Followers

Monday, December 23, 2013

Hati ini telah dilukai...

Salam readers, lama dah aku tak update blog picisan aku ni. mana taknya sibuk memanjang. bukan tak boleh spend time sikit nak update kan. ahaks. yang sebenarnya memang sungguh perit kot perjalanan dalam bulan 12 ni. memang sangat sakit, sangat pedih.

Aku bukan nak cakap aku adalah seorang yang baik, tetapi aku tak tahu mana silapnya. disebabkan aku dah jadi public figure. eh.. retis ke kau?? hahahaha.. maksud aku blog aku adalah untuk semua orang baca, dan aku tak nak mengeruhka keadaan dengan memetik nama sapa-sapa.

Bagi aku yang dah lepas biarkan lah lepas, mungkin lepas ni aku kena berhati-hati dalam membuat keputusan walaupun ia melibatkan famili aku sendiri. mungkinlah korang tertanya-tanya kan apa masalah nya, tapi aku rasa biar lah aku cerita in general. Kesimpulan yang aku boleh simpulkan adalah buat baik berpada-pada, walaupun kadang kala kita buat baik orang tak nampak, dan kalau buat salah tu walau sebesar kuman orang tetap nampak dan akan jadikan itu kesalahan terbesar kau sampai kau tak de peluang nak explain kot. dan itu adalah apa yang aku alami sekarang, 

Dan aku rasa dah tiba masanya untuk aku berdikari tanpa mengharapkan sebarang bantuan daripada orang yang terdekat, bukan sebab aku sombong, tapi sebab aku dah banyak kali terkena. cuba lah kau bayangkan kau memang cerita semua rahsia kau dengan dia tetiba semua orang tahu rahsia kau. kau rasa orang tu mulut tempayan ke mulut naga?? ahaks. aku malas nak cakap lebih lebih, cuma aku nak kau fikir sebelum ni aku rasa aku ikhlas bantu kau itu ini, tapi sekarang tidak lagi lah kot, kita buat cara masing-masing, kita hidup cara kita. Boleh? aku sangat tawar hati, sangat sakit hati. 

Tapi memang betul orang cakap, masa susah sorang pun tak nampak, cuba masa senang, kesah pulak kau kan dengan aku. apapun hidup ini perlu diteruskan biarkan susah mana ranjau dan liku yang perlu aku hadapi, tak pe, aku doakan kau berjaya dunia akhirat. semua yang kau lakukan adalah betul dan yang salah semua datang dari aku. aku tak nak memanjangkan sengketa ini, tapi aku memang sangat kecil hati. aku tak boleh nak tipu diri aku, tapi itulah hakikatnya. Biarlah aku tak makan sekalipun asalkan kau cukup makan pakai. apapun aku nak ucapkan selamat hari natal buat kau. eh dah psycho lak aku. eh teruskan kerja.. daaa....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...