Followers

Tuesday, July 29, 2014

Warna Warni Aidilfitri

Salam readers, hari ni i nak cerita pasal kaler baju raya i setiap tahun.. seingat i lah, sejak dari dulu kami sekeluarga memang suka pakai baju sedondon katanya, ala-ala boria gitu kan..haha..memang kelaziman setiap tahun tu kami akan sibuk memilih material dan warna..bajet retis lagi kan..haha..antara kaler baju yang pernah kami cuba adalah seperti di bawah.. sila lihat di bawah ya..:)


2014
Tema : Kuning
Designer : Tempah
disebabkan tahun lepas tak melaram pun, tahun ni nanti i hupload gambar k.. 

2013
Tema : Kuning 
Designer : Beli dah siap
(tapi masa ni tak pakai pagi raya je, pastu dah bukak sebab duk umah je tengok tv)


2012
Tema : Kelabu 
Designer : Tempah kat Jakel
(Baju dia lebih kurang macam ni lah..nanti kang kalau tunjuk x suprise..hehe)
Sumber Gambar : Encik Google :)

2011
Tema : Merah Mak Ngah Komtemporari Tajuk kau tak tahan
Designer : Jimmy Palikat  ( Tailor Kegemaran i)




2010
Tema : Ungunya Cinta
Designer : Victor, Seremban
(Baju ni dapat free masa Perarakan maulidur Rasul) :) 




 2009
Tema : Hijau Lumut di Tasik Madu
Designer : Beli dah siap



2008
Tema : Hijau Pucuk Pisang Nangka
Designer : beli dah siap jugak

2007
Tema : Pink gitew!!
Designer : Beli kat Depan Tesco Melaka
Maaf gambar dah hilang :(

2006
Tema : Ais Krim
Designer : Tempah kat Brass Max
Gambar tak de 

2005
Tema : Biru
Designer : Brass Max
Gamabr takde jugak

p/s: sebenarnya kan yang gambar tak de tu dulu sebab tak de kamera..haha, so tak de la gedik sangat nak selfie bagai kan..hehe..

Monday, July 28, 2014

Salam Syawal Semorang!!

Salam readers, buat apa tu, tu tak lain tak bukan, makan ketupat dan rendang lah tu kan?? tak pun makan lemang kan?? hahaha... apepun Alhamdulillah.. akhirnya kita semua meraikan kemenangan kita selama sebulan berpuasa kan.. so sape rasa nak balas dendam sila makan dengan banyak di hari raya ini..hahaha.. apepun sebelum i meneruskan celoteh i yang panjang lebar ni, izinkan i untuk memohon ampun dan maaf kepada semua blogger yang i kenal, yang i tak kenal, sepanjang i berblogging ni.. sejak tahun 2008 kalau tak silap i.. apepun kita kosong kosong ong ong ong : ). sempena hari raya yang mulia ini i nak kongsi 5 Terbaik Raya.. apakah itu?? dah macam citer hagemaru pulak kan.. ahaks mari kita lihat di bawah ini.. :) 

 












  • Suasana Hari Raya - Elina dan Anuar Zain
  • Sesuci Lebaran - Dato' Siti Nurhaliza
  • Pulanglah - Aishah
  • Ku Pohon Restu Ayah Bonda - Mamat
  • Halaman Asmara- Awie dan Ziana Zain



ok uols..tu antara 5 yang i plaing suka..anda pula bagaimana.. kalau nak dilistkan semua je i suka..hahaha..tapi bila mintak 5 tu je la yang i boleh bagi..apepun i nak ucapkan selamat hari raya kepada uols dan bergembiralah di hari raya ini.. tapi jangan nak gembira sangat..beringat-ingatlah ya..ok bye uols...



Sunday, July 27, 2014

Cara-Cara nak mengumpat??

Salam readers, eh rasanya silap tajuk ni.. hahaha siapa kata lelaki tak pandai makan anyam ketupat?? eh i mengaku tau yang i tak pandai!! hahaha...walaupun dah cuba seratus kali...hahaha.. i pernah cuba belajar, tapi tak menjadi..tetiba tadi ternampak pulak tutorial kat youtube ajar macam mana nak anyam ketupat, i kagum gila kot..macam mana lah senang giler dia buat, tapi i tak cuba lagi lah, nak raya nanti baru nak cuba tutorial dia ni..thanks lah sebab  buat tutorial yang sangat simple dan jelas k :)











Wednesday, July 16, 2014

Eh, Batal tak puasa kita kalau kita...




Salam Readers, apa khabar semua..haaa...pejam celik pejam celik dah masuk hari ke 18 kita berpuasa kan..korang macam mana? ada yang termiss tak puasa tu?? harap2 readers di luar sana puasa penuh ya.. batal ke puasa kalau kita.... 

.
.
.
.
.
.
.
.
BERSENAM
hahaha...saje je bagi korang cergas sikit bulan puasa ni kan..hehehe...kalau tak tak ceria pulak kan..senyum sikit...apepun uols cuba lah baca soalan dan jawapan yang i ambil daripada http://kevinzahri.com

Soalan Senaman, Pemakanan Pada Bulan Ramadhan

S : Bolehkah kita bersenam ketika berpuasa?
J : Ya, boleh tetapi ia bergantung kepada bentuk senaman. 

S : Bila boleh bersenam cardio?

J : Ya, terutamanya jika ia bertujuan untuk pembakaran lemak. Senaman cardio 30-45 minit sebelum berbuka adalah sesuai kerana selepas itu, anda dapat mengembalikan tenaga selepas berbuka.

