Followers

Monday, June 30, 2014

Kenangan Ramadhan dulu




1 Ramadhan 2004
Semester satu UPM ....kenangan itu...baru berkenalan dengan mate...hari itu juga aku balik ke rumah sebab final exam habis awal...dari KTM Serdang menaiki tren ke Seremban..masih ingat waktu itu...

1 Ramadhan 2005
Semester tiga UPM...bersahur bersama roomate di bilik 192..masih segar diingatan macam mana nut2 kejutkan kami..tapi kami x bangun...tapi bila An kejutkan...aku terus bangun..haha..selepas tu kami digosipkan..hehik

1 Ramadhan 2006
Semester lima UPM..tahun akhir di UPM...sahur yang penuh dengan gelak tawa...merakamkan video masa bersahur..haha...pertama kali mendapat nama BGV..haha..tu belang juga...dan ramadhan ini juga aku terjatuh dari bukit sambil membawa payung bercapal dan semua melihatnya..begitu malu ni....

1 ramadhan 2007
Semester pertama UPM...hampir mencapai matlamat...bersahur sorang2...seperti biasa tahun ni...sahur pada awalnya sahaja...lepas tu tak sahur pun.. ahaks

1 Ramadhan 2008
semester tiga UPM...bersahur bersama roommate...walau makan roti je kami bahagia...ingat lagi betapa malu berbuka bersama mereka...mereka masak aku makan je..walaupun diri ini segan...tapi mereka amat baik..aku suka kan cara dia..walau tidur aku x lena sebab laptop dia tu!!sehari je berbuka sama dia..pastu berbuka di bilik orang lain...ingat lagi kuih tako..membeli juadah dengan menaiki motor MBM 2871...mula menyukai kuih Tako...nasi lemak ayam dara..hehik..mengenali juadah ini juga...

1 Ramadhan 2009

Aku di sini..tak sangka perjalanan hidup aku disini...betul kata mereka nothing is impossible...kita tak tahu apa yang akan terjadi suatu hari nanti...ia betul2 mengubah seluruh hidup aku...hidup yang lebih baik hendaknya..walaupun hati ini pedih dan terluka...tapi di sebalik itu aku pasrah dan cuba buat yang terbaik...semoga diri ini tabah..mereka tak tahu apa yang aku rasa...perjalanan hidup ini betul2 tidak disangka..

1 ramadhan 2010
Berpuasa sorang-sorang je sebab menyewa di seremban.. sob3.. malas nak pergi bazaar ramadhan, suka masak je daripada beli kat Bazaar Ramadhan yang penuh sesak dengan orang.hiks

1 Ramadhan 2011
Rasanya paling best sebab dapat bersahur dan berbuka dengan Mama. Masa ni aku kerja kat Jelebu. Aku ingat lagi masa ni aku tengah renovate bilik aku, masa ni gak aku sambung belajar. :)

1 Ramadhan 2012
Tak banyak yang berubah, masih happy sebab dapat berbuka puasa dengan Mama, sahur dengan mama. Alhamdulillah :)

1 Ramadhan 2013
Erm. nak cakap macam mana ya. kalau ikutkan hati ni sedih je sebab tak dapat berbuka dengan mama hari-hari sebab dah berpindah ke seremban. duk lah sorang2 kat situ katanya. sedih tau.. ahaks. masak je kat rumah untuk berbuka. tak kisah lah.. yang penting Final Exam aku jatuh masa bulan puasa. dugaan sangat2 kan. hahaha.. apepun Final Exam dah habis. So tunggu result je. hiks..

