Followers

Thursday, June 5, 2014

My Sweet Home..

Salam readers, selalu entri aku ni lebih kepada gelak-gelak je kan. kali ni mungkin entri ni lebih serius sikit, maklumlah dah masuk 28 tahun kot. dah tua kan.. sedih jap.. hahaha


ok nak cerita yang sebelum ni aku ada beli satu apartment kat Seremban, kononnya nak murah bayar bulan-bulan kan. tapi apakan daya tak de rezeki orang cakap nak beli rumah tu atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan,.

lepas tu ada sorang kawan ni rekemenkan satu rumah teres 2 tingkat. lebih kurang 150K jugak lah. memangdangkan aku tengah desperate nak carik rumah sendiri aku pun setuju memandangkan rumah tu dia siap renovate lagi. aku memang suka sangat rumah dua tingkat. walaupun rumah tu biasa je tapi aku rasa dengan gaji aku sesuai lah kot nak bayar bulan-bulan. kalau nak beli rumah baru memang tak mampu kot, rumah kat seremban ni tersangatlah mahal ok. tungu punya tunggu akhirnya loan diluluskan 100 %. aku guna goverment loan lah. walaupun rasa banyak nak bayar bulan-bulan, tapi aku rasa tak rugi kalau nak beli rumah masa tengah muda ni kan. at leas itu aset orang kata. 

so bulan 5 aku dah start duduk sana, dan sekarang dah dekat sebulan aku duduk sana, alhamdulillah semua dipermudahkan. 










2 comments:

Sura Mohd said...

wahh..bestnya..Alhamdulillah..muda2 dah ada rumah sendiri..:)

cik lisa said...

untungnyaaa, muda muda dah ada rumah sendiri. Alhamdulillah! taniah ^__^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...