bekas bunga pink tu. eh.. ada haku kesah. yang penting bekas tu je pun yang ada kat rumah nan bujang ni oke.. hahaha

2 comments:

Dayat Lucas said...

nanti boleh lah dayat try :)

june mohd said...

masak sendiri ke tu? rajinnya :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...