Followers

Wednesday, June 4, 2014

Samsung Galaxy Note 2 dan Iphone??



Salam readers, buat masa ni aku masih lagi menggunakan samsung note 2 kesayangan aku tuh walaupun sebenarnya ada kisah yang tragik pasal phone aku ni, sangat lah tragik sampai tak mampu nak cerita, perkara yang dah lepas biarkan lepas je lah kan. apa yang aku nak kongsikan adalah setelah lebih kurang 2 tahun lebih aku guna phone aku boleh cakap ia sangat user friendly, dan bila dah terlalu user friendly aku pulak yang jadi bosan. kalau ikutkan phone ni banyak berjasa kat aku, ye lah segala-galanya aku buat dalam phone ni. 

so minggu lepas aku diberi peluang untuk guna iphone 5, kawan aku tetiba dengan baik hatinya bagi pinjam, dia cakap gunalah, aku dah beli iphone 5s. aku pun macam orang mengantuk disorong bantal kan. guna la lebih kurang seminggu, apa yang aku boleh cakap, memang ohsem, dan aku tetiba jatuh cinta dengan iphone 5S ni, nak beli kene kumpul duit selama 2 tahun kot.. hahaha. tapi apakan daya kita ni bukan orang senang, so lupakan hasrat nak memilikinya lah, tengok je la dari jauh.. hahaha.. 

dari segi kamera, memang superb lah, walaupun dia 8mp, itu belum 5S lagi kan. rasanya bila pakai phone ni perangai kau yang village tu terus berubah jadi urban people kot. hahaha.. apapun kalau ada rezeki dapatlah aku pakai iphone 6. eh tak keluar lagi kot. 

p/s: dengar2 IOS 8 keluar dah.. betul ke?? 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...