1 Ramadhan 20141 
1 ramadhan dapat bersahur dengan mama, dapat berbuka sekali dengan mama, bestnya.. Rasanya tahun ni sangat lain, dah ada rumah sendiri kat Seremban, leh masak untuk berbuka, bazar ramadhan pun depan umah je. tapi sedih gak sebenarnya :( sob sob sob 

Thursday, June 19, 2014

SBO : 2

Salam readers, kali ni utuk segmen blogger shopping online (SBO) aku nak review pasal produk kecantikan. sapa je tak nak cantik kan, aku ada seorang reseller ni, and aku rasa dia sangat friendly dan boleh melayan karenah korang tu walaupun ko tak jadi beli barang dia. hahaha.. servis memang terbaik. so kali ni aku nak memperkenalkan korang kat SABARIAH AURA WHITE TABITA SABARIAH AURA WHITE TABITA SABARIAH AURA WHITE TABITA

ok, nak cerita sikit dia ni jual apa, dia ni jual banyak produk kecantikan macam aura white, aura men, tabita, banyak lagilah, kalau korang rasa korang kurang cantik, korang nak try produk macam ni, korang boleh la terus pergi facebook dia dan pm sis ni k. dia sporting je dan boleh di bawak berbincang. hihi.. so kali ni nora nak bagi 3 bintang!! nora suka!! 




Wednesday, June 18, 2014

Shopping Blogger Online : 1

Salam readers, memandangkan dewasa ini terlalu banyak online shopping, aku rasa aku nak bagi review pasal online sites yang aku pernah shopping, segmen ini dibawakan untuk anda secara percuma je. hahaha.. sebab diorang tak bayar aku pon. saja gedik nak review pasal diorang. hahaha.. 

untuk segmen kali ni aku nak cerita pasal kedai repair handpohone, tapi untuk pengguna tegar apple je la, sebab sebelum ni aku pernah repair iphone kat situ, dan hasilnya amat memuaskan. 

Nama kedai tu Terminal Tech yang beralamat di :


Apa yang bestnya kat sini, korang boleh repair apa-apa yang berkaitan pasal produk apple korang, contohnya kalau skrin korang pecah ke, button home rosak ke, apa ke, yang penting harga sangat berpatutan, lagipun diorang ni sangat friendly dan akan rekemen apa yang terbaik untuk phone korang, pastu korang boleh jugak nak beli accesories phone ke kat sana, harga sangat lah best. so pada sapa-sapa yang ada masalah dengan produk apple korang, leh la pergi kedai ni k. bukan susah pun sekarang masing-masing dah ada gps kot, taip je alamat and then jumpa!! 

kalau nak senang boleh terus pergi kat Facebook diorang k..



so bintang yang aku boleh bagi untuk kali ni adalah 4 bintang!! nora suka .. nora nak bagi 4 sabun daia!! hahaha



Tuesday, June 17, 2014

Encik Mimpi

Salam readers, mood nak menulis entri tetiba datang. terus lah nak cerita pasal motosikal kesayangan.. 


Dia macam ni, aku sebenarnya nak pakai duit, so nak jual la motor aku tuh.. siap da ada buyer kot, siap dah masuk duit dalam akaun, tetiiba aku disedarkan yang jangan mudah menjual aset yang ko hader. ko dah la tak de apa-apa, pastu ko nak pergi jual motor pulak. hahaha.. so status sekarang duit tu aku tak usik lagi, motor masih ada kat aku lagi kot. cam ner?? hahaha.. so aku pikir punya pikir macam malas pulak nak jual kat buyer tu, sebabnya aku sayang motor tu, bukan seringgit dua kot. so apa pendapat korang?? buntu kot ni.. 



Monday, June 16, 2014

Perhimpunan bulanan

Salam readers.. Lama tak hapdet kot.. Nak cerita sikit pasal perhimpunan bulanan yang telah diadakan hari ni.. Tak pasal2 aku yang kene carut..benci lah macam ni..hahaha






Thursday, June 5, 2014

My Sweet Home..

