Followers

Tuesday, December 31, 2013

Sayonara 2013..

Salam Readers, Nampaknya kita dah pun sampai ke penghujung tahun 2013.. dan kita akan masuk tahun baru 2014. So apa je azam korang yang tercapai?? ahaks.. bagi aku, ada azam yang tercapai dan ada azam yang tak tercapai.. antaranya ialah:  

TAHUN 2013

DIRI SENDIRI

  • Nak beli Laptop, kalau boleh Mac lah kan..(tidak mampu lagi)
  • Simpan RM500 setiap bulan(alhamdulillah.. dapat jugak simpan)
  • Pergi Thailand dan Phuket(tidak tercapai)
  • Kumpul duit syiling banyak-banyak (tapi x nak target berapa tabung)(tengah buat)
  • Meneruskan misi untuk mendapatkan 60KG dengan hash tag #misi60kg(tengah berusaha gigih)
  • Mendapatkan kulit muka yang bersih dan cantik(tak mampu lagi)
  • Belajar berenang(tak pandai pun sampai sekarang)
  • Belajar bahasa mandarin(yeah.. tercapai jugak walaupun merangkak)
  • Mendaftar kat gym sebab nak badan tough katanya.haha(alhamdulillah, dah daftar pun)

FAMILY
  • Belikan hadiah untuk semua family.( tak sempat kot)
  • Nak pergi Vacation dengan family.(tahun ni dapat pergi Langkawi saja)
KERJAYA
  • Nak jadi pekerja yang baik dan rajin..erk..(macam pemalas jek aku)
  • Nak sah jawatan tahun 2013 jugak!!(Alhamdulillah, berjaya jugak)
  • Nak pergi kursus kat luar negara la pulak.(tidak mampu kot, balik2 PD je!!)
STUDY
  • Nak dapatkan Dean List.. (alhamdulillah)
  • Nak siapkan Assignment sebelum due date(tidak mampooo)
  • Nak aktif dalam Iclass.(ok lah jugak)

Oke.. dah nampak kan yang tanda tanda merah tu tercapai ke tak.So far tahun 2013 bagi aku merupakan satu tahun yang lebih mematangkan aku, menangis, sedih tu sangat perkara biasa lah, cuma yang aku tak berapa nak suka bila ada satu problem yang aku rasa agak sukar nak setelkan, tapi alhamdulillah berjaya disetelkan walaupun banyak hati yang terluka. aku rasa dah tiba masanya kot aku jadi lebih tegas dan tak perlu nak jaga perasaan orang sangat. buat apa kau suka dan enjoy kan. So yang dah lepas biarkan lepas, so sekarang ni aku nak fikir macam mana nak hadapi 2014 dengan jayanya. aku tak nak lah azam banyak-banyak macam tahun 2013. kang tak tercapai pulak kan. hahahaha.. apapun  antara azam 2014 aku adalah :



  1. Bawak Mama pergi Umrah
  2. Melancong ke luar negara
  3. Hilangkan perut yang boroi nih..
  4. Simpan Duit seribu sebulan..
  5. Beli rumah kat Seremban
  6. Carik Jodoh
  7. Jadi kuat
  8. jadi matang
  9. jangan nak jaga hati orang sangat kalau hati kita pun lupa nak jaga. 
p/s: tapi hari terakhir untuk 2013 amat mendukacitakan aku. rasa macam dihempap batu pulak. tapi aku kena kuat. semoga ada sinar kebahagiaan buat aku. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...