S : Bagaimana pula dengan intensiti senaman?

J Kita melakukan untuk, bukan untuk performance. Kalau anda berasa pening atau kurang selesa, sila berhenti. Senaman tanpa air yang mencukupi bukan mudah.

S : Bagaimana pula dengan latihan pemberat (weight training)?

J : Adalah tidak digalakkan sebelum berbuka.

S  : Bagaimana kalau kita melakukan weight training semasa berpuasa?

J : Kalau anda bertegas hendak melakukannya, anda harus ingat badan anda tiada tenaga untuk senaman berat yang berkualiti dan badan anda akan memecahkan otot untuk sember tenaga.

S : Apa diet yang sesuai untuk berbuka?

 J : Seelok-eloknya makanan seimbang. Makan perlahan-lahan, ia mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk berasa kenyang.

S : Adakah kurma menggemukkan?

J : Ianya mengandungi gula, jadi elakkan pengambilan yang berlebihan dan jumlah kalori pula bergantung pada jenis dan saiz.

S : Adakah kita akan kehilangan berat badan semasa berpuasa?
J : Ya, semestinya.

S : Apakah jenis makanan yang sesuai semasa bersahur?
J : Ianya bergantung kepada keperluan dan kegemaran individu.

Sumber : Utusan Malaysia; http://kevinzahri.com


p/s: Alhamdulillah, untuk puasa kali ni, aku berjaya kurangkan sikit berat badan yang dah tembun ni.. hahaha

Tuesday, July 15, 2014

Penyambung Legasi

Salam readers, tajuk tak menahankan.. kau ingat ni drama samarinda nak sambung legasi bagai..hahaha..apepun saje je kasi tajuk gempak sikit, baru lah orang nak baca kan..hahaha...sebenarnya i nak cerita pasal kad raya, mesti lah korang pernah dapat kad raya kan, dulu masa zaman kegemilangan memang serius banyak sangat kad raya dapat daripada peminat..sekarang dah tak laku satu pun tak de..haha, tapi pagi tadi masa kat opis, ada lah abang posmen tu hantar surat..sekali banyak jugak lah kad raya yang i dapat walaupun tak berapa nak kenal rapat dengan si penghantar kad tersebut.. btw, ini lah antara kad yang i dapat tu. so tajuk entri i kali ni ala-ala nak cakap i lah penyambung legasi bagi-bagi kad raya ni sebab tak ramai kot sekarang yang nak pergi pejabat pos, tampal setem, pastu pergi pos, sekarang ni setem pun 60 sen satu surat kan, lebih baik post kat FB je pastu tag sape2 je kan..hehe.. bye uols :) gambar kat bawah ni gambar masa 2010.. tahun ni belum dapat satu kad pun.. sedihlah kita.. sob sob sob


 Antara kad yang pernah dapat :)

ni kad raya daripada MB :)

ni daripada My Sis :)

Ni pulak daripada ADUN ..paling suka kad ni :)

Thursday, July 3, 2014

Fakta Ringkas di Bulan Ramadhan

Allah telah mewajibkan umat Islam melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan semenjak bulan Sya’ban tahun 2 Hijrah berikutan turunnya ayat 183 Surah al-Baqarah, yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa…”.

Seterusnya Allah menegaskan dalam ayat 185 surah yang sama: “Bulan Ramadhan yang diturunkan al-Quran…”. Ayat tersebut turun tanpa sebab-sebab tertentu, tidak sebagaimana terjadi pada kebanyakan ayat-ayat ahkam (ayat yang berkenaan dengan hukum), yang turun setelah ada peristiwa-peristiwa tertentu yang terjadi pada Nabi SAW atau para sahabat.

Puasa di Bulan Ramadhan Adalah Salah Satu Rukun Islam
Sabda Rasulullah s.a.w.: “Islam didirikan atas 5 perkara, bersyahadah bahwa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan melaksanakan haji bagi yang mampu.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Maksud Puasa Ramadhan
Puasa dalam bahasa Arab disebut صيام Shiyâm atau صوم Shaûm yang bererti menahan dan tidak bepergian dari satu tempat ke tempat lain. Ibnu Mandzûr, pakar sejarah bahasa Arab mendefinisikan صوم Shaûm sebagai “hal meninggalkan makan, minum, menikah dan berbicara”. Perkataan رمضان berasal dari kata dasar رمض yang bererti “panas” atau “panas yang menyengat”. Ini kerana letaknya bulan Ramadhan pada musim panas yang terik. Jadi, maksud berpuasa di bulan Ramadhan ialah; menahan diri dari makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa pada bulan Ramadhan (bulan yang panas terik) kerana beribadah kepada Allah bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.

Bersahur Itu Berkat
Dari Amr bin ‘Ash r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda (yang ertinya): “Pembeza antara puasa kita dengan puasa Ahlul Kitab adalah makan sahur”. (Hadis Riwayat Muslim)
Dari Abdullah bin Al-Harits dari seorang sahabat Rasulullah s.a.w. bahawa aku masuk menemui Nabi s.a.w., ketika itu beliau sedang makan sahur, beliau bersabda yang ertinya: “Sesungguhnya makan sahur adalah barakah yang Allah berikan kepada kalian, maka janganlah kalian tinggalkan”. (Hadis Riwayat Nasa’i dan Ahmad)
Dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, yang ertinya: “Sahur itu makanan yang barakah, janganlah kalian meninggalkannya walaupun hanya seteguk air, kerana Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang bersahur”.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...