Followers

Wednesday, August 20, 2014

Dari kerana mata..

Hai readers, apa khabar? aku harap semorang sihat la ya. Untuk entri kali ini, aku nak story pasal mata. Kata orang dari kerana mata, turun ke hati. Eh betul ke? ahaks. 

Tak de lah, sebenarnya nak cerita pasal contact lenses. korang tahu kan aku ni rabun jauh. power tak lah tinggi mana pun, tapi serius kalau tak pakai cermin mata ataupun lense serius kabur je pandangan. so sekarang ni aku lebih suka pakai lense sebab senang dan mudah dan tak rasa macam pandangan terhad bila pakai spek tuh. baru nampak urban sikit kan. ye dulu aku memang akui yang aku ni jenis nak nampak macam mat saleh, gigih ni pergi beli lense jual kat pasar malam tu asalkan mata kau nampak bewarna warni. hahaha. hakikatnya tak cantik pun dik non. tahun lepas aku tercari-cari jugak lense yang senang dan mudah pakai, kalau pakai lebih 8 jam tak rasa sakit berair mata. ya!! aku dah jumpa sekarang iaitu Air Optik. Memperkenalkan lense yang terbaik yang pernah aku pakai. walaupun diorang tak bayar aku, aku gigih jugak nak cerita pasal kebaikan lense ni. haha.

"Air Optix Aqua adalah lensa kontak terbuat dari bahan-bahan terpilih yang dapat menghantarkan lima kali lebih banyak oksigen melalui lensanya dibandingkan lensa kontak biasa. Lensa kontak didukung teknologi unik TriComfort yang memungkinkannya mampu menghantarkan oksigen bernutrisi, menyehatkan, melembapkan, dan memberi kenyamanan sepanjang hari."


Ok, kesimpulannya lense ni sangat best lah sebab kalau kau pakai sepanjang hari pun kau rasa macam tak pakai pun, sampai ada satu hari tu aku terpakai bawak tidur sebab tak perasan pun aku pakai lense nih. sebelum ni aku ada pakai lense jenama lain, tapi tak sebest lense yang aku pakai sekarang. yang peliknya satu kotak ada 3 unit. so kau akan kena beli 2 kotak sebab nak cukupkan 6 unit kan.pandai diorang. haha. so pasni sapa-sapa yang nak cari contact lense yang boleh dipakai lama sepanjang hari, aku rekemenkan jenama ni lah, tak pun kau beli satu dulu and then try kan. pastu kau akan rasa best. ok daaaa

Tuesday, August 19, 2014

Di sini lahirnya sebuah cinta..

Salam semorang, kau memang suka selfie kan?? so apa kata kau ambik camera kau yang canggih tu, pastu kau pergi selfie sekeping ala-ala kau selalu buat setiap hari dan upload kat insta kau tu. haha. orang cakap "picture can tell a thousand words kan. so, kau pandai-pandai lah nak interprestasi kannnya. boleh? haha. aku tak pasti sama ada selfie yang aku buat nih menjadi ke tak, tapi sebab aku memang suka sangat gamabr ala-ala kartun aku nih, aku letak je pastu tambah ayat sikit, and the hantar lah dan jangan lupa hashtag #UMmerdeka57 dan #merdeka57 ya semua. ok bai.




Kenapa mesti ada rasa itu?

Salam readers, untuk entri kali ini, aku rasa ia lebih kepada hati dan perasaan. cewah.hahahaha.. tak de la apapun. aku cuma kadang-kadang terfikir, kenapa ada perasaan berbelah bagi, rasa macam nak, tapi rasa macam tak nak? ke memang setiap orang mempunyai perasaan itu?? adakah ianya normal untuk semua orang? ada tak pakar kat sini yang boleh bagitahu? okbai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...