Followers

Tuesday, December 31, 2013

Sayonara 2013..

Salam Readers, Nampaknya kita dah pun sampai ke penghujung tahun 2013.. dan kita akan masuk tahun baru 2014. So apa je azam korang yang tercapai?? ahaks.. bagi aku, ada azam yang tercapai dan ada azam yang tak tercapai.. antaranya ialah:  

TAHUN 2013

DIRI SENDIRI

  • Nak beli Laptop, kalau boleh Mac lah kan..(tidak mampu lagi)
  • Simpan RM500 setiap bulan(alhamdulillah.. dapat jugak simpan)
  • Pergi Thailand dan Phuket(tidak tercapai)
  • Kumpul duit syiling banyak-banyak (tapi x nak target berapa tabung)(tengah buat)
  • Meneruskan misi untuk mendapatkan 60KG dengan hash tag #misi60kg(tengah berusaha gigih)
  • Mendapatkan kulit muka yang bersih dan cantik(tak mampu lagi)
  • Belajar berenang(tak pandai pun sampai sekarang)
  • Belajar bahasa mandarin(yeah.. tercapai jugak walaupun merangkak)
  • Mendaftar kat gym sebab nak badan tough katanya.haha(alhamdulillah, dah daftar pun)

FAMILY
  • Belikan hadiah untuk semua family.( tak sempat kot)
  • Nak pergi Vacation dengan family.(tahun ni dapat pergi Langkawi saja)
KERJAYA
  • Nak jadi pekerja yang baik dan rajin..erk..(macam pemalas jek aku)
  • Nak sah jawatan tahun 2013 jugak!!(Alhamdulillah, berjaya jugak)
  • Nak pergi kursus kat luar negara la pulak.(tidak mampu kot, balik2 PD je!!)
STUDY
  • Nak dapatkan Dean List.. (alhamdulillah)
  • Nak siapkan Assignment sebelum due date(tidak mampooo)
  • Nak aktif dalam Iclass.(ok lah jugak)

Oke.. dah nampak kan yang tanda tanda merah tu tercapai ke tak.So far tahun 2013 bagi aku merupakan satu tahun yang lebih mematangkan aku, menangis, sedih tu sangat perkara biasa lah, cuma yang aku tak berapa nak suka bila ada satu problem yang aku rasa agak sukar nak setelkan, tapi alhamdulillah berjaya disetelkan walaupun banyak hati yang terluka. aku rasa dah tiba masanya kot aku jadi lebih tegas dan tak perlu nak jaga perasaan orang sangat. buat apa kau suka dan enjoy kan. So yang dah lepas biarkan lepas, so sekarang ni aku nak fikir macam mana nak hadapi 2014 dengan jayanya. aku tak nak lah azam banyak-banyak macam tahun 2013. kang tak tercapai pulak kan. hahahaha.. apapun  antara azam 2014 aku adalah :



  1. Bawak Mama pergi Umrah
  2. Melancong ke luar negara
  3. Hilangkan perut yang boroi nih..
  4. Simpan Duit seribu sebulan..
  5. Beli rumah kat Seremban
  6. Carik Jodoh
  7. Jadi kuat
  8. jadi matang
  9. jangan nak jaga hati orang sangat kalau hati kita pun lupa nak jaga. 
p/s: tapi hari terakhir untuk 2013 amat mendukacitakan aku. rasa macam dihempap batu pulak. tapi aku kena kuat. semoga ada sinar kebahagiaan buat aku. 

Sunday, December 29, 2013

Last Class Semester 5.. Jyeah!!

Salam readers, Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah nak masuk 3 tahun aku belajar secara separuh masa. Rasa macam sekejap je kan, tapi bila time nak exam, test, buat assignments, ambik ko. serius rasa nak quit je, rasa stress sangat!! hahahaha. tapi nak wat cam mana kan, kena teruskan jugak demi segulung ijazah!! harapnya semua akan berjalan dengan lancar. last class kena buat presentation di mana kitaorang kena present pasal advert campaign yang kitaorang kena create katanya, Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar, lecturer sangat baik dan comel!! 






Monday, December 23, 2013

Hatiku Tertinggal di Penang!!

Salam readers, semua orang kat opis akan tanya " Eh GF ko duk Penang ke??

Hello, aku menjawab dengan professional iaitu

" eh, tak la, member saya duk sana, so kalau nak becuti pun memang akan pergi Penang lah sebab tak perlu nak fikir nak sewa hotel bagai..

Aku pun kadang-kadang tak paham kenapa diorang suka sangat fikir macam tu, kalau ye pun aku ada GF kat Penang, ko rasa aku leh duduk serumah dengan GF aku kat Penang tuh?? pikir la sikit, hang dok tanya tuh. eh.. hahahaha

Apapun kali ni aku tak pergi ke mana pun seperti sebelum nih, hanya pergi jalan-jalan sekitar Penang je kot. tiada yang menarik, tapi agak best lah sebab tak fikir apa-apa pun pasal masalah kerja kan. rasa tenang sangat dan rasa sangat gemuk sebab terlalu banyak makan. hahahaha..













Hati ini telah dilukai...

Salam readers, lama dah aku tak update blog picisan aku ni. mana taknya sibuk memanjang. bukan tak boleh spend time sikit nak update kan. ahaks. yang sebenarnya memang sungguh perit kot perjalanan dalam bulan 12 ni. memang sangat sakit, sangat pedih.

