Followers

Thursday, January 2, 2014

#Misi60kg diteruskan untuk 2014!!

Salam readers yang tercinta, apa khabar hari ni? rasa cepat je masa berlalu kan? pejam celik pejam celik dah masuk tahun 2014 kita ni kan. Pelbagai dugaan dan rintangan aku hadapi untuk jadi aku yang sekarang. Walaupun tak de la membanggakan sangat pencapaian aku sekarang ni, tapi aku rasa bersyukur sebab aku jadi orang. 


So tahun 2014 ni malas nak cakap lebih-lebih. saja nak fokus kan kepada penurunan berat badan dan menjadi sihat walafiat. tapi nampaknya azam 2013 aku untuk #misi60kg agak gagal. tak tahu mana silapnya walaupun berdiet sana sini. hahahaha.. apapun tahun ni aku akan cuba untuk ke gym pulak. mana lah tahu kot-kot dapat turunkan lemak yang degil ni kan.. 


Actually BMI aku dah normal, tapi 24.9 lah. agak ke laut di situ. So Azam aku tahun ni adalah menngurangkan lemak di perut. hiks. doakan aku berjaya ya. chaiyok Amy!!




Ramai je cakap aku dah kurus.tapi diorang tak tengok lemak yang berlebihan di perut aku.. hahaha.. so fokus aku untuk tahun ni adalah kepada pengurangan lemak di perut supaya boleh la nanti jadik model seluar dalam.. hahaha


Nota kaki : kalau nak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...