Followers

Monday, November 11, 2013

Rumah Terbakar????

Salam readers, rumah terbakar panggil bomba.. bomba datang berlumba-lumba.. ahaks.. apa kene mengena dengan rumah terbakar ni?? sebenarnya..




Aku nak cerita pasal ikan bakar lah. bukan rumah terbakar kot. Bulan ni sahaja aku melantak ikan bakar kata kau. ahaks.. mana lah tak naik badan kau tu Amy.. hahaha.. kebetulan kot, hari tu aku pergi Melaka atas urusan kerja, so tak lepaskan peluang makan ikan bakar kat Umbai. sebenarnya tak lah sedap sangat pun. tapi mungkin suasana kat kawasan tu buatkan aku selera je nak makan. Antara menu yang aku makan adalah : 

Masa ni kat Ikan Bakar Parameswara


Punya lah ramai orang ya, sampai nak kene tunggu diorang siap makan, baru dapat duduk, tak mahal sangat lah, servis pun ok. kalau nak pergi aku rekemen lah kedai ni. 

Lepas tu baru-baru ni pun aku pergi makan ikan bakar lagi, kali ni dengan family aku pulak. sempena besday adik aku, kakak aku dan abang ipar aku. semuanya bulan November. hiks.. hepi besday ya semua. malam tu gak nak celebrate anak buah aku yang nak bersunat esoknya.. ahaks. agak meriah lah. kali ni aku makan kat Ikan Bakar Haji Musa. sangat terbaik lah servis dia, cepat dan murah. lepas tu pelayan dia pun agak mesra, tak sombong, makanan pun sedap2. haa. tengok lah kami order macam mana kan. mana taknya kalau dah 10 orang yang duk makan. 





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...