Aku bukan nak cakap aku adalah seorang yang baik, tetapi aku tak tahu mana silapnya. disebabkan aku dah jadi public figure. eh.. retis ke kau?? hahahaha.. maksud aku blog aku adalah untuk semua orang baca, dan aku tak nak mengeruhka keadaan dengan memetik nama sapa-sapa.

Bagi aku yang dah lepas biarkan lah lepas, mungkin lepas ni aku kena berhati-hati dalam membuat keputusan walaupun ia melibatkan famili aku sendiri. mungkinlah korang tertanya-tanya kan apa masalah nya, tapi aku rasa biar lah aku cerita in general. Kesimpulan yang aku boleh simpulkan adalah buat baik berpada-pada, walaupun kadang kala kita buat baik orang tak nampak, dan kalau buat salah tu walau sebesar kuman orang tetap nampak dan akan jadikan itu kesalahan terbesar kau sampai kau tak de peluang nak explain kot. dan itu adalah apa yang aku alami sekarang, 

Dan aku rasa dah tiba masanya untuk aku berdikari tanpa mengharapkan sebarang bantuan daripada orang yang terdekat, bukan sebab aku sombong, tapi sebab aku dah banyak kali terkena. cuba lah kau bayangkan kau memang cerita semua rahsia kau dengan dia tetiba semua orang tahu rahsia kau. kau rasa orang tu mulut tempayan ke mulut naga?? ahaks. aku malas nak cakap lebih lebih, cuma aku nak kau fikir sebelum ni aku rasa aku ikhlas bantu kau itu ini, tapi sekarang tidak lagi lah kot, kita buat cara masing-masing, kita hidup cara kita. Boleh? aku sangat tawar hati, sangat sakit hati. 

Tapi memang betul orang cakap, masa susah sorang pun tak nampak, cuba masa senang, kesah pulak kau kan dengan aku. apapun hidup ini perlu diteruskan biarkan susah mana ranjau dan liku yang perlu aku hadapi, tak pe, aku doakan kau berjaya dunia akhirat. semua yang kau lakukan adalah betul dan yang salah semua datang dari aku. aku tak nak memanjangkan sengketa ini, tapi aku memang sangat kecil hati. aku tak boleh nak tipu diri aku, tapi itulah hakikatnya. Biarlah aku tak makan sekalipun asalkan kau cukup makan pakai. apapun aku nak ucapkan selamat hari natal buat kau. eh dah psycho lak aku. eh teruskan kerja.. daaa....

Sunday, December 15, 2013

Selamat Pengantin Baru Kawan!!









Salam readers, dah lama tak hapdet, actually aku nak cerita yang ni merupakan kali pertama aku jadi pengapit. Bila dah jadi pengapit ni memang tak berhenti lah semua orang tanya, bila nak akwen lah.. hahahaha.. alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, selamat pengantin baru Norbet dan Aliana. tak sangka kan sejak form 2 kita kelas sama, berebut nak no 1 dalam kelas, lepas tu study Diploma pun satu batch, satu kolej, lepas tu bila dah kerja satu jabatan pulak, dan satu opis dan satu bilik. aku harap korang berbahagia till jannah. selamat dah kau, aku tak tau lagi, hiks.. 


Friday, December 6, 2013

Kanser??




Salam readers, rasanya ni first time aku cakap pasal topik nih. walaupun dalam family aku tiada yang kena kanser, tapi aku rasa penyakit kanser ni sangat lah bahaya. apa yang aku faham  lah melalui pembacaan aku daripada internet, Seramai 2.5 juta rakyat Malaysia dikesan menghidap penyakit kanser hati dan majoriti adalah lelaki, menurut statistik yang dikeluarkan Yayasan Hepar Malaysia. 

Wow.. itu baru kanser hati kan?? erm.. walaupun aku tak pernah ada pengalaman untuk penyakit tu, tapi aku rasa aku boleh menyampaikan betapa pentingnya kita mencegah penyakit ini kan. apa yang aku dapat tahu, kita selalu minum air dalam botol mineral dalam kereta kan, kadang-kadang dah berhari-hari air dalam kereta tu kita minum gak, itu adalah salah satu punca kanser katanya. tapi aku tak pasti sejauh mana kebenarannya. 

Apa yang aku dapat cakapkan kalau nak makan tu jagalah pemakanan, jalankan aktiviti yang sihat dan selalulah berjumpa dengan doktor untuk buat check up ke, ye lah kita tak tahu kan. takkan bila dah kanser tahap akhir baru nak perasan kan. so kalau ada duit lebih ambik je insurans. mana tahu tetiba kena kanser ke at least ada gak duit dikemudian hari nak survive. tapi setahu aku tak semua isnurans cover untuk penyakit kanser ni kan. 

Polisi AXA 110 Cancer pesakit yang telah dikesan penyakit kanser akan terus diberi bantuan kewangan untuk menerima rawatan kemoterapi secara terus menerus lah. tak salah kan kita berjaga-jaga dari awal, itu semua untuk kesenangan kita di masa akan datang. So, untuk maklumat lanjut anda boleh lawati website nih oke.. 110 CancerCare
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...