Salam readers, selalu entri aku ni lebih kepada gelak-gelak je kan. kali ni mungkin entri ni lebih serius sikit, maklumlah dah masuk 28 tahun kot. dah tua kan.. sedih jap.. hahaha


ok nak cerita yang sebelum ni aku ada beli satu apartment kat Seremban, kononnya nak murah bayar bulan-bulan kan. tapi apakan daya tak de rezeki orang cakap nak beli rumah tu atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan,.

lepas tu ada sorang kawan ni rekemenkan satu rumah teres 2 tingkat. lebih kurang 150K jugak lah. memangdangkan aku tengah desperate nak carik rumah sendiri aku pun setuju memandangkan rumah tu dia siap renovate lagi. aku memang suka sangat rumah dua tingkat. walaupun rumah tu biasa je tapi aku rasa dengan gaji aku sesuai lah kot nak bayar bulan-bulan. kalau nak beli rumah baru memang tak mampu kot, rumah kat seremban ni tersangatlah mahal ok. tungu punya tunggu akhirnya loan diluluskan 100 %. aku guna goverment loan lah. walaupun rasa banyak nak bayar bulan-bulan, tapi aku rasa tak rugi kalau nak beli rumah masa tengah muda ni kan. at leas itu aset orang kata. 

so bulan 5 aku dah start duduk sana, dan sekarang dah dekat sebulan aku duduk sana, alhamdulillah semua dipermudahkan. 










Wednesday, June 4, 2014

Samsung Galaxy Note 2 dan Iphone??



Salam readers, buat masa ni aku masih lagi menggunakan samsung note 2 kesayangan aku tuh walaupun sebenarnya ada kisah yang tragik pasal phone aku ni, sangat lah tragik sampai tak mampu nak cerita, perkara yang dah lepas biarkan lepas je lah kan. apa yang aku nak kongsikan adalah setelah lebih kurang 2 tahun lebih aku guna phone aku boleh cakap ia sangat user friendly, dan bila dah terlalu user friendly aku pulak yang jadi bosan. kalau ikutkan phone ni banyak berjasa kat aku, ye lah segala-galanya aku buat dalam phone ni. 

so minggu lepas aku diberi peluang untuk guna iphone 5, kawan aku tetiba dengan baik hatinya bagi pinjam, dia cakap gunalah, aku dah beli iphone 5s. aku pun macam orang mengantuk disorong bantal kan. guna la lebih kurang seminggu, apa yang aku boleh cakap, memang ohsem, dan aku tetiba jatuh cinta dengan iphone 5S ni, nak beli kene kumpul duit selama 2 tahun kot.. hahaha. tapi apakan daya kita ni bukan orang senang, so lupakan hasrat nak memilikinya lah, tengok je la dari jauh.. hahaha.. 

dari segi kamera, memang superb lah, walaupun dia 8mp, itu belum 5S lagi kan. rasanya bila pakai phone ni perangai kau yang village tu terus berubah jadi urban people kot. hahaha.. apapun kalau ada rezeki dapatlah aku pakai iphone 6. eh tak keluar lagi kot. 

p/s: dengar2 IOS 8 keluar dah.. betul ke?? 


Tuesday, June 3, 2014

Lady Gaga

Salam readers, rasanya dah lama tak hapdet kan. maklumlah busy kot, busy dengan kerja, kelas.. erm.. kali ni entri ni nak cerita pasal kereta aku. maklumlah gaji tak seberapa, yang mampu hanyalah kereta proton saga FLX je kot. so far, dah setahun rupanya aku pakai kereta ni. 



sebelum ni pakai kereta kecik dan manual, kononnya nak upgrade kereta lebih besar dan bertransmisi auto katanya. dah setahun rupanya pakai.


sebelum aku beli tu, ramai yang komen kereta ni banyak problem, ada yang mati tengah jalan la, power window kerap rosak lah, macam-macam lagi lah aku dengar, tapi entah macam mana tah aku terbeli. hahaha.. so far dah setahun pakai, yang power window tu memang masalah!! yang enjin mati tu setakat ni dah 3 kali, tetiba nak start tak boleh, motip sangat kan. tapi setakat ni yang-yang lain semua ok. tapi aku harap kereta ni akan berjasa kepada aku lah, sebab malas nak tukar-tukar dah, pakai pun baru setahun, alhamdulillah road tax dan insurans tak mahal sangat macam kereta baru sebab ambik insurans kereta lama hari tu. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...